Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bertemu lagi di pagi Sabtu yang redup, sunyi dan sepi. Firdaus menyertai Kem Bestari Solat di sekolahnya dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Encik Suami pula dengan urusan kerjanya, mungkin hari ini agih gaji untuk para pekerja. Kita pula, seawal pukul 6 pagi sudah membuka Mr. Lappy, meneruskankan kerja-kerja penulisan yang terhenti malam tadi.
Pukul 7 pagi, masuk ke dapur. Makan buah betik dan minum rebusan air longan tambah putik bunga ros. Teringat lebihan burger KFC dan kentang goreng dalam peti sejuk. Keluarkan, dan masukkan dalam air fryer selama 5 minit. Aduh! Roti burger nampak garing dan menggoda selera!
Makanlah kita seorang diri di dapur.
Kemudian kita keluarkan ikan bunak dari freezer, letak di sinki. Tak tahu pukul berapa akan jengah dapur. Jadi, biarkan sahajalah ikan bunak nyahbeku sendiri tanpa direndam dalam air. Sambung kembali kerja-kerja penulisan.
Sekarang berhenti rehat.
Masuk ke dapur maya, dan tulis entri sarapan pagi ini.
Masuk ke dapur maya, dan tulis entri sarapan pagi ini.
Spicy Smoky Crunch |
Khamis, pukul empat petang Fuad mesej. Katanya, Mommy jangan masak untuk makan malam. Nanti dia akan belanja makan. Amie kata, sudah siap masak! Jadi, esok malam sahajalah, kata Fuad.
Firdaus pula tidak mahu makan nasi. Amie minta Abang Farid belikan KFC. Seronok sangatlah Firdaus dapat sekotak Spicy Smoky Crunch. Macam sedap pula ayam gorengnya!
Tiba-tiba Abang Farid hantar mesej. Katanya Fuad minta tolong kirimkan duit (daripadanya) untuk Mommy dan Baba. Eh, duit apa pula? Abang Farid masukkan ke dalam akaun kami secara berasingan. Encik Suami pun terkejut. Kami terus bervideo call. Kata Fuad, itulah gaji pertamanya bekerja untuk sementara waktu di kilang TOYOTA setelah menjalani praktikal selama dua bulan di situ. Allahu Akbar! Tiada lain yang kami pinta dari anak-anak melainkan pandai-pandailah menjaga diri di tempat orang, dan jangan lalai perintah Allah. Kiranya itu pemberian ikhlas, kami terlebih ikhlas menerimanya wahai anak. Oh,Fuad sudah potong bawang!
Fuad mohon kami doakan supaya sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki serta berjaya mencapai cita-citanya. Allah ya Allah ya al Samad, ya al Muqtadir: Engkaulah tempat kami meminta dan Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Permudahkanlah urusan anakanda kami ya Allah.
Jumaat, 5 petang. Abang Farid telefon minta Amie sebutkan apa yang hendak dipesan untuk makan malam. Katanya, Fuad minta Abang Farid tolong uruskan sebab Fuad masih dalam tugas. Amie teringat Spicy Smoky Crunch yang Abang Farid belikan Firdaus pada petang Khamis. Terasa-rasa aroma salai yang sangat enak, dengan gabungan rempah ratus Portugis yang sungguh lazat!
Jadi, Abang Farid pun memesan tiga set Spicy Smoky Crunch untuk kami bertiga. Firdaus seronok berganda sebab dapat makan KFC lagi! Pulang sahaja dari sekolah, abang angkat Abang Farid, Foodpanda sudah berdiri di depan pagar menghulur bungkusan KFC.
Fuad kongsi hasil gaji pertamanya! |
Terima kasih Fuad! |
Alhamdulillah. Kenyang sungguh kami malam tadi. Lebihannya seperti burger dan kentang goreng, Amie masukkan dalam peti sejuk. Itulah yang Amie panaskan kembali dan makan seorang diri di dapur sebagai sarapan pagi.
Wahhh.. orang di sanun, sarapan KFC. Tentu sedap lain macam kfc dari gaji pertama Fuad. Fuad tentunya inginkan keberkatan wang gaji pertama, paling afdhal tentulah belanja ayah & bonda dahulu.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMudah-mudahan afdhal segala-galanya.
smoga murah rezeki Fuad.. kfc mmg lg sedap lps panaskan smula dlm air fryer..
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamMemang sedap Syu.
Alhamdulillah....
BalasPadamKira Fuad terus kerja kat Toyota yer cikgu..
Tentu bos berpuas hati masa intern tu hingga diserap kerja ..Tahniah Fuad!
Semoga dilimpahkan rezeki yang barokah..Sejuk hati mommy & baba.
Dua beradik di sini dan dua beradik lagi di Sabah la yer..
Ya, katanya kerja untuk sementara waktu sahaja sebab dia memohon untuk jawatan lain, mungkin di tempat lain. Tak sanggup katanya di situ, kos hidup sangat tinggi.
PadamAlhamdulillah. Moga murah rezeki Fuad belanja keluarga makan. Sedapnya KFC. Lama tak makan
BalasPadamBerkali kalilah abang angkat abg Farid datang ye. Alhamdulillah rezeki Firdaus menjamu selera KFC. Saya tengok pun berselera Spicy Smoky Crunch tu. Semoga bertambah tambah rezeki abang Fuad. Aamiinn...
BalasPadamsy pun terharuuu... tahniah fuad! tahniah jg utk kak amie dan suami yg berjaya didik anak2 solehπππ
BalasPadamBagus Fuad dapat teruskan kerja di situ.. panjang sikit temph pengalaman bekerja. Kebanyakan industri perkilangan akan buat macam ni bila ada pelajar intern yang sudah habis akan cuba diserap bila ada kekosongan. Bila dah cukup pengalaman kerja bolehlah Fuad apply tempat lain pula.
BalasPadambahagia rasanya kan kak.... teringat masa mula2 kerja tahun 2003 dulu, gaji dapat tak banyak mana tapi hulur dekat mak abah dan belanja adik2... Rasa duit gaji yg sikit tu macam ada banyak je. Tergoda nengok ayam kfc tu kak oi
BalasPadamwah tahniah fuad .. tak penah try lagi smoke kfc tu kak
BalasPadam