Pages

Sabtu, 21 Ogos 2021

Perasan PM & Kenangan 4 Tahun Lalu

Dulu-dulu, selalu anak-anak buah usik, wajah Encik Suami ada iras wajah Tan Sri Muhyiddin Yasin. Usikan itu berterusan sehinggalah Tan Sri menjadi perdana menteri. Bertambah meriahlah usikan itu sehingga Encik Suami dipanggil PM yang bermaksud Paman Majid (PM).

Ada iras ke?


Terkorek gambar dan cerita tahun 2018 sewaktu bercuti bersama anak-anak di Cameron Highland.




Diam tak diam, sudah 4 tahun usia kenang-kenangan ini.



Dalam tempoh 4 tahun, banyak yang berubah.


Perubahan paling ketara sudah tentulah pada diri Fairuz yang terus membesar sebagai johan di antara 4 beradik!



Berbanding di dalam gambar, sekarang badan Abang Farid sudah kembang sedikit. Fuad pula kembang banyak. Perut Encik Suami pula sekarang sudah hilang.

Firdaus ketika ini berumur 4 tahun.



Ketika ini pipi Mommy Daus bulat macam buah labu!




Hanya mampu melihat gambar dalam simpanan.
Sabar menanti Covid-19 berlalu pergi.

14 ulasan:

  1. Ada iras iras tu Kak Amie. PM Paman Majid pun jadi. Abang Farid paling sulong tapi dialah paling mengecil dulu. Fuad tinggi dari yang lain. Tapi Fairuz dah jadi johan ye sekarang. Firdaus maintain pipi bulat. Kak Amie pun semakin mengecil sekarang. 4 tahun banyak dah berubah kan.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Wah,betul laaaaa...iras PM...Siapa Cocos.,siapa Jowo nih🤣

    Orang tua-tua cakap kalau anak semuanya lelaki...Ibunya akan awet muda...Pun betul laaaa...

    *terpaksa deletw komen sebelumnya sebab bnyk typo sampai mengubah maksud...🤭

    BalasPadam
  4. Betullah... ada iras.. Paman Majid tetap jadi PM di hati kak Amie. Muka Firdaus tak banyak berubahlah .. pipi gebu tu macam nak picit2 je.

    BalasPadam
  5. Ada iras, kalau orang muar mungkin bau bau bacang? Segak semua, ibu awet muda.

    BalasPadam
  6. betul lah ada iras2
    patut jd usikan anak2

    BalasPadam
  7. Ada iras sedikit. Hehe sabar sahajalah kena usik oleh anak-anak.
    Saya pula baru tahun lepas pergi CH. Apapun sabar sajalah dengan keadaan.

    BalasPadam
  8. aah la, ada iras sikit. sekali pandang, mmg nmpk mcm PM..

    BalasPadam
  9. PM Pak Man Majid kalau masuk politik bertanding boleh menang ni…

    BalasPadam
  10. Haah lah kak amie, ada meh (iras) sikit saya tengok. PM as paman majid pun boleh lah daripada tak ada hahaha

    BalasPadam
  11. Sweetnya gambar berdua di cameroon highland. Rindunya nak pi CH cari tea strawberry, makan keledek rebus, jagung manis....alahaiiiii. Haah lah ada iras sikit

    BalasPadam
  12. Asalam..klik beberapa kali ada wajah PM ni..hampir sama...patutlah perasan PM hehehe

    BalasPadam