Pages

Selasa, 11 Oktober 2022

Kinabalu Dekat di Kundasang, Banyak Sayur Bulih Pilih-Pilih

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom cuci-cuci mata di pekan Kundasang. 
Oleh kerana bonet kereta masih ada ruang, kami pun cari buah-buahan dan sayur di sini. Kalau berkenan di mata, dan berkenan di poket maka membelilah kami.Yang berkenan di mata, tapi tak berkenan di poket tu, wassalam sajalah bak katanya SK Tanah Jauhar.  Sambil itu kita nyanyi dulu lagu Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu:

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.
Tinggi lagi sayang sama kmu,
Biru biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh hati saya rindu.

Kinabalu dekat di Kundasang,
Banyak sayur bulih pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri,
Naik Kinabalu hati saya rindu.

Yang ini kita berkenan. Beli beras kampung memang ada dalam senarai. Satu bungkus seberat 2 kilogram,  berharga RM20. Beli 3 bungkus dapat diskaun harga jadi RM50.00. Beli sajalah, nanti sampai LD teringat-ingat pula. Nak datang lagi ke sini bukannya dekat!


Pelbagai jenis beras kampung. Beras kampung ini ditanam atas tanah atau di bukit.


Encik Suami suka beli sayur-sayur. Kalau sebungkus harga RM4.00. Kalau campur tiga bungkus harga RM10.00.


Pilih-pilih sajalah mana yang berkenan di hati.



Kita memang akan borong cili padi putih.




Boleh tahan juga harga mata kucing. Sebungkus RM10.00 Rasanya tak sampai sekilogram. Wokeh! Berkenan di ata, tapi tak berkenan dengan harga.


Ini jeruk tuhau. Dulu tiga bekas RM10.00. Sekarang dua bekas RM10.00. Yang ini pun walaupun berkenan di mata, tetap dah  tak berkenan di poket.


Tengok di hujung itu ada beberapa berkas asparagus. Dulu pernah beli harga RM20.00 tapi sekarang sudah RM30.00. Baik layan sawi dan brokoli dari layan asparagus...ahaks!


Alolooo...tomeinya sumandak!


Yang ini hanya pandang-pandang saja.


Balang di bahagian bawah itu berisi jeruk tuhai. Balang atas berisi serondeng bunga kantan.

Buah naga dua biji berharga RM15.00
Baiklah beli betik... ahaks!


Buah ciku ini lain macam. Saiznya besar. Harganya pun besar juga. Kita pegang sebiji, keras macam batu. Kita letak semula. 


Ini buah avocado cheese @ buah mentega @ kungkurad.
Di bawahnya itu durian belanda. Kita beli buah avocado cheese. Tak ingat berapa harganya sekilogram.


Ini buah cinta. Teringat kisah di Bukit Tinggi tentang buah cinta ini di sini: JUS TERONG PEROS @ TERUNG BELANDA


Ini buah epal baldu. Kita beli juga beberapa biji.


Ini buah limposu atau juga dipanggil liposu oleh masyarakat Dusun. Nama lainnya ialah asam pahong. Encik Suami panggil buah lampung. Kita beli setengah kilogram. Rasanya masam-masam dan sedap masak dengan ikan.


Ini jambu bol atau kita panggil epal Melayu.


Boleh juga beli buah-buahan yang sudah dikupas dan dibungkus.



Adakah ini buah nona?


Buah terap nampak lebam. Waktu harga murah zaman dahulu, tak mahu pandang. Sekarang harga kalahkan harga durian! 






Petai! RM40.00 sekilogram. Yang ini mata dan hati berkenan, tapi urut poket berkali-kali dan tarik nafas panjang. Bukan tak mampu beli, tapi tengok harga rasa tak sampai hati. Teringat dahulu harga emas 916 sebanyak RM36.00 segram! Eh, kenapa bandingkan emas dengan petai pulak!




Geleng kepala jugalah apabila tanya harga buah bambangan, RM20.00 sekilogram. Kita beli sebiji sudah mencecah RM10.40 sen.

Semenjak segala harga barang, buah, sayur dan makanan lain naik tak masuk akal, kita sudah pandai sediakan senarai barang perlu beli. Kita utamakan barang perlu, kita ketepikan dahulu barang kehendak. Eceeewaah! Boleh dipercaya ke?

Rakan-rakan blogger bagaimana pula?

9 ulasan:

  1. Sekurang-kurangnya dah berniat nak beli ikut keperluan..patuhi niat atau tidak tum.kita tengok keadaan la kan..🤣
    Mahalnya harga petai!
    Buah apple baldu tu kami panggil
    "buah seralat".
    Tapi saya teringin mengenali buah limposu tu sebab tak pernah tengok dan tak pernah rasa

    BalasPadam
  2. Saya rasa macam pernah sampai di sini tapi tak ingat beli apa. Masa tu tak ambil luggage jadi tak beli pulak beras walau hati teringin nak cuba

    BalasPadam
  3. Aktiviti paling dana suka kalau ke tempat yang ada jual sayuran atau buah gini, sangat menggoda hati kak. Tapi betul juga kene tengok harga barang dan bajet poket kita juga, sekarang semuanya dah mahal benar. Buah avocado cheese @ buah mentega @ kungkurad ini dana pernah beli ada kawan jual, nama lainnya buah kuning telur atau buah canistel. Rasanya berlemak sedikit manis.
    Kalau buah yang akak tulis namanya epal baldu tu, dana panggil buah mentega atau velvet apple. Dulu masa dana kerja di utm skudai, ada banyak pokoknya ditanam sekitar dalam kampus. Buah yg lain tak kenal kecuali jambo bol tu, merah menyala betul warnanya ye kak

    BalasPadam
  4. Dana suka bila akak kongsi macam-macam nama sayuran, buah-buahan dan makanan dari sabah atau brunei yang memang tak pernah di jumpai di semenanjung. Jadi tambah pengetahuan jugak kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. tanpa ke sabah, kita tau semua. ilmu tanpa sempadan gitew :)

      Padam
  5. Cili putih tu apa yang special Kak Amie sebab biasa jumpa tapi tak pernah beli pun.

    BalasPadam
  6. Kalau saya pun suka membeli sayur sayur segar. Puas hati beli yang segar dengan harga berpatutan. Sekarang ni semua serba serbi naik harga memang tak berkenanlah si poket. Banyak buah buahan yang baru kenal. Jambu bol tu sedapnya kalau dapat yang manis ada masam masam sikit.

    BalasPadam
  7. betul la kak. lain mcm harga buah & sayur. aida tak boleh nak brain knape mahal melampau? sedddiihh sgt!!!

    BalasPadam
  8. tu lah. harga sayur kat situ ada yang naik sikit. jarang dah singgah situ, kecuali nk beli buah2 yg dikupas untuk dimkn dalam kereta.

    BalasPadam