Bismillahirrahmanirrahim.
Maha Suci Allah yang menjadikan manusia, bersuku-suku dan berbangsa. Darinya kita dapat saling kenal-mengenal melalui budaya hidup yang pelbagai terutamanya makanan. Kalau di tempat kita, beras pulut dibuat ketupat palas. Di Sabah, kita terjumpa beras pulut dibuat kelupis dan juga buras. Bahan asasnya sama tetapi diolah dalam bentuk yang berbeza. Ketupat palas dibungkus menggunakan daun palas. Kelupis dibungkus dengan daun nyirik, manakala buras dibungkus dengan daun pisang!
Walaupun Encik Suami sudah beri amaran jangan beli macam-macam sebab tempat letak kereta jauh dari tamu, sempat jugalah kita belibeberapa jenis makanan tradisional yang dijual di: TAMU GAYA STREET KOTA KINABALU. Kebetulan pula ibu dan ayah Haziq sekeluarga datang dari LD dan bermalam Gardens Condominium juga. Bolehlah kuih-muih yang dibeli dijadikan kudapan petang.
Makanan yang sempat dibeli di Tamu Gaya Street Kota Kinabalu. |
Antara hasil buruan di tamu:
- Kelupis
- Lemper
- Kocong
- Sate Hati Buyah
- Penyaram @ Penjaram
- Tapai Nasi
Kuih Kelupis |
Kuih Kelupis:
- Kelupis Inti Udang
- Kelupis Inti Daging
Biasanya Amie hanya jumpa kuih kelupis kosong tanpa inti, dan makan dengan kuah kacang atau rendang / kari daging / ayam. Kali ini jumpa kuih kelupis berinti pula!
Kelupis Inti Udang |
Kelupis Inti Daging |
Kuih Lemper & Kuih Kocong Pelbagai Inti |
Kuih Kocong |
Kuih Kocong:
- Kocong Inti Kacang
- Kocong Inti Ayam
- Kocong Inti Daging
Kuih Lemper Inti Daging |
Sate Hati Buyah |
Beli juga sate hati buyah @ kelempung. Yang kata hati buyah itu penjualnya. Kita tulis saja hati buyah. Jangan baca 'buaya' tau! Aduhai sate buyah! Sudahlah sedap, lembut pula! Cukup rasa. Kenapalah beli 10 cucuk saja... ahaks!
Kuih Penjaram Pandan dan Gula Merah. |
Tidak ketinggalan beli kuih penyaram @ penjayam @ paniaram @ topi mexico @ kuih topi @ cucur jawa. Unik betul nama kuih ini. Di sini disebut lain, di sana namanya lain. Kecil dan comel bentuknya. Kalau di Lahad Datu, saiznya besar-besar dan harganya RM2.00 untuk dua keping. Di tamu, kita jumpa saiz kecil, RM2.00 dapat enam keping.
Kuih Penjaram Pandan. |
Kuih Penjaram Gula Merah. |
Tapai Nasi Manis |
Kita biasa makan tapai pulut dan tapai ubi kayu, tetapi tak pernah makan tapai nasi. Melihat keunikannya dibungkus dalam daun keladi, kita pun beli sebungkus. Teringat tapai pulut Bonda kita buat, biasanya dibungkus dalam daun getah.
Tapai Nasi Manis. |
Inilah rupai tapai nasi manis dalam bungkusan daun keladi. Sedap rasa tapai nasi manis ini.
Rucoh Tapai Nasi Manis. |
Tapai nasi manis ini kita buat rucoh! Bonda kita suka buat rucoh untuk berbuka puasa.
Semoga perkongsian kali ini ada manfaatnya. Walaupun dipisahkan Laut China Selatan, namun gambar-gambar yang dipaparkan dapat memberi info untuk tatapan bersama. Mana tahu, suatu hari nanti rezeki Allah Taala, dapat datang ke Negeri di Bawah Bayu. Sekurang-kurangnya sudah dapat sedikit-sebanyak gambaran tentang makanan tradisi di sini.
