Jumpa lagi rakan-rakan maya.
Rindu nak kunjung ziarah seperti dulu-dulu.
Sayangnya rutin harian kita pun kelam-kabut macam tongkang pecah.
Kepala asyik serabut dengan banyak kerja yang belum siap, yang sengaja kita lambat-lambatkan. Kan cari pasal namanya itu?
Kita rasa, kita perlu rehatkan diri dan tenangkan minda buat seketika.
Kita nak jalan-jalan melihat hijaunya hutan dan birunya lautan.
Harap apabila pulang ke LD nanti, dapat susun semula rutin kehidupan yang lebih baik untuk memasuki gerbang 2022.
Oleh kerana Encik Suami pun banyak kerja hendak disiapkan sebelum hujung tahun, kita pun reda jalan-jalan saja dalam Negeri di Bawah Bayu.
Sesungguhnya banyak daerah di negeri Sabah yang sudah kita jelajahi tetapi ada juga yang belum pernah dijejaki.
Kawan-kawan kesayangan:
Kita akan tutup dapur maya ini buat sementara waktu. Sehingga kita bertemu lagi, kawan-kawan bolehlah teka daerah mana kita akan pergi. Jawapannya mestilah daerah-daerah yang belum pernah kita jelajahi sebelum ini. Boleh jawab sehingga 3 daerah. Mana tahu ada satu daerah yang betul? Nanti kita cari oleh-oleh dari daerah-daerah itu. Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat, sudah tentu akan dapat hadiahnya. Selamat mencuba dan jumpa lagi!
Selamat bercuti dan beristeri rehat
BalasPadamTak pandailah nak teka2
Happy holiday kak.. wahhh... banyak tempat menarik kat sana.
BalasPadamNak teka suka2 je lah sebab tak pernah sampai hehe..
Sipitang, Tenom, Beaufort
selamat bercuti kak amie..sy nk tunggu cerita kak amie kt blog ni jer, sy nk bercuti kt sabah insyallah tahun dpn..boleh bc citer akk dulu wat rujukan, terima kasih kak sbb slalu pos story cuti2 di sabah..x sabar nk holiday kt sabahhh
BalasPadamkeningau tambunan tenom... long pasia tu kena naik belon ke kalau nak pi
BalasPadambanyaknya tempat boleh dijelajahi di sabah....belum sampai sabah huwaaaaa
BalasPadamSelamat bercuti Kak Amie....jaga diri...enjoy!!!!
BalasPadamSelamat bercuti kak. Banyaknya daerah, entah lah kak susah nak teka ni. Kudat kut..Hihi
BalasPadamselamat bercuti meneroka negeri sabah ya kak... jangan lupa nanti update kisah dan cerita dalam sini tau. Jaga diri kak
BalasPadamkalau akak boleh pergi setiap tempat yang tersenarai tu memang best la, jalan sakan kata orang hehehhe
BalasPadamkita smepat jejak Kota Kinabalu je sis hehehe...
BalasPadam
BalasPadamKebaikan dan manfaat susu kambing untuk kesihatan.
perniagaan online
kebaikan susu kambing
khasiat susu kambing
Nabawan, Tongod dan Beluran kot, hihi. Nak kena buat ulangkaji di dapur maya Kak Amie ni, ke mana daerah orang Malaya ni belum sampai. Selamat jalan-jalan kak Amie dan istimewa buat Daus. Makankan makanan yg enak untuk aunty ya Daus π
BalasPadamKeningau..Kota Marudu & Tambunan..
PadamKalau SK betul..dapat oleh-oleh..bahagi dua tauπ€£
Oooo... tutup kedai ke?
BalasPadamhehehe
Seronoknya nak pergi bercuti kak Amie. Mana ek kak Amie tak pernah pergi lagi. Macam banyak tempat dah dijelahi.
BalasPadamAdakah Kuala Penyu, Beufort dan Papar? Banyak tempat menarik dan dekat ketiga tiganya.
Selamat bercuti kak Amie, enjoy your trip :)
jalan2 dlm sabah pon best jgk kak amie. byk tmpt bleh pergi. hehe.
BalasPadamnnti syu teka daerah mne yg kak amie nak pegi
Nak teka juga.
BalasPadamKuala Penyu, Beaufort, Nabawan
saya mmg teringin nak berkunjung ke sabah sekali lagi. rasanya akak akan pergi ke lahad datu je kot.... hahaha
BalasPadamSelamat bercuti Kak Amie!
BalasPadamUntunglah dapat teroka Sabah, byk tempat menarik di sana.
Rasanya Kak Amie akan ke Tenom, Papar & Kinabatangan... My wish list actually :p
Jumpa lagi tahun depan Insha Allah :D
Selamat bercuti. Sabah best, banyak yang menarik. Budaya, alam semulajadinya yang memukau. Mungkinkah kak Amie akan ke Tongod / Tambunan / Semporna?
BalasPadamBeaufort, Kuala penyu,menumbok,membakut, bongawan
BalasPadamDan sipitang
BalasPadamAssalamualaikum. Teka daerah yang belum pernah kita jejaki berakhir di sini ya. Tunggu keputusannya dalam entri akan datang.
BalasPadamHehe terlambat tapi takpe datang untuk baca.
BalasPadamKalau saya hanya pernah ke KK, Kundasang, Sempoerna, Papar.
Confirm bukan LD sbb mmg akak duduk disitu π
BalasPadamteringin sgt nak ke sabah, kak.
BalasPadamlom pernah jejaki sana.
plan 2021 dibatalkan dek pandemik covid 19.
Thanks for sharing this with so much of detailed information, its much more to learn from your article. Keep sharing such good stuff.
BalasPadammyadornment Adornment is a personal and tailored jewellery shopping experience for consumers, allowing the exploration of a range of affordable but luxurious brands all within one e-commerce marketplace.