Pages

Rabu, 23 November 2022

Singgah Makan Tengah Hari di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner, Kunak

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu hantar Abang Farid ke Airport Tawau pada hari Ahad lepas, kami ambil kesempatan singgah makan tengah hari di SENDUK JEBAT IKAN BAKAR CORNER di Kunak. Penerbangan Abang Farid dijadualkan pada pukul 2:25 petang. Abang Farid tidak membawa bagasi, jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk sampai ke lapangan terbang. Kami susun atur perjalanan, dengan harapan akan sampai di Airport Tawau dan sempat solat sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau. Kami akan menghadiri kursus di Sekolah Tahfiz Nadi Al Baghdadidi Jalan Damai, Tawau pada pukul 2 petang.

Firdaus tidak ikut. Fairuz ada bersamanya di LD, dan akan terbang ke Kota Kinabalu pada keesokan paginya, hari Isnin.

Makan tengah hari di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner

Abang Farid sudah tentulah suka sangat makan di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner. Hanya ada ikan dan sotong segar sahaja yang ditawarkan di sini. Pelbagai jenis ikan boleh dipilih seperti ikan kutambak, ikan jenahak, ikan putih, ikan pari dan sebagainya. Banyak juga lauk-pauk yang sudah siap dimasak seperti ayam, daging, sayur dan lain-lain.


Sementara menunggu ikan siap dibakar, tengok-tengok dahulu lauk-pauk yang ada. Kita ambil sebiji telur masin. Belah dua, makan berdua dengan Encik Suami.


Ambil sedikit budu dan sambal belacan.


Dan juga tempoyak.


Tak banyak jenis ulaman yang disediakan. Amie ambil ulam rajaa, terung goreng dan kacang bendi sahaja.

Telur Masin & Ulam Raja

Tempoyak, Sambal Belacan dan Budu

Sotong Goreng Salut Tepung

Ikan Jenahak Bakar Sambal

Ikan Pari Bakar Garam Kunyit


Abang Farid tak sabar nak makan!

Kawan-kawan kalau sampai ke Kunak, jangan lupa singgah makan di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner ya! Setakat ini (entah berapa kali singgah makan di sini), memang dapat ikan bakar dan sotong yang segar dan terasa manis isinya.


28 ulasan:

  1. Banyak ambil ikan.
    Tengokpun nampak segar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami nak makan ikan pari. Abang Farid suka ikan jenahak. Kita makan dua-dua.

      Padam
  2. Sedapnya ikan bakar tu! Kalau ada Firdaus pasti dia ambik sotong goreng tepung tu dulu.

    BalasPadam
  3. wahh telo masin pun nmpk menyelerakan mak baituu., ;p

    BalasPadam
  4. Wah, kat sana pun dah ada budu ya, Kak Amie. Nampak menyelerakan semuanya, rasa nak terkam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah ada budu sebelum kita datang ke Sabah. Cencalok pun ada.

      Padam
  5. dapat me time dgn abg farid...ikan bakar tu semuanya nampak sedap ye kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dapat penuhi selera Abang Farid. Ya, semua ikan masih segar, rasa manisnya.

      Padam
  6. ikan panggang n ulaman sambal tempoyak sedapnya

    BalasPadam
  7. Farid ni anak kak Amie yang suka makan ikan kan, tak silap saya. Nampak menarik semua juadah terutama ikan jenahak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuad, raja ikan. Abang Farid ni raja ayam. Tapi kalau balik LLD, mesti nak makan seafood.

      Padam
  8. Menggoda betul semua menu tu especially ikan bakar tu...mana la nak cari kat KL ni...sedpanyaaa...

    BalasPadam
  9. belum makan tengahari lagi ni kak, tengok menu akak tunjuk tu aduhai lapar pulak perut ni

    BalasPadam
  10. Sedapnya ikan bakar. Kadang-kadang teringin jugak nak ke tempat Kak Amie sbb Kak Amie selalu share tempat makan yg sedap2 ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari Carneyz, sesekali jalan-jalan cari makan di Sabah bersama keluarga.

      Padam
  11. Senduk Jebat...
    Unik nama tu..
    Mungkinkan Jebat itu yang lima bersaudara atau mungkin Jebat tu ada maksud lain dalam diaelek Sabah?

    BalasPadam
  12. sedapnya nampak ikan bakar dan sambal dia..insyaAllah satu hari nnti kena dtg makan di sini..

    BalasPadam
  13. Kalau banyak ulam-ulaman yang disediakan pasti lagi asyik mencicah dengan tempoyak, sambal belacan dan budu tu.. Lauk-lauknya menarik..

    BalasPadam