Pages

Jumaat, 18 November 2022

Happy Belated Birthday To Me

Bismillahirrahmanirrahim.
Happy Belatad Birthday To Me!
Sambutannya tepat pada harinya, 16 November 2022, tetapi terlewat hari untuk dijadikan entri. Jadi, Happy Belated Birthday To Me...hihihiiii.

Terlebih dahulu Amie ambil kesempatan ucapkan terima kasih buat rakan-rakan maya yang menitipkan doa serta ucapan selamat ulang tahun pada 16 November 2022 di sini: WW: TODAY IS MY BIRTHDAY!

Semoga doa kalian didengari-Nya dan keberkatan doa itu dikongsi kembali bersama kalian. Amin ya Allah.

Sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan urusan peribadi memaksa Amie meninggalkan buat seketika dapur maya, dan petang ini Amie singgah meluangkan waktu untuk bersama rakan-rakan maya yang disayangi. Sehari dua meninggalkan dapur maya, rasa rindu hendak berkunjung ziarah seperti selalu.


Walaupun agak sibuk, tapi tetap juga ambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun bersama rakan-rakan sekerja yang sentiasa menceriakan hari-hari yang dilalui.

Pulut Kuning Ayam Panggang.

Terima kasih biras kesayangan Amie kerana sanggup meluangkan masa sediakan dua dulang pulut kuning ayam panggang sebagai salah satu juadah untuk majlis jamuan kecil pada waktu rehat di bilik guru.

Bersama sebahagian kecil rakan guru.

Kuih Cara Berlauk

Mini Sandwich

Kole Kacang

Bingka Labu

Minuman Panas Nescafe Nai


Walaupun jamuan ringkas, hidangan makanan dan minuman ringan sahaja, namun kegembiraan tetap terserlah di wajah masing-masing. Terima kasih barisan pentadbir, rakan-rakan terbaik di dunia, security guard dan cleaner yang sudi memeriahkan majlis yang seadanya ini. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian semua.


Ambil kesempatan bergambar kenangan bersama rakan-rakan yang ada di bilik guru, sementara menunggu loceng waktu rehat dibunyikan.


Bersama Gee & Waritie. Rakan seperjuangan : 30 tahun bersama!



10 ulasan:

  1. happy belated birthday Kak Amie....meriah tgk pulut kuning ayam panggang tu..special btul

    BalasPadam
  2. Happy belated birthday untuk Cikgu Amie..
    Semoga dipanjangkan umur yang barokah..rezeki melimpah..Keluarga yang sakinah..mawaddah..wa rahmah

    BalasPadam
  3. HAPPY BELATED BIRTHDAY AMIE MOGA SHT SJHTRA BHGIA MURAH RZKI DLM LINDUNGAN ALLAH DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
  4. Selamat harijadi tertunda. Amboi banyak juga makanan.

    BalasPadam
  5. Hbb Amie
    Semoga yang baik2 aje datangnya

    BalasPadam
  6. rs nya x terlewat utk sy ucapkan happy belated birthday to kak amie semoga sentiasa sihat, ceria, berbahagia dan dirahmati Allah

    BalasPadam
  7. Meriah sambutan hari lahir Kak Amie. Tentu Kak Amie ni kesayangan ramai.
    Meh kita cium pipi tu 😍

    BalasPadam
  8. Happy belaed birthday Kak Amie....seronok tengok meriah sambutan..SA x pernah sambut macam tu....hugs and kisses dari kejauhan ye

    BalasPadam
  9. Meriah sambutan birthday Kak Amie. Seronok diraikan rakan rakan. Cantik flower bouquet tu.

    BalasPadam