Jumpa lagi. Hari ini cuaca mendung, dan hujan sampai ke petang. Gelap sana sini. Gambar hidangan pun tak nampak seri.... hiks! Jadi, tak payahlah dipaparkan.
Untuk menunaikan permintaan Encik Suami, Amie masakkan kaki ayam sampai lembut hingga terlerai kulit dari tulang. Encik Suami minta simpankan separuh untuk dimakan bersama mee goreng buat sarapan esok pagi.
Sebelum ini Amie banyak kali juga kongsikan resipi Kaki Ayam Masak Kicap. Bukan masak kicap biasa-biasa, tetapi kaki ayam menjadi sangat lembut, terlerai tulang dari kulit sehingga tulangnya pun boleh dikunyah.
Satu saja pesanan kalau ada sesiapa yang ingin mencuba masakan ini : Tutup kuali sepanjang tempoh proses menggoreng kaki ayam. Biarkan sehingga tidak ada bunyi letupan atau desiran minyak gorengan. Setelah gorengan tidak berbunyi, kaki ayam menjadi garing, barulah boleh buka penutup kuali dan keluarkan kaki ayam untuk direndam!
Bukan apa, letupan minyak gorengan kaki ayam sangat panas dan akan mengotorkan dapur. Setakat kotor kita boleh bersihkan, tapi kalau merecik minyak panas ke tangan, mohon maaf banyak-banyak!
Di bawan ini Amie kongsikan entri yang lalu resipi kaki ayam masak kicap.
KAKI AYAM MASAK KICAP ( VERSI TUMIS ) Boleh tonton video memasak di bawah ini:
Amie ada dua versi masak kaki ayam ini. Dalam video di atas ialah versi tumis. Hari ini Amie masak versi rebus. Boleh klik blog link di atas cara-car masak kaki ayam versi rebus. Dua-dua cara pun sedap.
Di bawah ini Amie kongsikan resipi yang Amie masak hari ini tetapi Amie paparkan gambar lama. Kali ini Amie tambahkan minyak bijan. Sebelum ini Amie tak bubuh.
Bahan untuk Kaki Ayam Masak Kicap
1.5 kg kaki ayam - potong kuku - potong dua - bersihkan - cuci - toskan
4 kuntum cendawan kering shiitake - rendam hingga kembang - belah 4
3/4 cawan kicap lemak manis
2 batang serai - diketuk
3 cm halia - diketuk
7 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
2 sudu besar minyak bijan
minyak untuk menggoreng kaki ayam
garam / gula / perasa pilihan
minyak untuk menggoreng kaki ayam
garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan kaki ayam. Tutup kuali dan biarkan ayam digoreng sehingga garing. Cara untuk mengetahui kaki ayam sudah cukup garing ialah apabila tiada lagi sebarang letupan dan bunyi gorengan hilang.
3. Pastikan air rendaman melebihi parasa kaki ayam.5. Kemudian masukkan serai, halia, dan cendawan shiitake. Tak masuk cendawan pun tak apa.Nak masukkan kentang pun boleh, tapi tunggu setelah kaki ayam hampir empuk, barulah masukkan kentang. Tak bubuh pun ok saja.
6. Masukkan lada putih tumbuk.
8. Jerang di atas api besar sehingga mendidih.
9. Setelah mendidih, kecilkan api. Kalau boleh gunakan api paling kecil. Renih sehingga kuah menjadi 1/3 dari sukatan asal. Kena ambil masa untuk merenih masakan ini. Amie ambil masa selama 90 minit.
Hari ini Amie masak cara lain pula.
Sebaik sahaja Amie masukkan kaki ayam goreng ke dalam bekas berisi air (periuk) Amie tidak tunggu 1-2 jam untuk rendam hingga kembang. Sebaliknya Amie terus pasang api dapur, bubuh segala bahan dan didihkan selama 10 minit, kemudian kecilkan api dan tutup periuk. Amie masak tidak sampai 90 minit. Hasilnya sama sahaja kalau direndam dahulu seperti kebiasaannya.
Apabila ditambah minyak bijan, walllaaa..... enak banget! Bukan sahaja aromanya menggoda, rasanya apalagi!
