Awal pagi tadi Encik Suami ke pasar. Beli barang basah. Di atas meja makan sudah tersedia sarapan pagi yang dibeli. Pakaian yang dicuci sudah dijemur. Terima kasih Encik Suami tolong bantu ringankan beban kerja rumah. Selepas sarapan pagi, Encik Suami keluar lagi. Katanya hendak beli playwood untuk siapkan almari tupperware. Sebentar lagi, Amie akan bergoogle meet pula.
Seperti biasa, itu itu jugalah sarapan yang Encik Suami beli... ahaks! Kalau tidak beli mee hoon goreng, dibelinya nasi kuning dan tidak ketinggalan buras. Alhamdulillah. Bersyukurlah seadanya.
Buras dengan serondeng kelapa. |
Weekend pun berGM kak? Kursus ke?
BalasPadamnmpk sedap je nasi kuning tu sbb dibungkus dgn daun pisang.
BalasPadamHujung minggu masih bekerja ke kak amie?
BalasPadamSambil sambil bergoogle meet, sambil makan hehehe.
Selamat berhujung minggu! :D
Selamat bermesyuarat. Senang hati tidak perlu fikir untuk buat sarapan dan mungkin tidak perlu masak untuk tengahari mungkin?
BalasPadamAduh,dengar pun dah penat bila weekend pun berGM.Apapun bertabah & bersyukurlah kan kita masih ada kerja ada gaji & dimudahkan urusan.
BalasPadamTali ikat buras tu sekali pandang saya ingatkan buras tu berjahit.hahahaha.
Cikgu,nanti bila2 ceritakan kuih angin tu.Baru 1st time dengar.Suka dengar cerita makanan Sabah
Haaa.. dah boleh sampai makan tengahari tu, kak Amie
BalasPadamMemang best bila hujung minggu, tak perlu masak. Suami beli makanan. Hehe..
BalasPadamBerselera saya tengok makanan, lagi-lagi bihun goreng, feveret saya.
Kita hari makan nasi gulai ayam perengat pecah telur dalam tu hihihi
BalasPadammenarik betul tgk persembahan makanan dalam talam kak amie ni heheee
BalasPadamHari ni mak saya extra rajin buat nasi jagung dan ayam masak madu untuk breakfast. Saya tolong goreng ayam je. Hehe
BalasPadamBaru pertama kali dengar makanan buras. Adeh..
BalasPadamKuih angin tu macam mana rupa dan rasanya ya
BalasPadamSuka bertandang rumah kak amie ni...semua nampak sedap....macam mana SA nak diet ni..
BalasPadamSyukur dpt suami yg membantu.. selera sungguh tgk menu2
BalasPadamAlhamdulillah..memang senang hati kalau dah siap ada makanan makan pagi. Boleh buat kerja lain.
BalasPadam