Pages

Ahad, 25 September 2022

Asam Rebus Tempoyak Ikan Lolong

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan di hari minggu? Hari ini kita terpaksa kurungkan hasrat untuk jalan-jalan ke pasar. Kita perlukan masa untuk menyiapkan tugasan yang belum selesai. Kebetulan pula malam tadi banyak lauk-pauk anak buah bekalkan kami, jadi tak perlulah masak untuk makan tengahari kecuali masak nasi saja. Anak buah bungkuskan kami ikan cencaru panggang, ikan masin goreng dengan bawang dan cili hijau, ayam dan kuih-muih. Alhamdulillah, orang memberi kita terima dengan ikhlas. Semoga reseki mereka setiasa melimpah-ruah.

Amie berhenti rehat seketika dari menyiapkan kerja, dan tulis entri Asam Rebus Tempoyak Ikan Lolong. Amie pun tak pasti hari apa Amie masak ini, tapi yang pasti masakan minggu kepas , beberapa hari yang lalu.

Asam Rebus Tempoyak Ikan Lolong.

Kita memang teringin makan nasi dengan ikan lolong masak asam rebus dengan tempoyak. Alhamdulillah, hasrat di hati sudah terlaksana! Teringat-ingat betapa enaknya menikmati nasi panas dengan kuas asam pedas tempoyak! Ikan lolong itu kita suka bahagian matanya yang besar. Suka makan matanya!

Hidangan Tengah Hari



Asam Rebus Tempoyak Ikan Lolong

Ada pun resipi kita ini resipi main campak-campak sahaja. Bahan-yang yang digunakan pun mana yang nampak di depan mata. Tapi apabila makan, memang menambahlah kuahnya sampai pinggan nasi jadi banjir!

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan lolong - bersihkan
  • 1 keping asam gelugur 
  • 1 batang serai - ketuk
  • 4 cawan air
  • garam / perasa pilihan
  • 1/2 batang timun - belah 4
Bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili padi
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 4 cm kunyit hidup
  • 1 cawan air
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk. Masukkan timun, serai, asam gelugur dan bahan kisar.
  2. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan lolong.
  3. Taburkan garam / perasa pilihan. Kacau beberapa kali.
  4. Setelah ikan masak, keluarkan asam keping.
  5. Padamkan api dapur.
Sambal Buah Bambangan


Terliur pulalah apabila menulis entri ini!

5 ulasan:

  1. Oh, tahulah kita kenapa namanya ikan lolong, hehehe. Rasa nak terbang ke sana, hirup2 kuah asam tempoyak.

    BalasPadam
  2. Unik nama ikan tu adakah ikan ni sama dengan "ikan uji rashid"?🤭
    Kita pun rasa terliur nak hirup kuah yang pedas dan masam tu..

    BalasPadam
  3. Yang membaca pun terliur jugak sebab memang minat asam pedas

    BalasPadam
  4. Senang buat rebus semua.
    Macam hendak cuba mungkin guna ikan lain.

    BalasPadam
  5. Kecur air liur tengok masakan kak Amie. Menu ringkas tapi membangkit selera sungguh lah.

    BalasPadam