Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan ke tamu @ pasar minggu di Pusat Bandar Kita Kinabalu (Gaya Street). Firdaus kurang sihat. Jadi, kami berdua sahajalah yang menyongket di pagi hari. Abang Aznan pesan kalau hendak ke tamu, eloklah datang seawal pukul enam pagi. Kami datang pukul 7:30 pagi. Memang hampir setengah jam mencari tempat letak kereta! Akhirnya letak sahajalah kereta di tempat yang agak jauh.
Encik Suami siap beri amaran: Kereta jauh. Jangan beli macam-macam!
Ok. Baik. Baik!
Kita jamu mata sahajalah melihat buah-buahan segar. Merah, kuning, hijau!
Rambutan paling murah ditemui setakat ini. RM13.00 sekilogram.
Tempat beginilah yang paling kita suka!
Ada pais jagung, pais ubi dan pasi pisang.
Tapi, kita teringat pesanan Encik Suami : Jangan beli macam-macam!
Tapi, kita teringat pesanan Encik Suami : Jangan beli macam-macam!
Tapi, kita belum beli apa-apa lagi.
Tapai nasi manis ini dibungkus dalam daun keladi. Ini merupakan kali pertama kita lihat tapai nasi dibungkus begini. Kita nak beli. dan tak banyak. Sebungkus sahaja. Wokey! Encik Suami luluskan.
Tiga papan petai berharga RM10.00.
Ubi keledek RM8.00 sekilogram. Kita beli di Kundasang dalam perjalanan balik, tetapi harganya RM10.00 sekilogram pula!
Ubi keledek RM8.00 sekilogram. Kita beli di Kundasang dalam perjalanan balik, tetapi harganya RM10.00 sekilogram pula!
Kecil comel buah labu ini.
Beras kampung pun ada dijual di sini.
Selain buah-buahan import, ada jugalah buah-buahan tempatan seperti limau bali dan buah tarap.
Buah markisa pun ada.
Beli sebungkus- sebungkus untuk masak sup.
Kurma Merah |
Longan kering. |
Scallop Kering : RM190.00 sekilogram |
Semua herba yang di atas kita beli, kecuali scallop kering !
Jom jalan lagi.
Cuci-cuci mata dan cuci-cuci poket juga.
Gong pun ada dijual.
Aroma kopi sungguh menggoda! Kalau hendak beli kopi, datanglah ke sini. Kopi segar, dikisar di pasar.
Terjumpa beberapa buah gerai peniaga kopi.
Cantik pokok bunga ini.
Pokok anggur pun ada dijual. Teringat buah anggur kita di belakang rumah. Entah sudah masak entah belum. Entah-entah dimakan burung.
Wah, pokok ketumbar jawa! RM12.00 sepokok! Kita dapat percuma banyak pokok dari rumah Ros di Ranau. Harap tak matilah ketumbar jawa yang kami simpan dalam kereta, dibawa ke sana ke mari selama lima hari!
Eh, tak sengaja tau!
Kita terserempak dengan Kak Wan di tamu!
Kak Wan buat apa di sini.... ahaks!
Lepas bergambar dengan Kak Wan, kita ambil gambar pisang berangan pula. Sesikat harga RM22.00. Peniaga pisang suruh kita beli. Kita kata mahal. Disahutnya, pisang ini cantik, manis! Kita pun sneyum-senyum dan terus berlalu pergi.
Macam labu sayung kan?
Atau memang labu sayung?
Comel.
Comel.
Banyak daun herba dijual di sini.
Tebu pun ada.
Sekarang sudah menghampiri hujung tamu. Hanya melihat-lihat sahaja kuih-muih tradisional seperti kuih cincin.
Terjumpa lemper inti daging.
Ini dia kocong!
Ada kocong daging, kocong ayam dan kocong kacang.
Di belakang pulut panggang udang itu ada bungkusan daun kelapa. Di dalamnya tapai nasi!
Walaupun jam menunjukkan angka 9, tetapi teriknya matahari tidak tertangung rasanya. Jom berehat dahulu mencari teduhan sampai mendengar penyanyi jalanan mendendangkan lagu.
Belanja video abang KK memukul kulintangan.
Tak banyak pun yang kita beli di tamu. Ikut arahan Encik Suami : Jangan beli macam-macam sebab dia tak mahu mengangkat berat menuju ke tempat letak kereta.