Dengan izin-Nya, dapatlah Amie kumpulkan beberapa jenis makanan tradisional dalam satu hidangan untuk santapan petang:
- Kelupis - kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei (termasuk Sabah & Sarawak)
- Lemper - kuih tradisional masyarakat Jawa
- Kocong - ketupat Cina
- Tapai Nasi Manis - Kadazan-Dusun
- Penjaram - kuih tradisional masyarakat Bajau
Uniknya makanan sana. Ada bermacam jenis daun untuk membungkus.
BalasPadamSaya dah 2x ke Sabah, tapi tak jumpa makanan yang diceritakan. Mungkin sebab tak pergi ke pasar yang besar. Setakat pasar malam di Tenom saja.
Lain daerah, lain jualan di tamunya sebab setiap kaum tertumpu di daerah yang berbeza.
PadamPatutlah hitam... sate hati!
BalasPadamAgaknyalah hati...dah begitu kata penjualnya, tapi saya rasa bukan hati hihihiii.
PadamHarap-harap saya dapat rasa. Itulah pernah pergi Sabah tidak pernah makan makanan Puan Amie nyatakan kecuali penyaram.
BalasPadamMakanan tradisional tidak sama di semua daerah. Lain daerah, lain kaumnya, dan lain makanannya.
PadamKeren, ada penjaram seperti di Indonesia. Ada tapai nasi yang unik. Dan lain-lain.
BalasPadamItulah rantaian budaya nusantara kan Bonda Nur. Ada yang sama, walau sedikit beza.
Padamsaya penasaran dengan kelupis, kak Amie
BalasPadamKelupis itu asalnya makanan tradisional masyarakat Melayu Brunei.
PadamSuka sangat tengok kepelbagaian kuih-muih bumi Borneo yang masih mengekalkan keaslian rupanya. Kalau sy pun rambang mata, semua pasti dibeli.
BalasPadamSayang kalau kuih-muih tradisional ni pupus kan SK.
Padamtapai nasi tu boleh buat air ya. first time syu nampak..
BalasPadamBoleh Syu. Bonda kita selalu buat waktu bulan puasa untuk berbuka.
PadamDalam bebanyak makanan Borneo...
BalasPadamTapai nasi,tekak saya belum dapat terima..ðŸ¤tak tau kenapa padahal tapai pulut dan tapai ubi saya makan..
Tapi minuman tapai tu menarik la pula..
Daun keladi yang buT bungkus tapai tu pun cantiknya
Pertama kali makan tapai nasi, saya boleh terima.
PadamAda jenis daun keladi tertentu yang digunakan untuk bungkus tapai nasi tu. Besarkan saiz daunnya.
Memang unik masakan kaum-kaum di Sabah. Rasanya saya kena pergi Sabah lagi sekali baru dapat makan semua kuih-kuih ni
BalasPadamMacam macam nama kuih tradisional. Datang sana kena cuba jenis jenis kuih ni. Lebih tu kena refer blog kak Amie. hehe..cantik kak Amie gayakan dan susun dalam pinggan lalu digambarkan.
BalasPadamsemuanya menarikkkkk!!! semua sedapppp...nak belajar bungkus kuih2 kat mana agaknya ya kak?😀
BalasPadamDana sangat suka mencuba makanan tradisi negeri lain atau bangsa lain. Ada orang yg tak boleh terima makanan yang lain dari biasa tapi dana suka. Suka mencuba, setiap kali balik kampung memang ke pasar pagi atau pasar tani lah dituju utk cuba pelbagai kuih dan makanan tradisi mereka, kalau singgah mana2 pun sama. Kira dana ni senang bela lah orangnya hahahh
BalasPadamKelupis Lemper Kocong semua tu first time saya dgr kak.. sabah negeri yg tak penah lagi saya jejak..
BalasPadam