Pages

Isnin, 25 April 2022

Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun Pertama di Dunia

Alhamdulillah.
Di bulan yang mulia ini, kita kongsikan kejayaan KDMRS Muslim (Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia dalam usaha menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Dusun. Al-Quran terjemahan ini menjadi saksi kepada sampainya mesej Islam kepada masyarakat Dusun dalam bahasa mereka sendiri.

Semoga usaha murni ini akan terus membuahkan hasil untuk langkah yang seterusnya. Menurut peneraju utama, iaitu Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Tuan Haji Nicholas Slyvester Muhammad Abdullah buat masa ini usaha terus dijalankan untuk menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Murut, Rungus dan Sungai.

Sumber : KDMRS Muslim

Usaha tersebut tidak berakhir setakat terjemahan al-Quran, tetapi akan diteruskan membuat terjemahan tafsir al-Quran dalam bahasa Dusun.



Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun Pertama di Dunia.


NGO Islam yang berfokuskan dakwah, tarbiah & kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat momogun muslim sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. Untuk info lanjut bolehlah kunjungi pertubuhan ini di sini:KDMRS Muslim

Sedikit info tentang latar belakang KDMRS Muslim:

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Momogun Muslim telah ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai satu institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai etnik Momogun di Malaysia. Momogun Muslim memfokuskan aktiviti kemasyarakatan melalui kebajikan dan pendidikan kepada kumpulan masyarakat momogun, saudara baru daripada kalangan momogun yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek.

Pada 08 Januari 2018, Momogun Muslim telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia.

VISI

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang unggul dalam outreach etnik dan sokongan saudara baru.

MISI

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia wujud untuk berkongsi mesej Islam yang sejagat kepada seluruh lapisan masyarakat, memperbetulkan salah faham terhadap Islam dan juga memberi sokongan kepada saudara baru sebagai tanggungjawab kemanusiaan.

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia berjuang untuk mencapai misi ini degan menjalinkan hubungan baik, memimpin dan membantu individu momogun muslim dalam usaha memperkasakan usaha yang sama di Malaysia.

Sumber: KDMRS Muslim

11 ulasan:

  1. Wah..menarik ni..sangat- sangat membantu kaum Dusun untuk mendalami Al-Quran kan Kak Amie

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat buat pengguna bahasa Dusun agar lebih mudah mentadabbur al Quran.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..bagusnya usaha dakwah...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. semoga bermanfaat buat yg membaca.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...usaha yang bagus dapat memberi manfaat kepada kaum Dusun dan saudara baru lebih memahami isi Al Quran.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Satu usaha yang bagus..

    BalasPadam
  7. Saya suka mendengar berita tentang terjemahan al-Quran dalam bahasa Dusun. Ia baik untuk semua orang Dusun. Saya doakan anda semua berjaya. newest xiaomi phone

    BalasPadam
  8. Have a strong desire to read out the most genuine concept? However, you do not have enough time to complete this goal because you are preoccupied with the development and creation of other assignment instructions from your teacher. To achieve climax-level success, you should practice concept development as much as possible. It makes no difference whether you have to do your regular assigned work or not. Managing assignments is never easy, and one should seek Assignment Helper Australia as soon as possible. Our expert completes your assignment quickly and without sacrificing quality. You can learn more about us by visiting our website.

    BalasPadam
  9. I've been looking for something like this for a while. I appreciate you sharing this awesome article. It's not surprising that many students turn to professional writing services for help with their assignments. Do my assignment writing services are here to help students complete their work on time and with the best possible grades.

    BalasPadam
  10. The competition for this prestigious award will be fierce as some of the best batsmen from around India and abroad will take part in IPL 2022. Who will manage to score enough runs to secure their place at the top? Will it be a batsman from Team India or an international star? All these questions and more will be answered when IPL 2022 kicks off. Every year, a special award is given to the top run-scorer of the tournament, known as the Orange Cap in 2022, we will see a new batch of talented cricketers competing for this prestigious title.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam