Dahulu, sewaktu mula-mula sampai ke LD Amie lihat di sana-sini longgokan buah avocado. Ketika itu Amie tidak tahu macamana nak makan buah itu. Adakah dimakan begitu sahaja. Adakah perlu dimasak? Maklumlah zaman itu teknologi maklumat dan komunikasi belum berkembang seperti sekarang. Kalau sekarang, nak tahu apa-apa perkara, semuanya ada di hujung jari. Waktu itu, khasiat dan manfaat buah avocado pun kita tak tahu.
Suatu hari, seorang rakan sekerja (orang Filipina) bawakan sesuatu untuk Amie. Amie ingat lagi, dihulurkan bekas coleslow KFC saiz besar. Apabila Amie buka, di dalamnya aiskrim perasa vanila dicampur dengan buah avocado yang dihiris kasar.
Makanlah, katanya.
Di atas bekas berisi aiskrim itu tadi ada sudu plastik.
Amie pun cuba sesudu. Dua sudu. Tiga sudu. Dan akhirnya terus menyudu hingga licin tak tinggal bekas!
Eh! Tak sangka boleh habis makan satu mangkuk aiskrim perisa vanilla campur hirisan buah avocado!
|
Aiskrim Vanilla Avocado
|
Ada lebihan 2 biji buah avocado di dapur. Kalau dibiarkan nanti buah jadi lebam. Petang kelmarin, Amie telefon Encik Suami (ketika itu Encik Suami berada di kampung). Amie minta Encik Suami belikan ais krim vanilla. Tiba-tiba teringin nak makan aiskrim vanilla dengan buah avocado.
|
Aiskrim Vanilla Cashew |
Encik Suami telefon Amie semula. Katanya tidak ada aiskrim vanilla di kedai. Katanya lagi, kena ke bandar kalau nak beli juga. Amie kata, tak perlulah ke bandar kalau tak ada aiskrim vanilla. Lain kali sajalah beli. Tapi, itulah Encik Suami. Kalau kita hendaklah sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat. Rupanya dia ke bandar juga. Setiap kedai yang dimasuki, tidak ada aiskrim yang dikehendaki. Mungkin habis. Walaupun kelmarin hari raya, tapi di LD banyak kedai dibuka pula. Akhirnya Encik Suami beli aiskrim vanilla cashew.
Sewaktu singgah di sebuah kedai runcit lain untuk beli barang, Encik Suami ternampak seorang pelanggan membawa ais krim vanilla ke kaunter pembayaran. Encik Suami pun beli juga! Jadi, dibawalah pulang dua jenis askrim. Kedua-duanya pun ada perasa vanilla. Cuma yang satu lagi vanilla bergajus.
|
Ice Cream Vanilla Flavour |
|
Buah avocado.
|
Jom kita kupas buah avocado. Amie kupas sebiji saja. Kemudian hiris-hiris kecil seperti di bawah.
|
Hirisan buah avocado. |
Amie keluarkan separuh isi aiskrim vanilla dan kemudian masukkan hirisan buah avocado dan gaul di dalam bekas aiskrim vanilla tadi.
|
Hirisan avocado digaul bersama aiskrim vanilla.
|
Jika suka, masukkan semula aiskrim vanilla buah avocado ini ke bahagian sejuk beku. Amie tak jadi simpan sebab Firdaus sudah siap sedia dengan mangkuk dan sudu. Encik Suami pun suka! Amie kata, sebiji lagi Ame nak buat jus. Encik Suami kata, tak perlu buat jus. Makan saja dengan aiskrim. Sedap!
Hehe terus habis aiskrim dan buah avokado dalam sehari.
BalasPadamSedaplah pulak!
PadamWah nampak sedap tu Kak Amie..panas- panas ni elok makan..tapi SA tgh menjaga kesihatan ni....Ahad ni nak pi vaccine
BalasPadamSelamat terima vaksin SA.
PadamAlhamdulillah dapat dua aiskrim. Tak pernah rasa avocado dengan aiskrim, pasti sedap..
BalasPadamYe, sedap. Lemak-lemak gitu.
PadamAlamak,terliur...
BalasPadamSaya pun suka avocado.Tapi kat sini mahal ya ampun la.Sebiji biasanya rm4.99..Kat Sabah Sarawak & Indo depa jual timbang kilo kan..Untung orang sana.Pernah kawan bagi benih anak pokok avocado dua kali..dua kali juga mati..huhuhu..
Dulu memang murah. Sekarang harga kayangan. Nak beli pun fikir 21 kali.
Padamish, sedapnya avocado.. masa puasa suka minum air avocado. sedap!!! :)
BalasPadamX pernah rasa buah avocado
BalasPadamMacam sedap je tu campur potongan buah avocado. Saya biasa buat jus je campur dengan susu. Mungkin lepas ni boleh cuba style aiskrim kak amie ni. Aiskrim vanilla ni campur dengan apa pun jadi sedap agaknya kan.
BalasPadamNampakkk sedap pulakkk tapi tak pernah lagi makan avocadooo
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtk pernh lg mkn aiskrim + avocado..biasa minum jus avocado
BalasPadamMesti sedap! Lemak-lemak avokado lawan dengan manis vanila. Saya biasa buat kopi alpukat... kopi dikisar dengan avocado dan letak aiskrim vanila. Ini kita gaul sekali aiskrim dan avokado. Extra yummehhh!
BalasPadammenarik nya ais krim avocado ni. mcm nk kena cari avocado & aiskrim jgk ni..
BalasPadam