Pages

Isnin, 21 November 2022

Selepas Mengundi, Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid kata, dua tempat makan yang ingin dikunjunginya selama tiga hari berada di LD, iaitu Restoran Aman Santai dan Sabah Chicken Rice. Nampaknya kami hanya sempat ke Restoran Aman Santai sahaja. Itu pun siangnya mengundi, waktu malam baru boleh keluar rumah. Bukan apa. Berlaku kesesakan lalu lintas, dan banyak anggota keselamatan di sana sini. Lagi pula, kebanyakan restoran dipenuhi oleh orang-orang pilihan raya dan mereka yang ingin menunggu keputusan. Rupanya sampai sekarang keputusan pilihan raya masih tergantung!

Makan malam di Restoran Aman Santai, Seri Perdana.

Bukti sebagai rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab.


Ikan Putih Kukus

Apabila banyak tekak, banyaklah selera yang berbeza. Amie dan Encik Suami ikut sahaja selera anak-anak. Abang Farid suka sotong goreng telur masin. Firdaus suka sarang (telur yang ditabur di atas udang goreng butter). Fairuz pula suka ikan. Jadi kami pun memesan:
  • Nasi Putih
  • Sayur Campur
  • Ikan Putih Kukus Halia
  • Ikan Kutambak Panggang
  • Ketam Masak Lemak Cili Padi
  • Udang Goreng Butter Kering
  • Sotong Goreng Telur Masin


Pada mulanya, hanya kami dan dua keluarga yang ada di restoran ini. Kami duduk di hujung, ruangan terbuka. Setelah kami memesan makanan, tiba-tiba datanglah beberapa buah keluarga dan penuhlah restoran. Syukurlah kami datang lebih awal, jadi tidaklah lama menunggu.

Sayangnya, lain yang dipesan lain pula yang datang. Misalnya Ikan Kukus Halia yang minta, tidak ada sehiris pun halianya! Aroma halia pun tidak ada.

Ikan Kutambak Panggang

Ikan Kutambak Panggang pula datang ke meja bersama sambal belacan yang sangat sedap! Sama rasanya seperti sambal belacan @ sambal colek yang arwah MIL buat.

Ikan Kutambak Panggang

Ikan Kutambak Panggang ini menjadi rebutan Abang Farid dan Fairuz. Kalau ada raja ikan (Fuad), mungkin kena ada dua ekor!

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Ketam Masak Lemak Cili Padi ini diratah berdua oleh Abang Farid dan Firdaus. Suka betul Firdaus hirup kuahnya, ditambah pula ada telur ketamnya!

Sotong Goreng Telur Masin

Sotong Goreng Telur Masin ini menjadi rebutan semua. Memang sedap, dan memang lauk wajib untuk Abang Farid.

Udang Goreng Butter Kering

Udang Goreng Butter Kering ini menjadi kegemaran Firdaus, terutamanya sarang telurnya. Tak dapat udang tidak mengapa, yang penting kutip sarang telur, kata Firdaus.


Kami tunggu sayur. Nampak pekerja restoran sibuk melayan pelanggan di meja-meja lain. Tunggu punya tunggu, kami beranggapan pekerja restoran terlupa sayur kami. 


Akhirnya kami tidak tunggu sayur. Firdaus baca doa, dan kami terus makan. Setelah nasi dan lauk-pauk habis licin, sayur tak juga sampai! Sehinggalah Encik Suami ke kaunter untuk bayar harga makanan, memang tidak ada harga sayur!
Apa pun, Alhamdulillah.
Abang Farid dapat juga penuhi hasratnya untuk makan di Restoran Aman Santai.

14 ulasan:

  1. Enak2 juadah yang dipesan. Terliur sy baca ikan kutambak cicah sambal belacan. Untunglah kongsi udang dengan Daus, dia makan sarangnya saja, hahaha.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah....
    rezeki lepas mengundi..
    Pasti ada sikit kekurangan bila sorang lagi takda..apa khabar Fuad .Semoga sukses dengan kerjanya

    BalasPadam
  3. Meriah lauknye. Makan pun mesti lebih berselera dengan kehadiran anak² kan cikgu 😊

    BalasPadam
  4. Paling teringin ikan panggang tu.. sedapnya cicah sambal belacan tu

    BalasPadam
  5. Wah sedap-sedap semuanya tu kak amie..paling best bila JJCM bersama keluarga tersayang kan?

    BalasPadam
  6. Dah sibuk dan ramai pelanggan mesti terlupa sayur yang amie pesan. Kena komplen ni sebab order tak sampai. Ngences tenguk ikan kutambak panggang

    BalasPadam
  7. dalam ramai-ramai tu nampak Daus paling gembira abang-abang dapat kumpul sekali. Itulah kak entah siapalah yang dipilih jd PM ke10 nanti ya

    BalasPadam
  8. tinggal jauh dari keluarga memang akan ada teringin itu ini..syukur abg farid sempat makan ditempat yg dia teringin,kalau tak mesti rasa terkilan

    BalasPadam
  9. Sotong tu menarik..potongan panjang. Biasa dipotong bulat.

    BalasPadam
  10. bertambah sedap makan ramai2 macam ni..

    BalasPadam
  11. Seapnya semua hidangan..mata SA ni tak leh lari dari tengok semua menu tu...lapar jadinya

    BalasPadam
  12. beritahu sy yg mana tak sedap. sy nak try jg hehehe #gurau

    BalasPadam
  13. Yang penting sarang telur ye Firdaus.. Hehehe.. Mesti sedap sarang tu dimakan bersama nasi atau diratah sehingga menjadi tumpuan Firdaus..

    BalasPadam