Pages

Isnin, 15 Ogos 2022

Sup Ceker dengan Betik Mengkal & Ikan Kitang Panggang Kuali Ajaib

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga tidak makan tengahari bersama . Hari ini rezeki makan berdua dengan Encik Suami di dapur sendiri. Lauk-pauknya sudah tentulah mula ikut selera warga emas yang mula menjaga tekanan darah dan kandungan gula agar sentiasa seimbang. Amie masak sup kaki ayam @ ceker dengan betik mengkal dan tambahkan sayur sawi. Masakannya ringkas sahaja, tanpa gunakan sebarang repah kecuali bawang, halia , serai dan lada putih. Ikannya pula Amie panggang dalam kuali ajaib. Hanya bubuh sedikit garam dan serbuk kunyit. Hiriskan bawang dan cili padi serta tambahkan air asam jawa dengan kicap manis pedas, siaplah pencecah ikan kitang bakar.

Hidangan Makan Tengahari

Sup Ceker @ Kaki Ayam

Ikan Kitang Panggang


Kononnya hendak makan sepinggan nasi sahaja. Konon-konon saja tu. Alih-alih menambah-nambah lagi nasi masuk pinggan. Tak tahulah siapa punya pasal: Sup Ceker atau Ikan Kitang Panggang?

Entah siapakah yang salah.... ku tak tahu!


Tak kisahlah salah siapa. Yang penting perut kenyang sebab kita perlu tenaga untuk sambung bersihkan rumah dan sambung siapkan power point untuk ceramah esok.


Sup Ceker dengan Betik Mengkal ini memang kegemaran Amie. Hirup kuahnya yang masih panas, memang berpeluh-peluh dahi dek pedasnya lada putih. Bubuh lada putih lebih sikit untuk rasa lebih ummpphhh! Sebelum ini Amie banyak kali kongsikan resipi begini tapi Amie paparkan juga dalam entri ini. Amie suka gunakan betik mengkal sebab ada rasa manis yang enak ketika dihirup. Apabila ditambah lada putih dan garam / perasa pilihan sedap sangat waktu menghirup kuahnya...sluurrppp...sluurrpppp!

Bahan-bahan:
  • 500 gram kaki ayam - bersihkan - buang kuku - potong dua
  • 400 gram betik mengkal - kupas kulit - buang biji - potong ikut saiz yang disukai
  • 2 batang sawi - kerat batang dan daun ikut suka
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 7 ulas bawang putih - kupas kulit - biarkan seulas-seulas
  • 1 sudu kecil (boleh tambah) lada putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • garam /perasa pilihan
  • 2 liter air
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk.
  2. Masukkan kaki ayam, serai, halia, lada putih, bawang besar dan bawang putih.
  3. Masak dengan api besar sehingga mendidih selama 10 minit.
  4. Kecilkan api dan masukkan betik.
  5. Tutup periuk. Renih sehingga kaki ayam empuk.
  6. Buka periuk, dan masukkan sayur sawi serta garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali sehingga sayur sawi berubah warna.
  8. Padamkan api dapur.

9 ulasan:

  1. Ya allah...mana la nak cari ikan kitang ni erk...hehehehe.....nampak sedap sanagt tu ha...

    BalasPadam
  2. Hajat nak feeling-feeling hirup kuah sup ceker..Sekali ternyanyi dalam hati..
    🎼Entah siapakah yang salah🎶
    Nasib baik nyanyi dalam hati saja🤭🤣

    BalasPadam
  3. Walaupun resipinya sihat sup & ikan bakar, tapi bila sedap ni boleh bertambah2 nasi! Hehe

    BalasPadam
  4. Firdaus makan tak ceker kak Amie? Saya sendiri tak reti

    BalasPadam
  5. sup tu di sropot je sedap kak...seger

    BalasPadam
  6. ikannya kelihatan fresh dan tersaji cantik kak amie....mbul suka foto potongan jeruknya...aih asem segar...nikmat

    BalasPadam
  7. Rasanya salah ikan kurang dengan pencicah.

    BalasPadam
  8. Masuk blog Amie ni jarang la tak rasa lapar. sedap-sedap je menu

    BalasPadam