Pages

Selasa, 28 Jun 2022

Ikan Liking Goreng Yang Sangat Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Asyik cerita tentang nasi arab saja, marilah kita ubah selera cerita ikan kering atau ikan masin pula. Teringin sangat nak makan ikan liking. Balik kerja, terus masuk dapur. Angkat periuk, sukat beras dan masak nasi. Nasi sudah tanak dan wap yang keluar disertai dengan aroma daun pandan. Perut semakin berkeroncong!

Sudah terbayang-bayang sepinggan nasi panas berlauk ikan liking goreng. Lauk itu sahaja. Tidak ada lauk lain!

Ketika ikan liking digoreng, semerbak aromanya menambah rasa lapar. Tambahkan hirisan bawang besar dan cili merah, campakkan beberapa tangkai cili padi. Angkat dan toskan. Ada beberapa biji limau kasturi yang hampir layu. Perahkan jusnya, dan terus hidang. Oh, terpandang beberapa labu bawang putih jeruk pula. Bubuh sajalah dalam pinggan ikan liking goreng.
Ikan Liking Goreng


Ikan Liking dari Pasar Besar Kota Belud


Ikan Liking Goreng



Kalau inginkan rasa lebih pedas, picit saja cili padi.
Tak ingat berapa kali menambah nasi dalam pinggan!
Oh, ikan liking!
Kenapalah engkau sedap sangat?





19 ulasan:

  1. Teringin nak mencuba makan. Pertama kali tau nama ikan Liking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya biasa dengar tapi pertama kali beli waktu jalan-jalan ke Kota Belud. Macam ikan masin jeruk.Memang berbaloi walaupun agak mahal. Sedap!

      Padam
  2. Balasan
    1. Biasanya kalau sedap memang saya akan kata sedap heheheheee.

      Padam
  3. Kak amie....tekak orang sakit tengok nampak sedap la...nak cari kat Shopee la kalau ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada di Shope tu SA. Cuba beli, nanti bukan SA saja yang suka rasanya, bau aromanya pun sudah jatuh cinta.

      Padam
  4. haaaa... sy takut... takut periuk nasi bocor!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe SK. Marilah kita sama-sama kasi periuk nasi tu bocor!

      Padam
  5. Confirm makan bertambah -tambah kalau gini gayanya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PH. Penangan ikan liking memang bahaya.

      Padam
  6. macam tak pernah saya makan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba sekali ciksun. Nanti akan makan berkali-kali hihihiii.

      Padam
  7. wah..berapa kali tambah tu? menu simple tapi sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah sikit... tambah sikit... tambah sikit lagi hihihiii.

      Padam
  8. ikan liking 1st time dgr..menarik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. entry saya harini psl ikan liking...1st time dpt merasa

      Padam
  9. Ikan jeriuk ya? Macam pekasam.
    Tiba-tiba teringin juga.

    BalasPadam
  10. Ingatkan bumbung ja lickingšŸ¤­
    Tapi ikan tu nampak sedap la dengan cili padi tu

    BalasPadam
  11. Masakan ringkas beginilah bertambah selera makan. Menambah nasi tak cukup sepinggan. hehe...Cantik pulak tengok bawang putih jeruk tu.

    BalasPadam