Bismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita malam ini? Nampak bulan gerhana penuh tak? Anak-anak buah saling berkongsi gambar bulan gerhana di tempat masing-masing. Jangan lupa ambil kesempatan tunaikan solat gerhana bulan penuh.
Kita tak keluar rumah dari petang sebab hujan. Kalau tak dapat tengok gerhana bulan, mari kita makan kuih bulan. Kuih bulan ini Abang Aznan yang bekalkan sewaktu kami pergi Penampang tempoh hari. Ada empat biji semuanya, dan pelbagai inti pula. Tiga biji sudah selamat masuk perut kami.
Kuih bulan yang keempat ini inti campuran durian lotus. Rasa lotus memang sedap, ditambah pula dengan durian. Bertambah-tambahlah sedap dan wangi durian.
Kuih Bulan Inti Durian Lotus |
Menurut Abang Aznan, tulisan Cina yang terdapat di atas kuih bulan ini ialah nama kuih bulan itu iaitu FOOK LEN.
Kuih Bulan terakhir dari empat biji pemberian Abang Aznan.
Harganya RM20.00 Harga kuih bulan berbeza-beza mengikut intinya.
Bentuk kuih bulan begini mudah untuk dipotong mengikut saiz yang sama.
Bolehlah dipotong pada bahagian lekuknya. Dan nikmati setiap gigitan serta kunyahannya!
Jom nikmati kuih bulan dengan inti yang istimewa ini, durian lotus!
Cantiknya kuih bulan.
BalasPadamTempat saya ni pun hujan dari petang. Tak dapat cerap bulan.
KL hujan, tak dapatlah tengok. Saya pernah makan inti lotus, tapi durian tak pernah lagi
BalasPadamTempat saya pun hujan nie, alhamdullilah dah selesai dah solat sunat tadi. Nanti nak pi cari jugak lah kuih bulan, dah lama teringin nak makan..
BalasPadamCantik isi dalamnya
BalasPadamSedapnya Kuih Bulan...
BalasPadamMakan sambil menyaksikan bulan gerhana lagi la...
Tapi KL hujan selebat-lebat alam bermula sebelum maghrib hingga pagi ni masih gerimis..
Tak dapat tengok bukan gerhana..Tapi Alhamdulillah dapat melaksanakan solat sunat khusuf seusai maghrib..Semoga Allah mendatangkan takdir yang baik-baik untuk kita semua..🤲🤲🤲
Sedapnya kuih bulan tu... Tahun ni belum merasa lagi kuih bulan sebab rakan sekerja yang biasa bawa sudah tidak bersama kami.. nak beli sendiri tak tau pula mana yang sedap 😅
BalasPadamAduh, tahun ni tak dapat kuih bulan inti durian. Kena tunggu tahun depanlah nampaknya, jika panjang umur, sihat & ada rezeki, bolehlah kita cari.
BalasPadamkuih bulan gerhana bulan...boleh buat pantun ni..hehehehehe
BalasPadammesti harum bau duriannya tu kak, adik dana suka lah yg inti durian gini... inti telur masin pun diaorang suka... kdg mcm2 kedai mereka cuba nak rasa mana sedap
BalasPadamstaf pejabat dana ada buat cerapan gerhana bulan di Kelantan, mlm tadi dekat sana terang je tak hujan pun. Ada juga dikongsi gambarnya dengan kami di pejabat ni. Di kuala lumpur dan selangor pun hujan lebat kak tak nampak gerhana tu tapi pagi tadi masa dana keluar rumah nk ke pejabat. cantik sangat bulan
BalasPadamLamanya tak makan kuih bulan....bila la nak makan ni...eh...tu mesti semerbak bau durian kan..
BalasPadamalamak, rasa durian pulak ke
BalasPadamtahun ni tak mkn kuih bulan lg..
BalasPadamDi Jakarta hujan gerimis sejak siang, lalu hujan deras sampai malam. Jadi hanya gelap saja tapi tak bisa tengok gerhana. Saya dulu sering makan kue bulan pemberian teman ayah saya, tapi sekarang tak berani sebab susah cari kue bulan halal seperti yang kak Amie bagi di foto ini
BalasPadamMacam nak kena beli juga je.. hehehe..
BalasPadamohh baru tahu tulisan tu namanya kuih bulan. Saya pun tak keluar masa gerhana tu, sebab hujan.
BalasPadam