Pages

Selasa, 30 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (22) : Bihun Goreng dengan Fucuk Ketam

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang petang tadi hujan turun renyai-renyai. Tak dapatlah berjalan-jalan keliling taman rekreasi untuk keluarkan peluh. Duduk sajalah di rumah sambil merenung keluar melalui jendela, menyaksikan suasana kelam dek mendung.
Usah dilayan sangat, nanti hati pun ikut mendung. Tak pasal-pasal gerimis pula mengundang berderai-derai...ahaks!

Baiklah masuk dapur, masak apa yang patut untuk hidangan makan kami sekeluarga. Kelentang-kelentung di dapur, siaplah masakannya. Hati pun senang. Sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus sampai ke rumah, masuk dululah ke dapur maya. Kita sembang-sembang idea bekal sarapan pagi ke tempat kerja.

Jom, kita lihat perkongsian menu bekal sarapan pagi Amie. Kali ini Amie paparkan bekalan Bihun Goreng dengan Fucuk Ketam. Saladnya pula terdiri daripada baby butterhead dan Caipira-Batavia Lettuce, ditambah buah blueberi, tambah lagi isi limau sunkist dan diserikan dengan tomato ceri. Tuangkan sesikit sos kewpie sekadar untuk 'rasa'. Kita hiriskan buah pir dan bubuh anggur hitam.

Bekal Sarapan Pagi (22)

  • Bihun Goreng dengan Fucuk Ketam
  • Salad : Baby Butterhead + Caipira-Batavia Lettuce+Blueberi+Limau Sunkist + Tomato Ceri
  • Buah : Pir + Anggur Hitam
Bihun Goreng dengan Fucuk Ketam

Salad & The Gang

Buah Pir + Anggur Hitam


 

4 ulasan:

  1. hari ni KL cuaca cerah. harap bereterusan sampai selesai sambutan hari kemerdekaan

    BalasPadam
  2. Masyaa Allah.. terliur salad tu...

    Cikgu,fucuk ketam tu frozen food kah @ cikgu buat sendiri..kalau buat sendiri share la resipišŸ¤­
    Dulu zaman anak2 masih kecil saya pernah buat fucuk roll isi inti fillet pes ikan tenggiri .Tapi dah lupa resipi sebab dah lama sangat tak buat

    BalasPadam
  3. Kat sini sebelum subuh dah hujan
    Alhamdulillah tengah harinya dah panas
    bento sihat

    BalasPadam
  4. menarik utk dicuba.. nampak simple tp sedap

    BalasPadam