Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, 30 September 2022 selesailah urusan praktikal Fuad di Kilang Toyota ASSB Bukit Raja, Klang selama dua bulan. Katanya, memang sungguh letih bekerja ikut syif. Seminggu syif kerja waktu malam dan seminggu syif kerja waktu siang. Tempohnya pula selama 12 jam, bermula dari pukul tujuh malam sehingga tujuh pagi, dan kalau mula kerja pukul tujuh pagi, tamat waktu kerja pukul tujuh malam.
Fuad, pada hari terakhir menjalani praktikal di Kilang Toyota ASSB. |
In syaa Allah, istiadat konvokesyen dijadualkan pada 03-08 Disember 2022 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Terbang ke Tanah Jauharlah kami nanti.
Kena cepat ubah waktu tidur kalau kerja syif.
BalasPadamAlhamdulillah sudah hendak konvo?
Selamat tulang ke semenanjung nanti.
In syaa Allah konvo bulan Disember. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan apabila tiba waktunya nanti.
PadamAlhamdulillah. Dia dapat tawaran tak di toyota? Klu Kak Amie di KL, khabar2kan la mana tau boleh berjumpa :)
BalasPadamSambil menunggu tarikh konvo, dia teruskan bekerja sementara dahulu dengan TOYOTA. In syaa Allah Carneys. Ada rezeki boleh jumpa.
PadamAlhamdulillah!
BalasPadamKalau seminggu siang, seminggu malam, sakit kepala juga nak sesuaikan diri. Saya pernah kerja kilang 12 jam malam, rasa macam takde kehidupan. Hidup untuk kerja sajalah.
Betul tu Ujie. Apa boleh buatlah untuk penuhi syarat ijazahnya, jadi praktikal sajalah di situ selama dua bula.
PadamSemoga memperoleh ilmu yang bermanfaat.
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamAlhamdulillah habis dah praktikal xlama konvo pulak tahniah
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamAlhamdulillah. Selamat bergraduasi dan semoga terus maju jaya
BalasPadamTerima kasih Sal.
PadamAlhamdulillah, tahniah, Fuad. Tak apa, penat.. bersusah dahulu senangnya kemudian. Lepas ni nak tempuh alam pekerjaan yg pasti lebih mencabar.
BalasPadamBerakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian kan SK.
PadamTahniah Fuad...
BalasPadamSemoga dimudahkan urusan untuk memasuki pasaran pekerjaan pula lepas ni..
Amin ya Allah.
PadamTahniah Fuad. Sekejap je ya tempoh intern tu. Lepas ni dah boleh kerja.. ehhh kilang tu dekat dengan ofis acik je 😎
BalasPadamTerima kasih Faizah. Ya, memang dekat kan.
PadamAlhamdulillah dah tamat praktikal. Mesti tak sabar nak tunggu Convo. Selamat datang ke Johor Kak Amie :)
BalasPadam