Pages

Isnin, 12 September 2022

Sembang Petang Isnin

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Isnin, rasanya seperti tidak cukup kaki dan tangan untuk melaksanakan kerja yang diberi. Ramai yang sakit, batuk dan selsema. Jadi, terpaksalah ambil alih tugas rakan yang tidak hadir. Moga mereka cepat sembuh.  Namun begitu, masih ada ruang untuk mencipta kenangan tersendiri sesama kami. 

Entah mengapa, awal pagi tadi terbayang petai di Kundasang. Apabila tanya harga: RM40.00 sekilogram! Bukan tak boleh bayar, tapi tak sampai hati dengar harganya yang mencecah langit ke tujuh! 

Petai di Kundasang : RM40.00 sekilogram.

Roti Gardenia

Pagi tadi, kalut juga bersiap untuk ke tempat kerja. Sempat sambar sebungkus roti Gardenia Choco Raisin. Letak atas meja di bilik guru. Kita ambil sekeping, kunyah perlahan-lahan dan kemudian tolak dengan air kosong. Masuk kelas.

Nasi Lemak Ayam Goreng.

Tamat kelas, masuk bilik guru, hanya tinggal bungkusan roti Gardenia.  Nampak sebungkus nasi lemak atas meja kita. Terima Kasih Nano dan Jane, belanja semua orang makan nasi lemak. Katanya, belanja kami semua sebagai penghargaan dan terima kasih melibatkan diri dalam program Karnival STEM pada hari Sabtu dua minggu lepas.
Birthday Cake.


Waktu rehat ambil masa beberapa minit untuk sambut ulang tahun Jusna! Sedap keknya, luar keladi, dalam red velvet!
  

Gembira untuk beberapa detik! Kerja sedang menanti. Tak boleh tunjuk gembira sangat, nanti lupa dunia pula...ahaks!



Sampai ke rumah, kata Encik Suami jiran sebelah hulurkan bungkusan. Tak sempat tanya bila sampainya. Pagi tadikah atau minggu lepas sewaktu kami jalan-jalan ke Kota Kinabalu. Apabila dibuka, rupanya naskhah Antologi Puisi Di Bawah Percikan Arunika. Ada empat buat puisi kita terselit dalam antologi tersebut.

Tiba-tiba teringat, pagi tadi Nava serahkan bungkusan. Kita terus simpan dan waktu pulang, kita angkut masuk kereta. Sampai rumah, kita lupa hendak keluarkan isinya.

Sebentar tadi kita baru buka bungkusan itu. Rupa-rupanya berisi petai!
Terima kasih Nava!

Petai pemberian Nava.

6 ulasan:

  1. Selamat kembali bekerja...
    Alhamdulillah...
    Benarlah apa yang difikirkan menjadi doa..terus dapat petai
    Betapa sayangnya Allah kepada cikgu dan juga kita semua..
    Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. Aik, Amie macam dah kurus je. Nanti jangan lupa buat entry blog, letak gambar sebelum dan selepas ok. ^_^
    Rezeki, dapat juga petai. Sedap buat sambal tumis ikan bilis dan petai! :D

    BalasPadam
  3. Itu namanya rezeki kak Amie. selamat menikmati petai

    BalasPadam
  4. sekilo rm40 mahal nya kak, kat sini biasa jual ikut papan je jadi tak perasan lak kalau sekilo banyak mana

    BalasPadam
  5. Kat sana petai ikut berat ye. Boleh tahan mahal harga petai tu. Tapi kalau petainya biji mata besar dan elok okay lagilah kalau nak membeli bila teringin. Betullah tu kak Amie, tak boleh nak suka sangat nanti lupa diri, lupa ada kerja lain menanti. hehe...

    BalasPadam