Pages

Jumaat, 28 Januari 2022

Suka-Suka Keluarga

Abang Farid dan Aseeyah kembali ke Kuala Lumpur pada hari Ahad 9 Januari 2022 melalui penerbangan Tawau-KLIA. Pada hari Jumaat malam Sabtu kami mengadakan bacaan Yasin dan doa selamat. Keesokan paginya kami bertolak ke Tawau, dan menginap satu malam di sana. Biasanya begitulah. Kalau anak-anak terbang waktu pagi melalui lapangan terbang Tawau, kami akan bermalam di Tawau supaya tidak kelam-kabut turun ke airport.

Bersama biras dan anak buah menyiapkan hidangan di dapur.


Selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat, tiba-tiba terdengar bunyi riuh-rendah di ruang tamu.


Rupanya ipar - ipar, biras dan anak buah sedang  'menghambur' hadiah seperti gula-gula dan wang syiling. 





Riuh rendah dan gelak ketawa ketika mengutip syiling dan gula-gula. Pada kulit gula-gula itu pula dilekatkan duit syiling.


Acara begini biasanya dilakukan ketika majlis berarak pengantin berpakaian tradisional Cocos. Kami tidak tahu rancangan saudara mara yang datang. Mereka sudah berpakat untuk memeriahkan suasana kerana ada pengantin baru di rumah kami.


Biras kita yang sulung menghambur bungkusan hadiah dari luar pintu.


Dalam keadaan begini, kita pun dah tak tahu nak tangkap gambar mana satu!


Nampak meriah sungguh apabila masing-masing menyambut dan berebut hadiah!


Paling seronok sudah tentulah kanak-kanak sebab mereka dapat kumpul duit syiling sebanyak yang boleh.

Sambil mengira duit syiling, sambil kepit bungkusan hadiah yang dapat direbut(warna ungu).



 Acara tidak berakhir di sini sahaja. Sekali lagi mereka buat kejutan dengan membawa 4 helai kain ela. 


Kain-kain tersebut dibentang dan pengantin dikehendaki berjalan di atasnya.



Tapi awas!
Sewaktu pengantin melangkah, tangan-tangan sudah sedia menanti untuk merebut kain tersebut! Nampak tak hujung kain ungu yang sedang dipijak kedua-dua pengantin? Ada tangan sedang cuba menariknya supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.


Pengantin kenalah hati-hati berjalan, takut terjatuh sebab tangan-tangan sudah sedia tarik kain!



Inilah antara aksi orang yang berjaya merebut atau menarik kain ela yang dibentang setelah dipijak pengantin!


Hahahaaaa.... memang tak kering gusi melihat mereka berebut kain!


Oleh kerana leka bergelak ketawa, akhirnya kami terlupa untuk menyusun hidangan.


Jadi, nampak bertabur pulalah hidangan di meja.


Yang penting malam itu semua kelihatan gembira.


Alhamdulillah, sempat kita masak beberapa lauk termasuk kari kambing bersama Aseeyah. Ada bubur kacang hijau dengan durian, laksa asam, kotel dan juga kapurong. 

Terima kasih Hasna, bawa kapurong untuk dijamah bersama pada malam itu.


Budak Firdaus ini cukup gembira pada malam itu, tetapi keesokan harinya banjir mula melanda kerana terpaksa berpisah dengan kakak Aseeyahnya.

18 ulasan:

  1. Meriah sungguh, semua sporting. Acara baling gula-gula dan duit syiling tu, sy biasa jumpa, tapi jalan atas kain tu belum pernah tahu. Makanan juga nampaknya enak-enak tu.. tapi kesian pulak bila ada kejadian banjir, hihi.

    Nampaknya Abang Farid dah jatuh nombor dua dalam senarai abang kesayangan sebab Daus dah ada Kak Aseeyah 😍

    BalasPadam
  2. meriahnya majlis kenduri keluarga meraikan pengantin baru xmelupakan adat warisan lama

    BalasPadam
  3. Seronok kumpul ramai ramai dengan saudara dan besan. Majlis meraikan penganting jugalah ni. Kelakar aktiviti tarik kain tu. Pungut gula gula memang happy lah budak budak. Dah tentu Firdaus seronok dapat main dan ramai kawan. Aduhaiii tang berpisang dengan kak Aseeyah memang sebak. huhu...

    BalasPadam
  4. Wah,meriahnya....
    Seronok dapat berkumpul bersama keluarga setelah 2 tahun semuanya terbatas.
    Alooo..ciannya Daus baru nak bermanja dengan kakak Aseeyah dah berpisah pula..Rasanya mommy tu hujan air mata lagi lebat...🤭

    BalasPadam
  5. meriahnya. merasa Aseeyah adat Cocos. Dapatlah saudara-mara berkenalan dengan pengantin baru

    BalasPadam
  6. Meriahnya!
    Seronok dapat berkumpul sesama ahli keluarga sambil meraikan ahli keluarga baru.

    BalasPadam
  7. Seronoknya kan bila berkumpul mcm ni

    BalasPadam
  8. kat kampung dana kalau kenduri kawin selalunya lepas rewang atau malam berinai tu ada acara tabur duit syiling atau gula-gula kak... tak sangka adat Cocos pun sama lebih kurang ya

    Meriahla nampaknya sebab bukan je kanak-kanak tapi orang dewasa pun seronok main tarik kain ela heheheheh.... dah penat berebut tentu lapar, tengok semua menu aduhai sedapnya kak oi

    BalasPadam
  9. best ya..ramai ramai macam tu. bak kata orang: nikmatilah masa masa, kawan kawan, saudara mara sementara masih ada.

    BalasPadam
  10. seronok acara keluarga mcm ni
    riuh gelak ketawa kan

    BalasPadam
  11. seronok nyaaa.. adat yg lama ditinggal jangan. dah tu makan reramai. we all pun dah lama tak dapat kumpul2 makan2, sembang2. rindu sangat.

    BalasPadam
  12. seronok berkumpul bersama family, lebih2 lagi ada pengantin baru yg diraikan. makanan pun semua kelihatan sedap.

    BalasPadam
  13. Sayang betul Firdaus dengan kakak iparnya. Terus mesra.

    BalasPadam
  14. meriah sungguh pengantin diraikan ye...alahai Firdaus...bercucuran airmata ye....

    BalasPadam
  15. Acara kejutan untuk pengantin yang jalan atas kain ela tu mesti meriah kan kak, tang berebut kain ela tu boleh buat gelak tu...

    BalasPadam
  16. Aduh.. Meriahnya majlis..
    Masa Sha kawin dulu pun ada baling gula-gula dan duit syiling.. seronok..

    BalasPadam