Pages

Rabu, 16 Mac 2022

Semalam di Hotel Elopura Sandakan

Malam pertama di Sandakan, kami menginap di Elopura Hotel. Hotel ini berhampiran dengan laut. Apabila bersarapan pagi, memang nyaman sungguh sambil menikmati hidangan mata memandang arah Laut Sulu yang berteluk! Tempat letak kereta juga luas, di hadapan hotel. Encik Suami kelihatan rasa lega dan selesa. Katanya kalau hendak jalan-jalan atau keluar makan tidak perlu naik kereta. Nampaknya memang Elopura Hotel satu pilihantepat untuk kami. Di hadapan hotel ada pusat beli-belah. Di situlah kami mencari makan malam. Banyak restoran di sekitar hotel. Pendek kata, memang berbaloi  memilih hotel ini untuk bermalam.


Elopura adalah nama pertama bagi Sandakan ketika ditemui oleh William B Pryer pada tahun 1879 dari Syarikat Borneo Utara British. Elopura bermaksud  BANDAR INDAH.


Hotel Elopura terletak di:
HS12, Sandakan Harbour Square,
 90000 Sandakan, Sabah

Hiasan dalaman Elopura Hotel berkonsep moden tetapi mewah dengan suasana tempatan dan sentuhan ringkas unsur-unsur sejarah. Apabila melangkah masuk ke lobi hotel banyak gambar pelakon filem bersama dengan pemuzik-pemuzik legenda di situ.








Di antara 111 bilik yang terdapat di sini, kami ditempatkan di bilik 406. Sepanjang laluan ke bilik, terpampang pelbagai gambar  dari filem  dalam dan luar negara yang berbingkai.


Perut sudah kenyang.
Katil di depan mata.
Bolehlah terus booommm!
Opssss! Solat jangan dilupa!



Firdaus dengan bantal busuknya berpisah tiada!


Kelengkapan bilik yang disediakan pun nampak ringkas sahaja. Biliknya pun tidaklah begitu luas tetapi selesa jugalah ketika solat.


Di dalam laci meja ini ada hair dryer.
Nanti bolehlah minta Firdaus keringkan rambut kita!



Kelangkapan asas yang ada di bilik penginapan 3 bintang.




Bilik airnya pun selesa. 
Kemas dan bersih.






Orang yang suka berlama-lama dalam bilik air sudah tentulah budah Firdaus itu!


Oleh kerana petang itu hujan, kami pun berehat sahaja dalam bilik.
Firdaus terus tidur lena!

9 ulasan:

  1. Elopura Hotel keren. Selamat memanjakan diri, temanku Amie

    BalasPadam
  2. Rezeki Daus jd ",anak tunggal".Untung jarak jaun dengan abang2nya...Dapatlah selalu ikut mommy & babah honeymoon🤭

    BalasPadam
  3. saya pun dah lupa nama hotel kami menginap masa di Sandakan dulu, tapi samalah macam ni, mengadap laut. seronok sarapan pagi kopi tenom sambil melihat laut

    BalasPadam
  4. menariknya deko dalam hotel tu kak, bilik hotel nya pun lengkap semua ada....

    BalasPadam
  5. Nampak selesa hotel ni...of course la..kalau x takkan Daus lena diulit mimpi tu ha...

    BalasPadam
  6. Untung menginap kat sini nak kemana mana jalan kaki je. Ada tarikan sekitarnya. Menarik juga dekorasi dalaman tu bertemakan filem local dan luar. Tak berpisah Daus dan batal busuknya tu. Hihi...

    BalasPadam
  7. Memang sesuai ambil gambar di lobi dan sekitar lukisan/mural.

    BalasPadam
  8. tak sangka dulu nama sandakan adalah elopura,nasibla bertukar jadi sandakan kalau elopura macam susah nak nyebut

    BalasPadam