Pages

Isnin, 29 Ogos 2022

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dengan Jantung Pisang

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari kelmarin berangan-angan untuk masak lemak pucuk ubi. Teringat pernah terbaca satu resipi masak lemak cili api pucuk ubi dengan jantung pisang, masakan Negeri Sembilan di sini: MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI & JANTUNG PISANG SEDAP SUNGGUH. Terima kasihSuiSan Aliezsha atas perkongsian resipi yang sangat sedap ini. Selama ini kalau nak masak lemak pucuk ubi dan jantung pisang, memang memakan masa juga untuk merebusnya hingga lembut. Resipi perkongsian SuiSan Aliezsha ini tidak begitu. Cara penyediaannya sangat ringkas dan mudah baik dari segi bahan-bahan dan cara memasaknya. Tidak perlu celur pucuk ubi dan jantung pisang terlebih dahulu. Nanti kita kongsikan resipinya di bawah.

Hidangan Makan Tengah Hari / Malam

Sebelum Firdaus sampai ke rumah, siaplah Amie masak untuk hidangan keluarga. Seperti yang dijanjikan dengan Firdaus, Ame gorengkan seekor ikan bawal hitam. Amie gandingkan dengan Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dengan Jantung Pisang. Ditambah dengan sambal tempoyak. Lengkaplah hidangan dengan hirisan buah limau sunkist dan honeydew.

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dengan Jantung Pisang

Lain kali bolehlah masak lemak cili api pucuk ubi lagi. Tidak perlu bawang putih dan bawang merah. Encik Suami nampak menambah-nambah pula nasi dan lauk ini ke dalam pinggannya.

Ikan Bawal Hitam Goreng.

Sambal Tempoyak.


Terima kasih atas perkongsian resipi Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dengan Jantung Pisang ini. Moga tambah rezeki buat SuiSan Aliezsha, dan selalu-selalulah kongsi resipi lagi. Amie panjangkan resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 1 biji jantung pisang
  • semangkuk air
  • 3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)
  • garam secukup rasa
  • segenggam cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
  • segenggam ikan bilis
  • pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)
  • 2 keping asam keping untuk memasak

Cara Memasak:
  1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang.
  2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini.
  3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus.
  4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut.
  6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.

Jemput Makan.
Bismillah.

Ikan Bawal Hitam Goreng

Apabila goreng ikan bawal hitam ini, teringat arwah ayahanda! Arwah suka beli bawal hitam dan biasanya bonda akan masak kicap!


Sekian. Jumpa lagi.

9 ulasan:

  1. wow..dap ni kak..pic loading kat pc ayu pagi ni, but leh bayangkan ..dap nye

    BalasPadam
  2. Menggoda betul lah lauk pauk ni.

    BalasPadam
  3. Perghh menyelerakan sungguhh semua menu... makan bertambah kalo ini macammm

    BalasPadam
  4. Sedapnya...
    Lauk-lauk kampung dari sumber alami memang sedap dan berkhasiat.

    BalasPadam
  5. aduh sedapnya kak, jeles tengok akak setiap hari macam menu masak, dana ni kadang masak sejenis lauk pun dah syukur sangat hahahha

    BalasPadam
  6. Fav SA nikak Amie, pas tu goreng ikan masin..pergh..bertambah nasi

    BalasPadam
  7. Sedapnya makan masak lemak regu dgn ikan goreng. Sure bertambah -tambah nasi :)

    BalasPadam
  8. sedapnya jantung pisang. Lama tak makan.

    BalasPadam
  9. sedapnya. saya suka jantung pisang

    BalasPadam