Di simpang masuk Kampung Pinausok sebelum menaiki selekoh berbukit-bukit menuju ke Jasni Rijan Resort, ada sebuah restoran yang agak unik. Restoran ini terdiri daripada beberapa buah bas terpakai dan pelanggan boleh menikmati hidangan di dalam bas tersebut. Tempat makan di dalam bas ini dinamakan BW Bus Restaurant.
Memandangkan kami datang pada waktu malam, tidaklah dapatrakan banyak gambar. Kebetulan pula restoran hanya beroperasi sehingga pukul 8 malam sahaja.
Salah sebuah bas yang dijadikan tempat menikmati hidangan. |
Para pengunjung dikehendaki daftar masuk di sini. Setiap seorang dikehendaki membeli tiket berharga RM5.00 setiap satu. Jika hendak membeli makanan, boleh terus pesan di kaunter. Harga makanan akan diberi diskaun dengan menolak harga tiket yang dibeli. Pelanggan hanya perlu naik ke bahagian atas, dan duduk di dalam bas menanti hidangan masing-masing.
Oleh kerana restoran akan tutup tidak lama lagi, jadi hidangan yang ditawarkan pun banyak yang sold out. Terpaksalah memilih apa yang ada sahaja.
Bus Ticket : RM5.00 |
Jom kita naik tangga menuju ke bas yang telah ditetapkan.
Pemandangan dari atas bas.
Agak-agaknyalah, berapa tahun tak pernah naik bus?
Terakhir kali Amie naik bas ekspress dari Lahad Datu - KK - Lahad Datu pada tahun 2018 (kalau tak silap) kerana menguruskan visa di India Visa Centre di Kota Kinabalu.
Sudah tentulah ini merupakan pengalaman kali pertama Firdaus naik bas.
Tempat duduk penumpang bas sudah diubahsuai menjadi meja makan pelanggan.
Pesanan pertama tiba, minuman strawberri pilihan Firdaus.
Kemudian disusuli pula dengan Fried Onions Rings.
Tak tahulah kenapa Firdaus suka sangat makan bawang goreng!
Baik pula hatinya malam itu mahu berkongsi onions rings dengan Encik Suami.
Balckpepper Beef |
Tidak lama kemudian, datang menu pesanan Amie iaitu nasi putih lauk blackpepper beef.
Ada telur goreng mata sebelah dan hirisan kobis ungu, kobis putih serta lobak.
Garlic Soy Chicken |
Dan hidangan terakhir sampai sudah tentulah untuk Encik Suami. Sama juga dengan Amie, Encik Suami minta nasi putih makan dengan Garlic Soy Chicken.
Hidangan nasi putih bersama garlic soy chicken ini juga didatangkan bersama sayur siew pak choy dan telur goreng mata sebelah.
Agaknya kalau kami datang awal sedikit tentu boleh memesan hidangan lain.
Oleh kerana sudah tahu lokasi restoran ini, lain kali bolehlah singgah lagi.
TENANG JA MAKAN DALAM BAS BERHENTI KALAU DIA JALAN TERPELANTING SEMUA HEH HEH
BalasPadamHahahaa... betul tu Kak PI. Baik makan dalam kapal terbang daripada makan dalam bas bergerak.
Padamcreative..kat Port Dickson ada satu tempat tu tukang masak yang memasak dalam bas kuning. pelanggan tetap di meja di luar bas
BalasPadamOooo bas kuning pula ye. Memang kreatif kan Ammi.
Padammenarik mkn dlm bas..sedap nmpk air firdaus tu..hah onion ring ngan firdaus berpisah tiada
BalasPadamItulah yang dicarinya...onion rings tak pernah jemu baginya.
PadamUnik la bas di buat restoran...pandai marketing strategy pengusaha dia ni....Daus...asyik fried crispy onion je yang oiii...kasi tukar....
BalasPadamHahahaa... onion rings, kentang goreng... itulah yang dicari selalu. Kita pulak yang nak jemu hihihiii.
PadamWah ! Unik jugak ni!
BalasPadam(Blog ni loadingnya semakin pantas! YEAY!)
Ikut mood dia juga ni Uncle... kadang pantas kadang kalahkan siput mengesot.
PadamBas tergantung. Gayat pula. Dahulu ada juga bas dijadikan tempat makan di Klebang.
BalasPadamOleh sebab datang waktu gelap tak nampaklah pula suasana sekitar yang sebenarnya.
PadamOnion ring memang sedap. Saya pun suka. Sep sikit Firdaus! Di Sekinchan pun ada cafe bas begini tapi saya tak pasti halal ke tidak
BalasPadamSekarang ni macam-macam cara peniaga makanan nak pikat pelanggan. Pastikan halal menunya.
PadamDi Ipoh ada jugak, tapi makannya di luar bas, hihi.
BalasPadamKak Amie, kenapa panggil telur goreng mata sebelah? Sebab matanya sebiji saja ya? Hihi
Betul SK. Biasanya mata ada sepasang kan hahahahaa!
PadamBest juga sekali-sekala dapat pengalaman makan dalam bas begini :)
BalasPadamSalah satu daya tarikan pengunjung untuk berkunjung makan disini. Rasanya last naik bas zaman belajar UiTM dululah. Rindu kenangan naik bas.
BalasPadamKalau dah namanya makanan fav, mana pernah jemu Firdaus makan onion rings. hehe..nak pulak share ye. Takpe kak Amie, lepas ni boleh singgah lagi boleh cuba menu lain. Datang siang boleh ambil gambar banyak banyak.
Kreatif owner kedai buat stail makan dalam bas.
selalu kalau nampak restoren dalam bas dia duduk bawah, ini duduk atas memang lain dari lain...
BalasPadamAiyan pun suka jugak onion ring kak... dana pun tak sangka
Kat klebang dulu ada hotel dalam bas tapi dengar katanya dah tutup. Tapi ni makan dalam bas emm rare ni. Tarikan baru
BalasPadamBestnya naik bas. Dolu sebelum ada kereta naik bas ekspress. Lah ni naik bas lrt je lah.
BalasPadampernah mkn sekali dlu di sini. unik sebab mkn dlm bas..
BalasPadam