Bismillahirrahmanirrahim.
Dari semalam Firdaus ingatkan kita supaya bawa bersama sarapan pagi di Rumpun Selera. Katanya, dia hendak makan dua ketul ayam goreng. Sayangnya, selepas solat subuh, kita tertidur semula. Firdaus pun sama. Apabila terjaga, memang sudah terbayang sarapan pagi sudah bertukar menjadi hdangan tengah hari! Jadi, kami pun ubah hala ke bandar. Hendak ke pasar tani, cuaca panaslah pula. Singgah sajalah di May Soto.
Firdaus tidak mahu pesan apa-apa makanan. Hanya minta Milky Tea sahaja. Kami pujuk-pujuk supaya minta bihun sup, tetap juga tidak mahu. Anak ini, di fikirannya hanya terbayang ayam goreng atau kentang goreng sahaja!
Apabila Bihun Sup Seafood kita sampai di meja, Firdaus cepat-cepat ambil chopstik! Katanya hendak makan Bihun Sup Seafood kita!
Firdaus nampak berselera makan Bihun Sup Seafood. |
Bihun Sup Seafood. |
Tiba-tiba seleranya timbul apabila terhidu aroma sup di hadapannya. Bihun Sup Seaafood yang Amie minta ini ada wantan, udang, bebola udang, bebola ikan dan kahanga serta telur rebus.
Encik Suami pula memesan Bihun Sup Udang ditambah dengan bebola udang. Bebola udangnya buka jenis yang difrozenkan. Rasanya sangat sedap sebab dibuat menggunakan udang segar sepenuhnya.
Coconut Pastry |
Sementara menunggu Firdaus makan, Amie jamah Coconut Pastry yang masih panas, harum mewangi! Kalau tak ingat Encik Suami, memang kita makan habis!
Rasanya hendak memesan semangkuk Bihun Sup Udang, tetapi memikirkan kalau Firdaus tak habis makan Bihun Sup Seafood, membazir pula!
Nampaknya Firdaus tidak berhenti menyuap bihun sup ke mulutnya!
Dan yang tinggal hanyalah sayur kobis dalam mangkuk!
Kita tanya: Kenapa sayang Mommy suka sangat makan makanan yang Mommy pesan?
Jawabnya: Makanan yang Mommy pilih semuanya sedap. Daus suka!
Berselera Firdaus makan sup. Suka jenis sup macam ni. Rencahnya pun banyak. Mana mungkin tak berselera makan kan. Makan sup panas panas cepat baik cepat elok mood Firdaus. Mommy pilih mestilah yang sedap sedap daus :)
BalasPadamhabis firdaus mkn bihun sup seafood mommy dia ya..tp betul ckp firdaus, biasanya mknn yg org lain order mmg nampak lg sedap..
BalasPadampilihan mommy sentiasa yg terbaik tau Daus
BalasPadammommynya cukup ke tu hanya dengan pastry je hihi
Bukan Daus je tapi acik pun tergoda tengok semua pilihan makanan dekat kedai tu. Mana nak dapat mehun sup yang banyak topping kak, bebola udanh? kalau kt sini tentu yang mcm bebola ikan biasa tu kak oi. bestnya makanan dekat sana
BalasPadamTerus baik ye mood Firdaus. Tadi monyok tak dapat ayam goreng. Kiter yang membaca ni pun terasa lapar
BalasPadamPenuhnya accessories dalam bihun sup tu... mesti Firdaus puas makan!
BalasPadamterbaik daus, dia tau mommy dia taste boleh dipercayai.. pandai dia guna chopstick
BalasPadamSudahnya mommy yang kena mengalah ye...rugi plak x order semangkuk lagi kan..Nampak sedap bihun supnya tu...
BalasPadamLain kali biar mommy jer pilih makanan ye Daus...ðŸ¤
BalasPadam