Dulu dia pernah bertanya, walaupun dia sudah tahu 4 perkara yang disarankan dalam agama untuk mencari pasangan hidup. Akhirnya kita pun jawab: Pilihlah yang sederhana. Mudah-mudahan dia faham maksud kita kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah memberikan contoh agar sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam hidup.
Dan katanya lagi, andai jodohnya sampai biarlah walimatulurus diadakan kecil-kecilan sahaja.
Jodohnya tiba di musim pandemik yang sudah tentunya membataskan segala pergerakan sehingga tidak dapat berjumpa bakal teman hidupnya walau hanya sekali sebelum majlis pernikahannya.
In syaa Allah, sebagaimana kedua-dua anakanda sentiasa hormat dan taat kepada ibu bapa, maka taat setialah sebagai pasangan suami isteri dalam membina mahligai impian.
Pertemuan kali pertama di majlis pernikahan sudah tentunya meninggalkan seribu rasa di antara mereka berdua. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan.
Dengan sekali lafaz, Abang Farid sah bergelar suami.
Sekarang Abang Farid sudah ada isteri. Mommy dan Baba sudah ada besan dan menantu.
Kami sudah menjadi ibu dan bapa mentua.
Kami sudah menjadi ibu dan bapa mentua.
Semoga anakanda Farid dan Aseeyah sentiasa berkasih sayang dalam membina rumah tangga sakinah, mawaddah warahmah.
Sweetgambar yang last tu kak...malu2 je
BalasPadamMoga berkekalan hingga ke syurga...
Bila majlis di LD pula kak?
Semoga berkekalan kak... Malu2 lagi diorg eh hehehe shomel je..
BalasPadamDoa selamat menempuh hidup baru untuk Abang Farid dan Istrinya.
BalasPadamtahniahhhh. btw, jemputlah join giveaway kita. masih ada masa lagi hehe
BalasPadamAlhamdulillah bahgia menuju jannah
BalasPadamHanya Allah lebih mengetahui apa pun yang terbaik untuk hambaNYA. Semuga jodoh abang farid bahgia sehingga ke syurga. Malu-malu pengantin perempuan. sweet sangat almaklumlah pertama kali jumpa terus menjadi suami. Tahniah buat kedua pengantin dan kedua keluarga.
BalasPadamAmie ceritakan lah kisah cinta antara mereka berdua. Boleh buat novel ni. Macam kisah percintaan amie dan encik majid tu. hehehehe boleh buat citer novel juga tu.
BalasPadamala sweet..moga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya.. aamiin!
BalasPadamcongrats kak amie
Aloo.. sweet nye gambar last tu.
BalasPadamPengantin malu2 gitu.
Semoga kekal bahagia hingga syurga
Manisnya jodoh mereka, Kak Amie. Semoga kemanisan itu terus kekal tanpa bersulam kepahitan ibarat hempedu. Kalau pahit2 peria tu adat la kan.
BalasPadamSedangkan lidah lagi tergigit.
Berkat doa restu dari ibu ayah, insha Allah akan dipermudahkan urusan mereka berdua.
BalasPadamSuka photo last tu, sweet je :)
akak nanti share lagi ya, sebab takde akak cita apa pasal nak dapat menantu, tup-tup eh ada buat majlis... sesenyap je ye kak, biar sederhana tapi manis
BalasPadamSemoga ke anak cucu....
BalasPadamSemoga sentiasa bahagia dan bercinta hingga ke jannah..alahai sweet sangat gambar last tu...
BalasPadamComel je gambar last skali..
BalasPadamSelamat pengantin baru..
Semoga kekal bersama hingga ke Jannah
Selamat menempuhi alam rumah tangga
BalasPadamalololo... comelnya pasangan pengantin.
BalasPadamSweet sangat.
Alhamdulillah selamat ke jinjang pelamin.
BalasPadamSweet...🐜🐜🐜🐜
BalasPadamMacam kisah dulu-dulu..Pasti menjadi kenangan manis untuk Abang Farid dan Aseeyah kenang..Semoga bahagia hingga ke syurga
Masya allah sweetnya, moga berkekalan hingga ke jannah.
BalasPadamalhamdulillah tahniah kak terima menantu .. sama padan sama cantik perngantin
BalasPadamPemalu betul pengantin perempuan. Asyik tunduk aje
BalasPadamAlhamdulillah.. semoga berbahagia.
BalasPadamAlhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan. Semoga jodoh mereka berdua kekal ke akhir hayat. Insyaallah
BalasPadamsemoga berbahagiaa..selamat pengantin baru :)
BalasPadamIt as really a great and helpful piece of info. I am glad that you shared this helpful info with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.
BalasPadam섯다
Alhamdulillah...Allah merancang apa yang terbaik untuk kita. Seronok dah bertambah ahli keluarga. Semoga mereka berdua berbahagia sampai syurga. Aaminn...
BalasPadamCamna dorang jumpa kak Amie..mehlah share
BalasPadam