Entri kali ini Amie paparkan menu Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. Pagi tadi sarapan cempedak goreng. Kutip biji cempedak untuk dimasak lemak buat lauk makan tengahari. Biasanya kena rebus biji cempedak untuk bagi empuk sebelum dimasak. Boleh juga tak payah rebus, tapi kena lamalah sedikit waktu memasaknya nak bagi biji cempedak empuk.
Terfikir pula Amie, apa salahnya gunakan biji cempedak yang sudah digoreng. Hanya buang kulitnya sahaja dan biji cempedak pun sudah sedia empuk. Kemudian terfikir pula nak bubuh tempoyak! Amie kisar beberapa biji cili padi sahaja sebab tak mahu bagi pedas. Bukan apa. Ikan belanak panggang sudah pedas. Kemudian ada sambal tomato versi udang kering pun pedas juga.
Amie gunakan santan kotak sahaja. Tak banyak Amie masak sebab yang makan Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang ini hanya Amie dengan Encik Suami sahaja. Firdaus pula sudah tentu hanya makan udangnya pula.
Seperti biasa, kalau masak lemak bubuh cili padi atau tempoyak memang Amie ikut gaya masakan SURIA AMANDA. Tak perlu bubuh bawang merah atau bawang putih, tapi bubuh serai.
|
Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. |
Hidangan makan tengahari Ahad:
- Nasi Putih
- Ikan Belanak Panggang
- Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang
- Ulam Kacang Bendi Celur & Lettuce
- Sambal Tomato Versi Udang Kering
- Buah Oren & Epal Merah
|
Ikan Belanak Panggang. |
|
Ulam Kacang Bendi & Lettuce. |
|
Sambal Tomato Versi Udang Kering. |
|
Epal Merah & Oren |
|
Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. |
Jom kita lihat resipi Biji Cempedak Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. Biasanya kalau masak lemak Amie gunakan santan segar, tetapi kali ini gunakan santan kotak sahaja.
Bahan-bahan:
- 15 biji cempedak yang sudah empuk (ambil biji cempedak goreng) - buang kulitnya - belah 2
- 3 batang kacang panjang - potong 2 cm
- 1 cawan isi udang segar
- 1 batang serai - diketuk
- 400 ml air
- 1/2 kotak santan Ayam Brand
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 1 sudu besar tempoyak
- 5 tangkai cili padi hijau
Cara memasak:
- Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan biji cempedak.
- Rebus sehingga kuah mendidih.
- Perlahankan api dapur.
- Masukkan kacang panjang, udang dan santan.
- Kacau sehingga mendidih sekali lagi.
- Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Wahhh..kreatif Kak Amie improvised resipi. Sedap gak tu kan campur biji cempedak. Ala ala sayur nangka masak lemak. Alang alang ada biji cempedak goreng why not campurkan sekali. Menarik jadinya hidangan tu. Kalau suka makan biji cempedak okay lah. Kalau macam Firdaus memang tak lah nak makan. Baik dia makan lauk favourite dia :)
BalasPadamPertama kali tau menu begini. Kalau tak, cuma tau rebus/bakar biji cempedak dan makan gitu je.
BalasPadamMasakan Amie sentiasa nampak sangat menyelerakan, susah nak makan sikit kalau begini 😀
kita pun suka biji cempedak.. selalu rebus makan gitu je.. nanti nak try la buat lauk ehehe
BalasPadamWah first time jumpa orang masak biji cempedak masak lemak mcm ni. Kreatif sgt :)
BalasPadamSaya kalau makan cempedak goreng, memang makan sekali bijinya.. Jarang pula buat masak lauk bijinya tu.
BalasPadamMesti rasanya macam biji nangka kalau masak lemak tu kan. Kreatif la Kak Amie
BalasPadamMesti sedap dan lemak lemak .. Sebab biji cempedak makan gitu je pun dah sedap apatah lagi masak lemak.
BalasPadamsedapnya lahai.. i ada gak simpan bijik cempedak ni. tapi plan nak makan cam tu je. last 2 weeks tgk IG ada yang masak kari. dah berangan2 gak nak cuba buat. tq for sharing the recipe.
BalasPadamTak pernah terpikir selama ni dok.mkn cempedak..buang ja bijinya..atau kalau mkn pun yg empuk sebiji dua..terimà kasih berkongsi ŕesepi rare ni Amie
BalasPadamorang la biji cempedak xreti nk makan dah amie...
BalasPadamwah tak pernah terfikir yang biji cempedak boleh buat lauk masak lemak cili api. Selalu di makan gitu je. Masak lomak nogori sembilan takde bawang. Pekat melatak rasanya pedas tapi sodap.
BalasPadamKami pun ada buat biji cempedak masuk dalam masak lemak. Hehe tapi guna sedikit sahaja biji cempedak.
BalasPadamsedapnya biji cempedak kak, dana biasa rebus je tak pernah lagi masukkan dalam gulai atau sayur... tapi bila tengok akak buat tu aduh mesti best... lemak je rasanya kan
BalasPadamBiji cempedak ni.. Dulu suka rebus n makan camtu je hhehehe
BalasPadamKreatiflah Kak Amie olah resepi. Lepas ni nak cubalah biji cempedak tu masuk gulai lemak. Selama ni saya buat sambal berlada je :)
BalasPadamBelum pernah try masak tempoyak biji cempedak.
BalasPadamPernah masak lemak cili api & masak kari + ikam atau daging ja sebelum ni..Boleh try ni...kalau ada biji cempedak.la😅
resepi baru ni, tak pernah pulak tambah tempoyak. biji cempedak dah rebus selalu makan gitu je. kalau rajin baru buat gulai. huhu
BalasPadamLambat la akak share resepi ni. beberapa minggu lepas buat goreng cempedak, klu tidak bole buat resepi ni.. selama ni tau biji cempedak rebus jer
BalasPadamIkan panggang pun nampak sedap, buah cempedak memang makan begitu saja, buat lauk pun nampak berselera.
BalasPadamBiasa rebus aje
BalasPadamtak pernah lagi buat masakan macam ni
Ikan belanak adalh ikan kegemaran SA...memang sedap di bakar atau di goreng garing
BalasPadambanyak kegunaan biji cempedak ni. kalau dkt rumah syu, biasa rebus je dan mkn mcm tu..
BalasPadam