Minta maaf. Jangan tanya Amie boleh tak masak dalam periuk NOXXA supaya cepat masak / lembut dan sebagainya. Amie belum ada pengalaman masak kaki ayam kicap gunakan periuk NOXXA! Periuk NOXXA masih duduk diam-diam dalam kotak.
Kaki Ayam Masak Kicap. |
Firdaus makan semangkuk tak cukup!
Seronok dia makan, Hisap-hisap saja, tarik tulangnya!
Wah, ngiler. Aku lebih suka makan kaki ayam daripada dagingnya. Selamat malam, ananda Amie.
BalasPadamSelamat malam ibu. Bonda saya juga suka makan kaki ayam daripada dagingnya.
PadamWah.npk menyelerakan..sy kumpulkan kaki ayam lah bila sembelih ayam nt..sblm ni buang saja sb tak tau nk masak apa..
BalasPadamHati-hati Kang Latep. Waktu menggoreng tu tutup kuali sampai kaki ayam garing dan minyak tak berbunyi.
PadamKaki ayam saya suka jika buat sup.. Sedap.
BalasPadamYa, memang sedap kaki ayam sup.
PadamAduhhhh...jangan la goda.Saya jenis tak tahan godaan kalau tengok masakan cikgu!
BalasPadamMana nak cari niiii
Alaaaa.... kaki ayam jew Mama Cella. Bukannya kambeeeennnn heheheheehh!
Padammenarik resepinya Kak Amie :)
BalasPadamWaaaaa menu kali ni kaki ayamm. Nampak sedappppp tapi tak reti makan kaki ayam hehehe
BalasPadamsedapnya kaki ayam...suka makan kalau goreng atau buat sup.hehe
BalasPadamsedapnya kak buat ratah2. naniey kalau kaki ayam buat kerabu je la.. xpernah try buat lain. Boleh try nanti..
BalasPadamFuh tergugat tengok kaki ayam tu
BalasPadampanjang juga masa nk masak kaki ayam ni tapi hasilnya tersedap kan
BalasPadamWah mencabar proses nya..biasanya saya buat sup ayam je klo kaki ayam..heheh
BalasPadamLama jugak ehhh prosesnyaaa tuu. Boleh cuba next timeee. Sbb mmg suka kaki ayam yg terlerai sekali dgn kulitnyaaaa tu. Senang jaaa nak makan nt kan 😆
BalasPadamTq bagi petua tutup kuali.
BalasPadamBagus ini isi terlerai dengan tulang. Jenis yang malas kerkoh boleh makan dengan gembira.
Tak pernah lagi masak macma ni..nak cuba la nanti kak amie..stok kaki ayam takde plak ni
BalasPadamRasa nak beli kaki ayam pulak, sedap ni kalau diratah begitu saja pun
BalasPadamkegemaran ni. if masak ni, kena masak banyak, tak terasa slurp! slurp!! tau2 dah licin pinggan
BalasPadamTerima kasih utk tips dan resepi yang dikongsi, Kak Amie. Nanti hendak cuba buatlah. Saya suka makan kaki ayam.
BalasPadamtak pernah makan kaki ayam...
BalasPadamatie tak reti makan kaki ayam.. but favorite abah atie :)
BalasPadamkak Amie, kicap lemak manis dengan kicap manis itu sama atau berbeza? sebab suami dan anak-anak suke sangat makan kaki ayam..
BalasPadamLama jugak tu proses nak masaknya. Janji hasilnya sedap gitu. Peminat kaki ayam boleh lah cuba cara Kak Amie ni.
BalasPadamwaduhhh kak... terliur nyaaa... sy nak cubalah nnt msk utk raya haji. nk cari kelainan... lg pn msk kicap ni judu dgn apa pn sedap
BalasPadamok ok :)
BalasPadamgot the idea.
aida rasa if nak guna pressure cooker, pun boleh.
kurang masa skit.
nanti nak cuba :)
tq kak for sharing.
lama jugak nak masak ya.. kat mana la ada jual kaki ayam mcm ni di kk. klau ada, rasa mcm nk beli je..
BalasPadam