Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Cuaca di Lahad Datu ketika ini dilaporkan mendung, 27'Celcius. Nyaman sekali kalau boleh santai-santai sambil membaca buku atau menonton. Sudah tentu tak sampai berapa minit terus terlelap... ahaks! Maklumlah selepas isi perut memang kalau dilayan rasa asyik nak berehat saja. Pagi ini kami sarapan Nasi Goreng Kampung. Sambil menggoreng nasi, sambil merenih Kopi Cap Kuda Terbang, serbuk kopi kiriman Pak Herman dari Padang. Rupanya masih ada 5 bungkus kopi lagi dalam kotaknya.
Nasi Goreng Kampung, telur goreng mata, kopi panas & keropok Terengganu. |
Agak lama juga tak goreng nasi. Kebetulan malam tadi Encik Suami bawa nasi berkat dari kampung. Oleh kerana tidak sempat dijamah sebab sudah malam, Encik Suami masukkan ke dalam peti sejuk. Esok pagi boleh goreng, kata Encik Suami. Sayangnya pagi ini Amie terlewat bangun. Maklumlah malam tadi sambung baca travelog Backpack Bonceng Motor sehingga tamat. Sempat jugalah siapkan nasi goreng untuk sarapan kami bertiga.
Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi putih
- 7 pokok kangkung - ambil daun dan pucuk
- 2 batang kacang panjang - hiris
- 3 biji cili padi - hiris
- 1 cawan ikan bilis
- 2 sudu besar kicap Manis Pedas Mahsuri
- minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1/2 cawan ikan bilis - rendam hingga lembut
- 7 tangkai cili padi
- 1 tangkai cili merah - buang biji
- 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan 3 sudu besar minyak di dalam kuali.
- Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
- Kemudian masukkan hirisan kacang panjang. Gaul rata.
- Setelah kacang panjang layu atau berubah warna, masukkan nasi putih. Gaul sebati.
- Tuangkan kicap, taburkan sayur kangkung, garam / perasa pilihan.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
- Hidangkan nasi goreng dengan taburan ikan bilis goreng dan telur goreng mata.
Selain nasi berkat, ada kuih cempiang, kek dan roti paseman dalam bungkusan yang dibawa Encik Suami semalam. Roti paseman ialah sejenis roti yang sangat terkenal dalam setiap keluarga Cocos. Amie panaskan kembali roti paseman di dalam air fryer. Kata Encik Suami, arwah FIL suka sangat makan roti paseman dengan mentega tetapi hanya satu jenis saja mentega yang arwal FIL gunakan iaitu jenama WOOD DUNN. Mentega jenama lain, arwah FIL tak mahu.
Kami tiada simpanan mentega Wood Dunn. Jadi makan sajalah roti paseman dengan jem aneka perasa. Makan roti paseman yang baru dipanaskan dan minum secawan kopi Cap Kuda Terbang pun sudah cukup enak dan mengenyangkan!
Roti Paseman |
Oleh kerana sudah bersarapan jenis berat, Amie kata pada Encik Suami, tak payahlah masak nasi untuk tengahari ini. Sekarang Encik Suami bersama Firdaus sedang bersiap-siap untuk ke klinik gigi. Amie pula ingin berehat sambil membaca.
Koleksi Travelog Normi Nas. |
Backpack Bonceng Motor, sebuah daripada 6 travelog sudah siap dibaca.
Ada 5 buah lagi belum dibaca. Tak tahu mana satu yang terpilih sebagai bacaan kedua. Kena pejamkan mata, dan meraba-raba untuk pilih salah sebuah...kah!
Sedap betul la kan...lepak- lepak lepas sarapan samabil baca buku...lepas tu lelap...
BalasPadamHahahaaa.... sesekali nak juga manjakan diri setelah penat bekerja setiap hari.
PadamMenarik pula nama roti tu.Paseman tu apa maksudnya cikgu..?
BalasPadamSaya baca dah tersasul macam roti Pak Seman jadinya...Macam dah bokeh agak ni,lunch jap lagi Daus & baba dia tapaw tu..hahaha
Orang Cocos ni suka namakan sesuatu makanan mengikut nama orang yang menggemarinya. Mulanya saya pun biasa sebut roti Pak Seman, tapi orang Cocos sambung terus jadi paseman. Misalnya ada sejenis ikan, nama ikan tu ikan temparing. Disebabkan ada seseorang yang bernama Nek Daim suka makan ikan temparing itu, jadi dinmaakan Ikan Nek Daim. Contoh lain ialah kuih Nek Katik. Ada sejenis kuih orang Cocos seperti rempeyek. Oleh sebab Nek Katik suka makan kuih itu, mereka pun terus beri nama kuih itu sebagai Kuih Nek Katik. Hilang nama rempeyek, muncul nama Kuih Nek Katik.
PadamLaaa...betoi la roti Pak Seman yer...hihihi.
PadamFaham2..tempat saya pun macam tu.saya pernah cerita pasal terung Lebai Said...Orang dulu mudahkan keadaan.Tak payah fikir nama saintifik ...Hihihi
Sedappp tuuu
BalasPadamsedap nya nasi grg kampung. lama xmkn.
BalasPadamsedapnya nasi goreng kampug lepas mkn n baca buku cpt ja lelap
BalasPadamCuaca kt kulim skrg panas berdenting. .terbayang enaknya Amie menikmati sarapan dalam nyaman cuaca begitu
BalasPadammeriah nasi goreng amie, 1st time dengar kopi cap kuda terbang sedap tak, kaw tak amie hehe :)
BalasPadamWah banyak menu sarapan pagi. Seronok ini borong buku. Pernah buat beli banyak-banyak, lepas itu pilih buku untuk dibaca.
BalasPadamAduh, baca pasal kopi cap kuda terbang tu buat kita rasa nak mengopi plak malam2 ni
BalasPadamKeropok keping! Memang selalu dimakan bersama sama nasi goreng hehehe :D
BalasPadamPetang-petang dapat makan keropok cicah sos pun sedap. Dihidang sekali dengan kopi 0.
BalasPadamSejuknya suhu Lahad Datu. KL panas berdenting. Pagi ni sarapan Nasi Goreng ayam tapi perut saya mesti akan cari heavy lunch jugak nanti. Hehe
BalasPadamSejuknya cuaca. Sesekali mkn nasi goreng sambil baca buku best jugak
BalasPadamSedap nampak nasi goreng kampung versi Kak Amie. Siap ada keropok goreng lagi tu. Di Seremban pagi ni baru hujan. itupun kejap je.
BalasPadamSelamat meneruskan pembacaan kak Amie :)
Sedap tu, nasi goreng kampung. Tambah ada telor mata. :)
BalasPadamKalau ada nasi lebihan memang sedap dijadikan nasi goreng.. 😋😋🤤
BalasPadam