Jumpa lagi di bulan April. Masa begitu pantas berlalu. Apabila menjenguk 'dapur' memang api sudah terpadam! Asap pun sudah hilang. Hanya tinggal abu dan arang! Oh, harap arang akan kembali terbakar dan terus membara beberapa hari akan datang.
Kita rindu, teramat rindu untuk jalan-jalan bersembang ke rumah rakan-rakan blogger. Apakan daya. Buat masa ini kita hanya mampu simpan perasaan itu dalam karung rindu!
Sewaktu kita bermesyuarat di Kota Kinabalu, bekas murid tingatan lima menghantar mesej. Peringatannya, agar tidak lupa menghadiri majlis perpisahan kelas pada 31 Mac 2022. Akibat kesibukan yang melanda, menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda, ditambah dengan letih kurang rehat akhirnya kita pun terlupa jua!
Syukurlah ada teman kaki jalan, Cikgu Kamsiah ingatkan kita. Katanya, lepas maghrib dia akan ambil kita di rumah. Sempat jugalah melelapkan mata buat seketika pada petang hari mencari tenaga yang sudah berkurangan.
Majlis perpisahan diadakan di Khadijah Ballroom, Sri Perdana, Lahad Datu.
Kawan-kawan tegur, muka kita nampak lesu.
Betul... kurang rehat, kurang tidur.
Namun kita usaha penuhi harapan anak-anak murid kesayangan yang bertungkus-lumus membuat persiapan majlis.
Setelah keluar dari kepompong sekolah, mula terserlah kacak dan tampan bekas anak didik.
Majlis berakhir pada pukul 9:30 malam.
Kamsiah hantar kita sampai ke rumah. Setelah kita kunci pagar dan buka pintu rumah, barulah Kamsiah beredar. Encik Suami dan Firdaus belum balik dari majlis kenduri di kampung. Seusai solat isya' kita terus 'pengsan' sampai pagi!
Bangun dari tidur, terus buka oleh-oleh dari majlis malam tadi.
Wah, comel-comel hadiahnya!
Ada key chain siap bubuh nama kita.
Apabila baca kad ucapan ini, memang terus bergenang air mata.
Ada pula sampul misteri!
Rupa-rupanya kepingan kertas coretan daripada murid-murid kita.
Kali ini bukan bergenang air mata, tapi terus gugur dengan rasa sebak sekali.
Kita abadikan sebahagiannya di sini.
Terima kasih anak-anak didikku.
Sebagaimana kamu sayang cikgu, terlebih lagi sayang cikgu kepada kamu.
Memori kita bersama sepanjang PDPR dan PdPc akan menjadi kenangan sepanjang hayat cikgu. Maafkan cikgu di atas kekurangan dan kelemahan sewaktu membimbing kamu. Cikgu hanya insan biasa, tidak sempurna. Mohon halalkan segalanya. Andai ada peluang, cikgu ingin menjadi guru kamu seribu tahun lagi! Mudah-mudahan kamu akan memperoleh keputusan SPM yang cemerlang, mencapai cita-cita dan menjadi insan yang sentiasa menumpahkan bakti kepada nusa dan bangsa.
Kalianlah aset negara, bakal pemimpin pada masa hadapan.
Semoga mereka semua berjaya mencapai cita-cita masing-masing, insyaAllah.
BalasPadamTahniah, Kak Amie, kerana menjadi kesayangan murid-murid.
sebak baca catatan anak2 murid Amie..
BalasPadambagus budak2 sekrg..organise majlis perpisahan..hargai guru2..
Guru yang baik pasti dikenang sentiasa
BalasPadamSaya yang cuma membaca pun terasa sebak dengan coretan anak murid kak Amie.
BalasPadamCikgu yang terbaik dan anak2 murid yang terbaik 👍🏽
Hai, Amie.. :)
BalasPadamBagusnya, ex-students baik-baik belaka, buat majlis perpisahan. Semoga mereka semua berjaya di masa depan. Amin..
nasibla ada yang ingatkan ye kak, mmg nampak muka akak tak bermaya sangat... nampak lesu
BalasPadambagus murid-murid akak nampak berkelas majlisnya tu.... mesti happy mereka bila akak datang... baca ucapan dari murid-murid tu mau tak nangis..
moga akan berjumpa lagi nanti
Saya baca pun sebak.. betapa anak-anak murid ini mengasihi cikgu mereka. Tentu cikgu seorang yang sangat disenangi oleh pelajar.
BalasPadamAllahuakbar....semuga mereka semua menjadi orang yang berguna di kemudian hari nanti. Sebak pula membaca coretan mereka. Mudahan mendapat kejayaan cemerlang di SPM nanti. Aamin
BalasPadamSA yang baca ni pulak turut rasa sebak...tahniah kak amie ada anak- anak murid yang sangat menghargai
BalasPadamTerima kasih cikgu❤️❤️
BalasPadamKerjaya sebagai guru pastinya akan dikenang oleh anak-anak murid sampai bila²
BalasPadamsweet sangat student2 kak amie.
BalasPadamharimau mati meninggalkan belang manusia pergi meninggalkan jasa
BalasPadamRasa sebak pulak baca coretan bekas anak murid kak Amie. Bagusnya mereka menghargai jasa guru guru mereka. Semoga mereka terus berjaya dimasa akan datang.
BalasPadamJelas kelihatan muka kak Amie dalam keletihan. Lepas ni kena bawa bawa berehat dulu Kak Amie :)
BalasPadamSemoga kak Amie akan terus sukses dalam kerjaya sebagai guru. Best of luck untuk your student jugak
BalasPadamNak nagis jugak lah..😭😭😭😭
BalasPadamTerima Kasih Cikgu!
anak murid akak ramai yang kaum cina tapi tengok harmoni je semua mereka tu, lagilah betapa mereka dapat reka majlis tu...
BalasPadamseronoknya anak2 murid organize majlis. ye la kak amie nampak muka letih
BalasPadamakak amie nampak muka letih.. berehat la nanti. sedih dan sebak bila menjadi seorang guru yg terlalu lama mendidik, pasti dlm kenangan
BalasPadamHehe guna nota tampal.
BalasPadamKena simpan sebagai kenangan.
Meleleh baca coretan anak murid akak..
BalasPadam