Pages

Ahad, 4 Julai 2021

Sayur Bening Labu Manis dengan Bayam

Selamat petang semua. Jemput makan tengahari lauk-pauk kampung di dapur kita. Amie masak sayur bening, labu manis dengan bayam tambah kacang panjang dan juga campurkan dengan daun kemangi. Hirup kuah sayur bening....aahhh! Nyamannya! Bonda kita kata : Seger!

Sayur Bening Labu Manis dengan Bayam ini dimasak tanpa sebarang perencah lain seperti bawang atau ikan bilis atau udang kering. Menurut kawan-kawan yang biasa masak sayur begini, tujuannya ialah untuk mengekalkan keasilan rasa sayur bening!

Amie panggang ikan temenong cecah dengan air asam. Ada sambal udang dengan petai dan telur dadar untuk Firdaus. Ulam-ulaman seperti daun salad dan hirisan timun memang tak tinggal. 

Sayur Bening Labu Manis dengan Bayam.

Hidangan tengahari, nasi dan lauk-pauk kampung.

Ikan Temenong Panggang.

Air Asam cili Picit.

Ulam daun salad, hirisan timun dan telur masin.

Telur Dadar.

Samnal Udang dengan Petai.



Masakan sayur bening ini sangat ringkas dan mudah. Semangkuk jugalah Amie hirup kuahnya yang beraorama daun kemangi. Jom lihat resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 200 gram labu manis - kupas kulit - buang empulur - potong ikut saiz yang disukai
  • 10 batang sayur bayam - ambil daun dan pucuk
  • 2 batang kacang panjang - patah-patahkan 3 cm
  • 5 biji tomato kampung - belah jangan putus
  • 3 tangkai kemangi - ambil daunnya
  • 750 ml air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan air dan labu manis di dalam periuk.
  2. Masak sehingga labu manis empuk.
  3. Kemudian masukkan daun bayam, daun kemangi, kacang panjang dan tomato kampung.
  4. Apabila daun bayam dan kacang panjang berubah warna, taburkan garam / perasa pilihan.
  5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Bagai yang belum pernah melihat daun kemangi, Amie kongsikan gambarnya di bawah ini. Sesetengah orang memanggilnya sebagai daun selasih.

Daun Kemangi.

30 ulasan:

  1. Sedapnya sayur bening..nak buat juga lah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hirup kuah panas sayur being panas, sedap!

      Padam
  2. Memang elok kekalkan rasa sayur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dapat bekalan pemakanan sihat dan berkhasiat.

      Padam
  3. Oh, sy kalau masak sayur bening masih bubuh bawang hiris dan cili. Tapi, boleh dikira seumur kahwin ni, brp kali aje agaknya masak sayur bening, hihi.

    Sambal cili picit tu mengancam la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaah aarr... gitulah cara mak kami. Ada bawang hiris dan juga perencah ikan bilis. Rupanya di sini ikut cara kawan-kawan Bugis, kalau nak rasa lebih sedap tak payah bubuh bawang. Aroma daun kemangi tu sudah cukup bangkitkan rasa.

      Padam
  4. Sedapnya sambal udang dengan petai! Yummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai pula sambal tu menyelit di celah-celah lauk lain ye.

      Padam
  5. Sedapnya lauk-pauknya.. Kalau makan memang tak pandang orang belakang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa.. sebab makanan kat depan, bukan di belakang.

      Padam
  6. SAa pun suka masak bening bayam..segar dan sihat badan kalau makan macam ni...

    BalasPadam
  7. Wuu lauk akak xpenah xmeriah kan..lauk bayam tuu sedappppnya 😋

    BalasPadam
  8. Air asam cabai picit memang ngam dengan sayur bening tu cikgu.Kalau diKedah sayur bening dipanggil sayur manis..Kalau kat kampung saya lagi sempoi panggil " sayo boh air"..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronoknya meneroka dunia masakan. Dari bahan, cara olahan dan nama masakan semuanya tu ilmu yang tak ternilai harganya!

      Padam
  9. sedap semua lauk amie. kegemaran ni. if masak sayur bening, saya suka campur halia, berpeluh2 hirup sup nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau bubuh halia saya tambah lada putih...meleleh peluh hirup kuah!

      Padam
  10. Kalau masak kuah bening akak suka hirup kuahnya panas2...nyaman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan sayur yang ringkas, sihat dan berkhasiat.

      Padam
  11. sayur bening n kawan2nya manis ja

    BalasPadam
  12. Sedap menu akak,kalau dana malas masak dan nak makan yang ringkas je memang suka masak bening

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayur bening ni memang sejak lahir dah berkenalan dengannya heheheee.

      Padam
  13. semua menu menyelerakan , sayur manis tu gabung dengan air asam picit tambah nasi berkali-kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Lauk-pauk kampung memang menyelerakan.

      Padam
  14. Labu manis tu pun dah cukup bagi rasa. Sedapnya sayur bening

    BalasPadam
  15. Mudahnya masak bening hanya air dan garam je. Biasa buat letak bawang dan ikan bilis sekali dengan cili besar potong. Sedap ada bermacam macam jenis sayur. Boleh cuba style kak amie masak sayur bening ni. kak amie, daun salad tu apa namanya ye? Susah betul nak jumpa yang macam tu. Biasa beli salad bulat tu je yang rangup.

    BalasPadam
  16. Sedapnya sayur bening.. lawan dgn ikan kering.. kalau ada terubuk masin perah limau pn asyikkk mkn dgn sayur bening ni

    BalasPadam