Pages

Ahad, 14 November 2021

Nasi Kukus Ayam Panggang Bukit Kuching

Kampung-kampung yang sudah menjadi adik-beradik kami sekian lama sudah tentulah Bukit Kuching, Bukit Cherakah, Bukit Hijau dan Parit Mahang. Pusing keliling kampung tetap juga terserempak sama ada di Pasar Malam Bukit Cherakah, Pasar malam Bukit Kuching atau Pasar Minggu Sungai Buluh. Kadang-kadang bertembung di Pasar malam Ijok pula.

Banyak sungguh gerai atau warung menjual makanan di setiap kampung kami ini. Harganya pun harga mampu beli, dan sudah tentu rasanya pun sedap dan menepati citarasa penduduk kampung yang terdiri daripada masyarakat Jawa dan Banjar.

Jom singgah sebentar di Warung Nasi Kukus Ayam Panggang yang terletak di tepi Pasar Malam Bukit Kuching.


Sementara menunggu tuan punya warung menyiapkan bungkusan nasi kukus dengan ayam panggang, Amie perhatikan ayam panggang berpusing-pusing di atas pemanggang.


Walaupun rata-rata pekebun kecil di kampung kami menguasakan tanaman kelapa sawit, namun masih terdapat sebahagian kecil daripada mereka mengekalkan tanaman kelapa.


Seekor ayam panggang dijual dengan harga RM15 sahaja.


Sepanjang berada di kampung, entah berapa kali Encik Suami mengunjungi tempat ini. 
Agaknya dia sukakan rasa ayam panggangnya kot.



Beli seekor atau dua ekor ayam panggang untuk ratah di rumah memang best!

Nasi Kukus Ayam Panggang pula berharga RM6.00 sebungkus. Penuh potongan ayam menutupi nasi!




17 ulasan:

  1. Ayam panggang kalau kena dengan perapannya memang buat kita rasa nak makan selalu. Takpelah, sementara masih di malaya bolehlah makan selalu. Dah balik Sabah teringat ingat pulak nanti. Besar portion ayam menutupi rasa. Menang membeli macam ni :)

    BalasPadam
  2. Bukit Cherakah tu di Shah Alam, rasa dekat pula, boleh la terjah, ayamnya nampak sedap, harga pun berpatutan..

    BalasPadam
  3. Murah banget..sekor rm15.Sekarang ayam mentah pun mahal..Semoga penjualnya dimurahkan lagi rezeki

    BalasPadam
  4. aduhhhh seksi betul tengok ayam panggang tu kan kak...

    BalasPadam
  5. wah... RM6 sebungkus, murah banget tuh...

    BalasPadam
  6. berpatutan harga tu dengan portion. dari rupa nampak sedap

    BalasPadam
  7. sedap nmpknya nasi kukus ayam panggang tu..lapar la plak

    BalasPadam
  8. 15 hengget untuk seekor ayam panggang tu pada saya memang murah
    nampak ayam pun gemuks

    BalasPadam
  9. RM 6 ...? hampir sama dengan di Indonesia, khususnya di tempat saya.

    BalasPadam
  10. murahnya ayam panggang di sini, RM15 je sekor...

    BalasPadam
  11. Saya suka ayam panggang cengginie.. dia masak keseluruhan..
    Kalau tempat Sha RM20 seekor..

    BalasPadam
  12. Murahnya rezeki peniaga ni..tak kedekut langsung bagi ayam tu...banyak dan portion tu macam boleh makan 2 orang kan

    BalasPadam
  13. nasi ayam penuh ayamnya. Nasi dia nampak sedap. Ayam panggang tu makan gitu pun sedap ratah

    BalasPadam
  14. sedap tu saya suka ayam panggang yg garing sikit macam ni

    BalasPadam