Jom jalan-jalan masuk Kampung Bugis di Batu 1, Jalan Segama Lahad Datu. Kita singgah di Warung Bakso Layan Diri yang terletak bersebelahan dengan masjid. Warung ini beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 8:30 malam. Kami pernah ke sini pada sebelah petang tetapi warung sudah ditutup. Khabarnya laris betul jualan bakso di sini. Tentu ada sesuatu yang menggoda selera pelanggan. Sebelum ini Amie hanya melihat Bakso Layan Diri Lahad Datu lalu lalang di FB.
Di bawah ini Amie kongsikan gambar-gambar bakso yang asyik melintas di halaman FB dengan pelbagai aksesori yang berjaya menggugat jiwa dan rasa! Kredit untuk tuan punya warung! Biasanya bakso hanya ditambah dengan bihun atau mi kuning tetapi kelainan dan keunikan di sini, pelanggan boleh pilih bahan / akasesori yang disukai.
|
Bakso Bebola Daging dan Kulit Ayam Goreng Rangup |
|
Kaki Ayam & Kulit Ayam Goreng Rangup |
Dan macam-macam lagilah....
Sewaktu kami tiba, warung penuh dengan pelanggan.
Terpaksalah menanti giliran untuk makan.
Jom Amie kongsikan lagi gambar-gambar di sini.
Walaupun warung ini tersorok di kampung tetapi memang nampak ada tarikannya yang tersendiri. Bahan yang disedikan untuk melengkapi sup bakso pun pelbagai dan panas-panas belaka.
Kulit Ayam Goreng Rangup / Crispy ini berharga RM2 untuk 5 keping.
Wantan pun ada.
Kaki ayam ini sangat lembut!
Harganya sama dengan kulit ayam goreng iaitu RM2 untuk 5 ketul.
Inilah hasilnya apabila kita ambil sendiri apa yang kita mahu. Buruk betul kejadiannya.... ahaks! Semua nak sumbat masuk ke dalam mangkuk. Tak nampak langsung rupa mihun yang tenggelam ditimbuni aksesori.
Pada mulanya kami nak makan dengan buras, tetapi kekenyangan meratah wantan, bebola daging dan lain-lain.
Marilah singgah ke Warung Bakso Layan Diri di Lahad Datu. Layanan yang diberikan sangat baik. Mesra pelanggan. Semoga perniagaan bakso tambah maju.
Wah..meriah sungguh baksonya.
BalasPadamBanyak pilihan. Memang rambang mata kan 😀
Itulah.... Macam nak rasa semuanya.
PadamWahhh... pertama kali tengok bakso dengan pelbagai aksesori... best sangat ni.
BalasPadamMemang best. Boleh pilih mana yang kita suka, dan banyak mana yang boleh masuk perut.
PadamTq kak Amie.. semoga kak Amie di murahkan rezeki . Terima kasih
PadamBetul macam-macam bahan sampingan ada.
BalasPadamTenggelam watak utama dengan bahan-bahan sampingan. Hehe.
Hahahaa... memang tenggelam terus watak utamanya. Watak samping dan watak pembantunya banyak sungguh.
Padammeriah nya kak.... klu camni mmg syiok nak makan, macam2 ada hahaha
BalasPadamKan. Pilih jew yang sedap di pandang mata.
Padamgeramnya nengoknya... memacam ada ye kak oi, kalau dana semua bahan sampingan nak letak jugak
BalasPadamSamalah dengan kakak, nak ambil semua jenis. Sedap!
PadamLelagilah yang kulit ayam nampak ranggup sangat tu...
Padambanyak pilihan makanan sedap bergoreng
BalasPadamMeriahkan Kak PI. Sudahlah suasana kampung, memang sedap sungguh hirup sup!
Padamsedapnya nampak bola2 tu
BalasPadamBebola tu memang sedap, kenyal-kneyal gitu.
PadamYa allah.,.terliur SA tengok..nampak sedap tu ha...
BalasPadamKak Amie pun asyik terliur melihat bakso ni lalu lalang di FM. Akhirnya dapat juga makan.
PadamMa sha Allah..sedapnya..
BalasPadamDalam banyak2 tu...saya menelan air liur tengok kulit ayam..hihihi
Kulit ayam tu sedap ratah saja Mama Cella. 5 keping RM2, puas makan.
Padambakso hipster ni... meriah bakso2 nye
BalasPadamBukan main banyak pilihan warung bakso tu. Bestnya!
BalasPadamBerapa pula harganya
BalasPadamAduhaiiii tenguk ceker ayam tu yang tak tahan lagi dengan kulit ayam yang crispy. Sungguh mengoda perasaan.
BalasPadamSaya tak minat bakso tapi bila tenguk mangkuk yang amie pilih pergh terliur je. Bila lah nak sampai lahd datu ni
BalasPadamWahhh saya pun nak cuba juga nnti
BalasPadamsedapnya Bakso Bebola Daging dan Kulit Ayam tu. mmg nampak garing sgt kulit ayam tu
BalasPadamWah..kena cari ni tempat ni nnti...
BalasPadamMemang menarik kedainya ni Kak Amie. Daya tarikan dia sebab banyak pilihan rencah. Penuh mangkuk sampai tenggelam kuah dan bihunnya. Kalau saya ni rambang mata nak pilih. Semua nampak macam nak ikut masuk mangkuk. Hehe...
BalasPadamsedapnya nampak, ada byk bahan yg boleh dipilih. tergoda tgk kulit ayam grg dengan kaki ayam tu..
BalasPadamWow sedap nmpknya, banyak pilihan berapa harga bakso tu?? Dan aksesorinya boleh ambil sebanyak yg kita mahu kah, macm nak makn steamboat ke makan sampai puas hihiiihi😅
BalasPadam