Bismillahirrahmanirrahim.
11 September 2022, hari Ahad. Seawal pukul tujuh pagi kami sudah meninggalkan Gardens Condominium. Singgah sebentar di rumah Abang Aznan untuk mengambil Raffie dan Affan. Mereka ini anak Aman (adik Abang Aznan), datang ke Kota Kinabalu ikut Lina. Oleh kerana kereta Lina penuh dengan harta sepencarian di banyak mall yang disinggahi, jadi tak selesalah tempat duduknya yang semakin mengecil saiznya. Jadi, terpaksalah Raffie dan Affan ikut kami.
Sebelum kereta bergerak, kami diberi pesanan supaya tunggu di tepi jalan kerana Rini hendak membeli makanan untuk kami semua di MCDonald. Maka, berkonvoilah kami tiga buah kereta dari Kota Kinabalu, tetapi beberapa minit kemudian masing-masing menghilangkan diri dari pandangan.
Minuman panas untuk kami berlima. |
Sarapan pagi dari McDonald, berupa burger dan lain-lain.
Firdaus pantang jumpa hashbrown! Kalau boleh, semuanya dia nak makan.
Tiga sekawan, Raffie, Firdaus & Affan.
Affan sedang bersarapan burger. |
Selepas itu mereka bermain dan bergurau senda.
Tidak lama kemudian suasana jadi sepi.
Apabila toleh ke belakang, semua sudah patahkan leher.... istilah orang Cocos, patahkan leher maksudnya tidur.
Kereta terus bergerak sehinggalah sampai ke pekan Kundasang.
Amboiiii.. yg sorang tu bukan setakat leher, dengan pinggang patah sekali 🤣🤣🤣🤣
BalasPadamWah...seronok la Daus ada kawan bersembang kat belakang...Siap landing atas riba tu🤣
BalasPadamAmboiiii Daus sedapnya dia landing.
BalasPadamDah kenyang memang sedap lah tidur kan. Teringat kak Amie cakap di LD tak ada McD. Masih belum ada?
BalasPadamSeronoklah Firdaus ada kawan dalam kereta. Lena terus masing masing lepas makan. Macam macam gaya tidur.
BalasPadamSeronok sangat berjalan ye kak sampai kereta dah tak muat dan mengecil, mujur kereta akak masih lagi muat dapatlah 2 beradik tu tumpang sekaki.
BalasPadamSeronok 3 sepupu tu ye kak bersarapan sama, lepas tu semua tertidur. Tapi paling comel si Daus la sampai tidur dekat peha Affan.
BalasPadamComel Firdaus tidur dengan banyak busuk.
BalasPadamlepas dah kenyang dan main, smua mengantuk ye..
BalasPadam