Pages

Selasa, 3 Ogos 2021

Akhirnya Durian Yang Dinanti Gugur Jua ke Riba!

Pagi tadi, ketika sedang duduk di meja makan untuk sarapan, Encik Suami terima panggilan telefon daripada seorang bekas pekerjanya. Katanya, ada buah durian baru sampai ke rumah jiran sebelahnya.Kalau beli borong bolehlah dapat harga murah sebelum durian dibawa keluar untuk dijual. Apa lagi, selepas sarapan kami pun bergegas menuju ke rumah jiran yang dinyatakan. Ketika kami sampai, tuan rumah sedang menyusun timbunan buah durian mengikut gred. Ada durian kampung dan durian kahwin. Kesemuanya dari Sipitang. Mak! Jauhnya durian Sipitang sampai ke Lahad Datu.

Durian kampung dari daerah Sipitang.

Durian kampung dan durian kahwin pun ok saja!
Kalau di luar, durian kahwin dijual dengan harga RM22. Sekiranya kami beli 10 kilogram durian, kami diberi harga RM13 ringgit sekilogram. Encik Suami yang pilih. Amie tengok saja. Semuanya 30 kg, termasuk beberapa biji untuk bekas pekerja Encik Suami.

Sekarang buah durian sudah ada di depan pintu!


Sebenarnya penat menunggu musim tiba. Apabila berlonggok di depan mata, makan dua tiga ulas sudah cukup! Selebihnya bolehlah buat serawa atau tempoyak. 


Inilah antara isi durian yang akan dijadikan tempoyak.


Jenuhlah pisahkan isi dari bijinya.


Bolehlah jimat-jimat untuk simpanan setahun dalam peti sejuk!


Sekarang durian sudah ada di depan mata.
Musim durian sudah tiba di Borneo.
Sesekali terdengar Encik Suami sebut Musang King.......Musang King!
Inilah sifat manusia hheheheee....! Tak ada durian asyik menyeru durian gugur ke riba. Sudah dapat durian kampung, durian kahwin, berzikir pula Musang King.... Musang King! Nak minta bantuan Mama Cella & SK Tanah Jauhar untuk sama-sama zikir hihihiiii!

27 ulasan:

  1. wahhh 30kg terus.. banyak tu! ada beberapa minggu lagi pasti datang lagi duiran kan..
    sekarang kat sini dah murah sikit, kampung boleh dapat RM5/kg. Ada juga dah jual longgok-longgok. Tapi bila dah murah ni tak ada pulak teringin nak beli sebab dah puas hari tu makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, nanti datang juga tu jenis-jenis durian yangl lain.

      Padam
  2. Wah,banyaknyaaa 🥰
    Alhamdulillah...benarlah sebutan menjadi doa.Semoga Allah kuriakan rezeki Musang King pula lepas ni..Amiinnn

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah
    Puas makan durian kali ini

    BalasPadam
  4. Wow.. 30kg terus. Puas makan la Kak Amie. :)

    BalasPadam
  5. yay..dah sampai ke Lahad Datu. Harap dapat la Musang King yang dicari

    BalasPadam
  6. Tu diaa…30 kg terus memborong ya.
    Musang king ada juga di sana Amie?

    BalasPadam
  7. Tu dia, musim durian sudah tiba di Borneo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... apabila akan berakhir ,usim di Malaya barulah bermulanya musim di Borneo.

      Padam
  8. Banyak betul beli. Ini memang hantu durian. Kalau saya sekadar merasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 30 kg itu bukan kami makan sendiri. Sebahagiannya dibahagi-bahagi kepada orang lain.

      Padam
  9. Tudiaaa...30kg tu...nampak fresh durian tu kak amie..sedapnya...terus teraa nak makan durian lagi...

    BalasPadam
  10. BANYAKNYA BORONG DURIAN SEDAPTU MAKAN HARI2 PUN XPA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli banyak, makan sikit jew Kak PI. Kongsi bagi-bagi durian.

      Padam
  11. Alhamdulillah rezeki yang dicari jatuh ke riba, berzikir musang king, inshaAllah tengah on the way tu hehe... Bagus bekukan selebihnya ye..

    BalasPadam
  12. bahagia nengoknya ya kak, simpan peti bekukan boleh guna bila -bila teringin

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..akhirnya tiba juga durian di Borneo. Dapat juga Kak Amie merasa buah durian. Harap lepas ni ada rezeki durian Musang King pulak. Aaminn...

    BalasPadam
  14. Kita dah tolong zikir ni untuk Kak Amie, mudah2an tak lama lagi dapatlah Musang King.. Musang Queen pun sedap jugak tau

    BalasPadam
  15. wahh banyaknya duriann.
    kalau x pkp, msti syu dah pegi sipitang utk cari durian..

    BalasPadam
  16. Tudiaaaaa 30kg terusss. Seronoklah dapat jugak akhirnya makan durian kan kak amie

    BalasPadam