Berehat seketika. Firdaus sudah angkat bendera putih. Penat agaknya menyiapkan tugasan Bahasa Arab. Esok pagi buku aktivitinya akan dihantar ke sekolah. Petang tadi buat senarai semak, ada beberapa halaman yang tidak disiapkan. Walaupun sudah hantar latihan secara maya dan sudah disemak, tetapi guru-guru sekolahnya meminta ibu bapa hantar buku latihan dan buku aktiviti. Selepas cuti nanti boleh ambil semula setelah disemak. Nampaknya walaupun cuti sekolah guru-guru sekolah Firdaus tidak bercuti sepenuhnya.
Amie pula, tutup seketika laman web PAJSK. Sempat kemaskini maklumat kokurikulum murid-murid mengikut unit beruniform, kelab / persatuan dan sukan. Esok sambung kembali. Begitulah antara kerja-kerja online yang tak kenal masa.
Kita cerita makan-makan pula.
Petang tadi Amie masak ringkas-ringkas saja. Amie rebus makaroni, dan goreng bersama sambal kacang sotong kering. Sambal itu Amie simpan dalam bentuk sejuk beku. Jadi, hanya nyahbeku sahaja sebelum ditumis semula.
Sedang kita sibuk hancurkan telur rebus konon nak buat sandwich telur, datanglah budak kecik Firdaus nak bantu.
Daus nak buat! Daus nak buat!
Entah macam rupa apalah juga kejadian sandwich telur itu akhirnya. Tak apalah. Jangan halang minat anak-anak yang ingin mencuba sesuatu. Nanti boleh tengoklah rupa sandwich telur hasil air tangan Firdaus.... ahaks!
Amie panggang ayam di dalam air fryer dan siapkan air asam tomato sekali. Amie hanya bubuh garam kunyit dan sedikit kicap manis sahaja. Makan ayam panggang balut dengan daun salad dan cecah air asam tomato. Sedap! Hari ini kami tak makan nasi. Kami makan:
- Sandwich telur
- Makaroni goreng sambal kacang sotong kering
- Ayam panggang air asam tomato
- Buah tembikai, honeydew & limau sunkist
- Kurma
Makaroni Goreng Sambal Kacang Sotong Kering |
Hidangan makan keluarga. |
Kurma |
Ayam Panggang. |
Air Asam Tomato. |
Hirisan tembkai, honeydew & limau sunkist. |
Makaroni Sambal Kacang Sotong Kering |
Unik pula makaroni dengan sambal kacang sotong kering.
BalasPadamSaya belajar masak begini daripada kakak sulung. Dia lama tinggal di Brazil, New York & Paris. Katanya, tak perlu masak ikut tekak orang putih. Boleh saja 'melayukan' ikut selera kita heheheee.
PadamNampak sedap2 belaka
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamBoleh tahan juga air tangan Firdaus, rasa macam nak soh berbesan ngan adik kita, ahaks!
BalasPadamLayan saja kebosanannya. Kesian asyik terkurung dalam PKP>
PadamLain macam.. Citarasa Barat diberi nafas ketimuran.. Hehe
BalasPadamInilah yang dinamakan menu ala fusion.
PadamIni baru dinamakan makanan barat digabungkan dengan makanan malaysia .
BalasPadamMakaroni sambal kacang sotong kering . Uniknya
Ya, gabungan masakan lain budaya, jadi menu fusion.
PadamWow...belum pernah cuba macaroni bersama lauk timur..menarik!
BalasPadamPernah nampak SK buat pasta dengan udang cili api..Kat sini pasta vs sambal sotong kacang.Saya hanya pernah goreng ala mee goreng & bersama sardin sahaja.Pernah cuba goreng bersama pes tomyam tapi macam tak kena..
seronok main masak-masak kan..
Sekarang ni macam-macam idea masakan timbul. Asalkan dapat diterima ikut selera, jadilah menu tu hehehee.
PadamWow.. nampak sedap.. Tak pernah lagi cuba macam ni.
BalasPadamBoleh cuba.
Padambagus firdaus suka juga masak2
BalasPadamYa, memang dia suka masuk dapur.
PadamFirst time jejak blog ni. Cantiknya gambar2 dalam entry. Makaroni sambal kacang sotong . Unik. penggemar sotong kering mcm ain mesti cuba! #Staysafe
BalasPadamTerima kasih Ain, sudi datang ke dapur saya.
PadamWahh menu rare ni Kak Amie. first time saya tengok menu makaroni sambal kacang sotong kering. Menarik juga dimasak macam ni. Rajin Firdaus tolong mommy kat dapur. Hasil tangan Firdaus pun cantik buatannya tu.
BalasPadamTerima kasih Fizah. Memang Firdaus minat masuk dapur.
PadamNampak sedap. Belum pernah cuba makaroni goreng dengan sambal kacang. Ayam panggang cicah air asam pun nampak sedap juga. Sambal kacang tu, sama tak dengan kuah kacang yang makan dengan nasi himpit tu?
BalasPadamYa, Nur. Sama seperti kuah kacang nasi impit.
Padamsedapnyaaa macaroni tuu kak :)
BalasPadamsedap2 menunya kak amie..kak nnt share resepi air asam org sana :)
BalasPadamsedap nmpk macaroni tu..
BalasPadamMacaroni sambal kacang sotong kering tu nampak sedap sangat.. tiap2 hari menu kak amie meriah2 belaka
BalasPadamNampakkk sedapp dan menyelerakan! Bagus firdaus tolong mommy di dapur, memang boleh diharap lah firdaus tuu kan kak amie.
BalasPadamfirst time dengar sambal sotong kering makan ngan macaroni....menarik...
BalasPadam