Pages

Isnin, 22 November 2021

Kiriman Hadiah Jute Bag Daripada Blogger Suria Amanda

Riang hatiku tiada terkira! Dapat kiriman hadiah jute bag yang sangat lawa. Siapa pengirimnya, cubalah teka. Tak lain tak bukan SURIA AMANDA

Dalam kesibukan mengurus pernikahan Abang Farid tempoh hari, rupanya rezeki sebagai pemenang top komentator Oktober 2021 di BLOG SURIA AMANDA berpihak kepada Amie. Alhamdulillah. Rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun bagaimana halangan yang dihadapi, ia tetap sampai menjadi milik kita.


Terima kasih yang tidak terhingga atas kiriman hadiah ini ya SA. Kak Amie terima dengan rasa gembira. Sudah tentulah kegembiraan itu berganda-ganda apabila terpampang nama Kak Amie pada poket jute bag ittu. Nampak lawa sungguh dan warnanya menyerlah apabila disangkut pada pokok dikelilingi warna hijau dedaunan.


Kiriman Flower Wreath With Leaves Colourful Jute Bag With Front Pocket ini dihantar terus dari Famsymall.com. Comel sangat jute bag ini, siap ada poket lagi. Nanti Kak Amie boleh gunakan untuk isi telekung bawa ke tempat kerja ye SA.


Terima kasih sekali lagi buat SA atas kiriman ini. Moga persahabatan maya terus berpanjangan. Kak Amie doakan SA sentiasa sihat dan terus istiqamah berbakti kepada kedua orang tua yang dikasihi iaitu Pak Zain dan Mak Pah. Dengar khabarnya Mak Pah sudah keluar dari hospital setelah menjalani rawatan di sana. Amie suka bertandang ke rumah SA untuk ikuti perkembangan SA sekeluarga. Seronok baca coretan  santai SA tentang dirinya, anak-anak buahnya dan terutama sekali sewaktu SA kongsi air tangan Pak Zain dan Mak Pah. Sudah tentunya Amie tak akan lupa resipi masak lemak cili padi yang selalu SA kongsi.

Sekejap lagi nak ziarah Mak Pah yang telah discharged pada hari Jumaat lepas. Siapa nak ikut marilah ke sini: SURIA AMANDA

18 ulasan:

  1. Syukur alhamdulillah sampai jugak akhirnya hadiah...lambat sikit sebab order online kan kak...riang hati kak Amie suka bag tu ..😘😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak SA. Memang suka sangat dapat kiriman ini. Kak Amie dah gunakan, bawa ke sekolah. Seronok ada nama AMIE hihihiii.

      Padam
  2. tahniah..cantik design & colour..

    BalasPadam
  3. Lawa sangat kak, terus rasa nak beli untuk diri sendiri. Hihi.

    BalasPadam
  4. kan kak Amie..ammi pun rasa bila blogger tu cerita pasal family macam terasa dekat je dengan mereka. padahal tak pernah bersua muka pun

    BalasPadam
  5. cantik jute bag yg dpt dr SA...ramai yg tempah utk gift pd kwn2 & family

    BalasPadam
  6. cantik tau amie..bertuah badan..pasni mesti lagi semnagt nak komen haha

    BalasPadam
  7. Beg jut dapat bergambar cantik belakang pokok.
    Alhamdulillah. Selamat guna.

    BalasPadam
  8. Wah...Tahniah cikgu..
    Cantik ayu sekali begnya...Sesuai ni buat isi telekung & sewaktu dengannya

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..tahniah Kak Amie. Betul tu, kalau dah rezeki pasti sampai. cantik dan kena tema gambar dengan beg tu. Paling limited kalau ada nama sekali :)

    BalasPadam