Pages

Ahad, 26 Jun 2022

Firdaus & Arjun Rampal Menunggang Kuda di Tepi Pantai

Bismillahirrahmanirrahim.
Mas kata Izzuddin masih demam. Firdaus termenung tidak ada kawan untuk mandi di swimming pool. Amie cadangkan supaya Firdaus menunggang kuda. Wah, bukan main seronok Firdaus sampai terlompat-lompat di tepi swimming pool.

Encik Suami terus ke kaunter untuk membeli tiket. Sekali jalan, RM20.00.

Firdaus sedang menunggang kuda.



Selepas membeli tiket, kami menuju ke kandang kuda yang terletak di hujung resort.

Kandang kuda.


Belum pun sampai ke kandang kuda, sudah keluar seekor kuda putih bersama pengembalanya.


Cantik kudanya! Ekornya warna perang keemasan!



Firdaus tak sabar hendak naik kuda!



Firdaus sudah bersedia untuk menunggang kuda putihnya!



Memang suka sangatlah hatinya.
Ketika ini Mas tiba-tiba muncul bersama Izzuddin. Leka bercerita dengan Mas, terlupa hendak tangkap gambar Firdaus naik kuda di tepi pantai.


Tiba-tiba Firdaus sudah sampai!
Selain gembala kuda, ada Arjun Rampal pula yang mengiringinya.


Arjun Rampal sedang bercuti dari shooting filem kot.... ahaks!
Jauh juga dia datang dari India ke Labuan.


Tangkap gambar Arjun Rampal pula!


Arjun Rampal versi Labuan sedang menunggang kuda di tepi pantai!


Selepas menunggang kuda, Firdaus duduk berehat bersama Izzuddin yang masih kurang sihat.

Firdaus menunggang kuda.

4 ulasan:

  1. Arjun Rampal versi Labuan??? Kak Amie???

    BalasPadam
  2. Bukan main senyum lebar Firdaus dapat menunggang kuda ya. Wah, Arjun Rampal versi Labuan!

    BalasPadam
  3. Baru petang tadi dengar rancanag " Mustaqim" @ Radio dengan topik hari ni " Cara Mendidik Anak Lelaki"
    Salah satunya ajar mereka memanah dan berkuda kerana di dalam sukan ini sangat banyak manfaat untuk anak lelaki selaku bakal pemimpin keluarga,agama dan negara..

    BalasPadam
  4. Lahhhh ingatkan arjun rampal betul tapi bila belek-belek semula emm iras-iras je tapi arjun rampal lagi hensem. ahakss

    BalasPadam