Pages

Ahad, 7 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (11) : Cucur Jagung Campur Udang

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung kongsi idea bekal sarapan pagi ke tempat kerja. Amie bawa tiga bekas berisi makanan, tidak semestinya habis sekali makan. Kalau Amie bawa ke kantin, memang biasanya akan habis kerana makan beramai-ramai. Ada hari-hari tertentu Amie tidak dapat bersarapan di kantin. Ada hari-hari tertentu ada kelas sebelum dan selepas rehat seperti hari Selasa dan Rabu. Kalau ada kelas begini, Amie akan bawa bekal ke kelas. Memang masa rehat ketika ini kantin penuh dengan murid. 

Murid akan cari Amie di kelas, dan bukannya Amie masuk ke kelas mereka. Amie ada kelas sendiri, murid kena datang ke kelas Amie. Gayanya macam kuliah kan. Kiranya pelajar kena cari pensyarah di dewan kuliah, begitulah. Kebetulan pula biasanya Amie akan gunakan LCD sewaktu PdPc. Jadi, agak menyusahkan kalau cabut semua wayar dan bawa masuk LCD ke bilik guru, dan tak sampai berapa minit selepas rehat terpaksa bergegas semula ke kelas membawa LCD dan pasang sekali lagi! Waktu-waktu beginilah Amie bawa sekali bekal makanan ke kelas sambil menjaga keselamatan harta kerajaan : LCD sementara menunggu waktu rehat berakhir, dan memulakan kelas seterusnya.

Pada ketika inilah kita tegur beberapa orang pelajar yang masuk ke kelas lebih awal. Ajak makan bekalan yang kita bawa. Makan sampai habis terutamanya buah-buahan. Eh, esoknya mereka pelawa kita makan biskut yang mereka bawa pula! Lusanya ada yang ajak kita makan bekal coco crunch pula.

Jom kita kongsi cerita bekal sarapan pagi yang ke 11. Kali ini Amie sediakan bekal sarapan cucur jagung campur udang dengan sos cili Thai. Saladnya pula terdiri dari yumak dengan hirisan kobis ungu dan limau mandarin. Tambah sedikit Thousand Island Salad Dressing. Amie susun 4 jenis buah: anggur hijau, hirisan betik, ceri dan aprikot.

Bekal Sarapan (11)

  • Cucur Jagung + Udang + Sos Cili Thai
  • Salad : Yumak + Kobis Ungu + Limau Mandarin
  • Buah : Betik + Anggur Hijau + Ceri + Aprikot

Cucur Jagung + Udang + Sos Cili Thai

Salad & The Gang

Buah : Betik + Anggur Hijau + Ceri + Aprikot

18 ulasan:

  1. Sedapnya bekal kak amie.. Sha paling suka yang buah-buahan tu.. mengancam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katanya elok makan buah-buah sebelum makan yang lain. Itu pasal belajar makan buah. Supaya tak bosan, try susun warna-warni.

      Padam
  2. Macam biasa nak tanya dressing salad letak apa tu kak Amie? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya letak thousand island dressing. Tabur sedikit bijan hitam.

      Padam
  3. Seronoknya jadi murid Cg Amie :)

    BalasPadam
  4. selalu bekalkan suami guna Tupperware pink tu

    BalasPadam
  5. Tak pernah tak menggoda..
    Semua bekal cikgu bikin ngiler

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekal biasa-biasa saja. Cuma diserikan dengan warna-warni buah dan salad.

      Padam
  6. Rumah sy, kalau ada buah, sampai lebam. Seronok tengok buah2 Kak Amie bersusun macam ni. Cucur jagung tu.. hurmmm.. nak kena menyucur nampaknya. Kecur tengok cucur Kak Amie, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya akan cari buah yang lambat lebam hahahaa... macam limau sunkist. Sekarang tak ada buah lebam lagi dah sebab tiap-tiap pagi hangkut ke tempat kerja, makan ramai-ramai.

      Padam
  7. Rajinnya kk Amie.. lengkap berkhasiat bekal mcm nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fiza. Kak Amie cuba belajar sediakan makanan berkhasiat lengkap karbohidrat, protein dan serat.

      Padam
  8. nikmat sekali kelihatanya, semoga sehat selalu ya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Mudah-mudahan sama-sama sihat.

      Padam
  9. seronok jadi anak murid cikgu Amie. ada ganjaran kalau masuk kelas awal. ya, unik konsep seperti kuliah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sal. Doakan Kak Amie sentiasa melayani anak murid dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

      Padam