Perut sudah mula memberontak. Jom cari tempat sarapan.
Semua restoran di sekitar tamu penuh sesak dengan pelanggan. Kita beritahu Encik Suami supaya memandu keluar sedikit untuk sampai ke Nook Cafe. Berpusing keliling lebih setengah jam! Akhirnya kami pecut ke One Borneo Mall!
Semoga cepat sihat Firdaus. Alamak alamak awal awal dah kena warning jangan beli banyak. hihi..tak mungkinlah kan beli sikit. Rambang mata tengok macam macam ada ni kak Amie. Geram tengok sayur dan buah buahan yang ada. Ehh sempat pulak tu bergambar. Hehe...
BalasPadamUnik bunga tu tergantung. Mula tu ingatkan buah. Rupanya bunga.
Katanya, tak mahu ulang-alik simpan barang yang dibeli.
PadamCantikkan bunga tu. Mula-mula Kak Amie pun sangka buah!
Maciam-maciam adaaaaaaaaaa....
BalasPadamkalau nak tengok macam-macam, datanglah ke pasar, kan Uncle.
PadamNak tulis komen dah kena scroll semula ke atas sebab dah lupa apa pic diatas tadi..Panjang entrinya...hihihi..
BalasPadamNak cakap solehahnya Cikgu..nak beli tapai sebungkus pun hantar borang permohonan.Nasib baik lulus sebab ringan yer🤭
Rasa nak masuk sekali dalam entri ni jenjalan dalam tamu dengan cikgu untuk mengenali hasil bumi Borneo
Pasarnya tersangatlah besar! Tempat letak kereta jauh. Jadi, siap warning awal-awal supaya dia tak berat menjinjing barang hahahaaa.
PadamHari cuti kan, memang mana-mana pun sesak dengan orang. Kochong yang tak halal dia bubuh apa? Seronok shopping macam ni memang rambang mata. Beli rempah banyak takpelah kot sebab tak berat. Hehe
BalasPadamKocong tu jualan non muslim.
Padamalahaiiii lamanya tak makan buah tarap. fav arwah mak cik sy tu. ms g sabah dulu beli then fia tanam. menjadi! k. amies kat sn sng eh nak jumpa buah naga kuning? puas cari kat simi tak jumpa2
BalasPadamNaga kuning tu baru sekali jumpa di sini. Tempat lain tak ada.
PadamKak Amie lepas ni sentiasa letak 1 beg besar dalam boot kereta. Bila nak ke pasar bubuh barang belian dalam tu, jadi tak susah nak jinjing satu2. Encik Majid pun takkan komplen 😁. Bunga yang tergantung tu kaler dia macam reflesia plak.
BalasPadamYe, mirip warna reflesia.
PadamKalau dekat sini tamu di macam pasir pagi kan kak,memang kalau kita ni pergi ke sini dia punya bahagia macam apa. Tak payah bawak pi mall mewah dekat sini pun dah rasa bahagia sangat, mujur kereta jauh kan kak kalau tidak rasa semua nak beli. Murah ye kak putik bunga ros tu, sedap buat teh kan. Tapi kan kak 1 yang dana tertarik sangat, beg tangan yang bentuk bulat tu, Ya Allah berkenannya dana tengok kak, kalau dekat tu dah dana kirim dekat akak satu.
BalasPadamOooo...beg bulat tu. Tak perasan pulak sebab main tangkap gambar saja mana yang dapat. Tak jumpa pula di tempat lain. Agaknya hanya ada di Gaya Street kot atau di Pasar Filipina.
Padamohsemnya. saya memang suka jalan-jalan tempat gini. ala-ala pasar pagi di sini, kak. jumpa plak makanan-makanan gitu, Allahu, memang merengkek lah mr.suami mengangkatnya h aha ha ha ha :)
BalasPadamnext year in shaa Allah aida nak ke sabah, kak. perancangannya lepas kak Nurin abis SPM. singapore no. 1 and sabah no. 2. 2 lokasi ni menjadi pilihan anak-anak saya. so nak survey flight ticket. sabah ni memang wishlist saya!!!
PadamIn syaa Allah. Sampailah nanti rezekinya untuk berkunjung ke Sabah.
Padammemang rambang mata nii hehehe
BalasPadamMesti rambang mata hahaha.
Padamwahh dah makin meriah gaya street sekarang.
BalasPadam