Pages

Khamis, 27 Januari 2022

Sunset Beach Restaurant Kampung Rampayan Laut Kota Belud

25 Disember 2022 bersamaan pada hari Sabtu petang.
Aktiviti jalan-jalan berakhir di Kampung Rampayan Laut kerana keesokan paginya kami akan berangkat pulang ke Lahad Datu.

Rancangan kami, sebelum pukul 6 petang akan makan di Steamboat Bonda.
Tidur awal pada sebelah malamnya. Bangun awal pagi. Bersarapan dan terus bertolak.




Suasana di pintu masuk Bonda Steamboat.
Papan tanda di bahagian luar tertulis Bonda Steamboat, tetapi apabila masuk ke bahagian dalam, macam-macamlah yang kita jumpa:
  • Chalet / Lodge
  • Dewan
  • Restoran
  • Mini Market
  • Pantai
Baca juga: 


Para pengunjung yang terdiri daripada pelanggan untuk menikmati steamboat boleh memilih tempat yang sesuai bersama keluarga. Banyak tempat yang disediakan. Terpulang untuk memilih lokasi di tepi pantai atau di dalam restoran sambil menikmati keunikan hiasan dalam sentuhan suku kaum Iranun.


Bonda Steamboat dibuka seawal pukul 11 pagi sehingga 10 malam. Ramai yang datang pada sebelah petang. Mungkin mereka ingin menyaksikan matahari terbenam di tepi laut.


Cantikkan?


Ketika kami sampai di sini, suasana agak lengang.



Cerita tentang dekorasi restoran ini Amie sudah paparkan dalam entri : BONDA STEAMBOAT RESTAURANT KOTA BELUD


Seperti sebelumnya kami hanya memilih meja berhampiran makanan  sebab mudah hendak menambah hidangan.


Tidak lama kemudian, ramai pula pelanggan datang bersama keluarga masing-masing.







Selepas makan kami pun jalan-jalan tepi pantai.


Oleh kerana kawasan di sini luas, santai dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan, Encik Suami mencadangkan kepada kakak ipar untuk mengadakan hari keluarga di sini.... ahaks!




Wokey!
Cerita jalan-jalan  berakhir di sini.
Ada rezeki kita jumpa lagi.


Rakam kenangan Firdaus bersama kakak Aseeyahnya di tepi pantai.


Cantik sungguh ombak bergulung menuju pantai!
Subhanallah.


Dugong kepala hitam posing di tepi laut.

12 ulasan:

  1. Seronok duduk kat anjung bonda menghadap laut. Memang sesuai sangat tempat ni untuk aktiviti hari keluarga kak Amie. Luas dan banyak aktiviti.

    BalasPadam
  2. Cantiknya suasana di sini. Rasa macam semua tempat nak diabadikan gambarnya. Ombak bergulung menuju pantai, jadik dugong pun dugonglah.

    BalasPadam
  3. sambil makan lps tu tgk sunset mmg best

    BalasPadam
  4. memang sesuai nak buat family day kak, dahla restaurant nya luas, deko cantik... banyak tempat makan tepi pantai, luas betul memang best. Bestnya kalau dapat lepak tepi pantai kak oi. Daus bukan main seronok mandi laut ya, janji dengan kakak iparnya

    BalasPadam
  5. seronoknya Daus bercuti jalan2 susuri pantai indah semua

    BalasPadam
  6. Bestnya bercuti tepi laut,lagi best kalau menginap sama kan...banyak aktiviti boleh dirancang

    BalasPadam
  7. Rindunya deruan ombak dan aroma air laut bercampur pasir pantai

    BalasPadam
  8. bestnya..saya rindu laut. belum berkesempatan dapat Vitamin Sea. Seronok betul makan stimbot ditemani angin pantai

    BalasPadam
  9. Bestnya tempat ni. Chalet cantik sesuai gak buat family day kat sini

    BalasPadam
  10. Luas betul tempatnya. Betul baik dekat dengan makanan. Boleh ulang-alik banyak kali.

    BalasPadam