Pages

Selasa, 22 Jun 2021

Jus Kedondong Asam Boi

 Petang ini cuaca sangat panas. Jom kita minum jus kedondong asam boi.

Jus Kedondong Asam Boi

Jus Kedondong Asam Boi


Seronoknya kalau ada yang boleh sediakan segelas Jus Kedondong Asam Boi. Apa boleh buat, kalau tangan tak bergerak sendiri sudah tentu Jus Kedondong Asam Boi tak sampai ke mulut... ahaks! Bukan susah mana nak buatnya pun. Yang penting ada buah kedondong, asam boi puTih, gula pasir dan kiub ais. Ada yang bubuh limau kasturi. Amie tak bubuh sebab bagi Amie jus kodondong sahaja pun sudah cukup kemasamannya.

Untuk dapatkan warna hijau, tak perlulah kupas kulit buah kedondong. 
Untuk segelas Jus Kedondong Asam Boi, Amie gunakan 2 biji kedondong saiz sederhana. Cuci bersih, belah 2 atau 4, bubuh 200ml air dan gula pasir secukupnya, kemudian kisar hingga halus. Selepas itu tapis untuk asingkan jus dengan hampas kedondong. Bubuh 3 biji asam boi dan kiub ais.
Hidangkan.
Bismillah!
Masam.
Manis.
Masin.
Sejuk.
Nyaman!
Cukup rasa.

Buah kedondong

Nampaknya selepas ini asyik paparkan entri buah kedondong sajalah. Pajeri kedondong. Kedondong masak lemak cili padi, kedondong itu, kedondong ini hihihiiiii!



23 ulasan:

  1. Dulu pernah tanam kedondong.. Mati pulak pokoknya.. kalau tak dah boleh buat jus.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tanam lagi. Pokok kedondong cepat berbuah.

      Padam
  2. Uish...sedap & segarnya....Katanya jus ni bagus untuk turunkan tekanan darah.
    Saya kalau dapat buah kedondong,haruslah jadi pajeri...ish,sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Baguslah kalau boleh turunkan tekanan darah. Dah masuk usia emas ni memang darah boleh naik bila-bila masa hahahaa!

      Padam
  3. saya suka kedondong ni...tapi tak pernah la buat jus...kekah macam tu saje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu-dulu memang suka kekah kedondong. Sekarang ni rasa ngilu pula gigi. Tu pasal suka buat jus saja.

      Padam
  4. Minuman penghilang dahaga ni. Terbaik! :)

    BalasPadam
  5. Rajin betul Puan Amie masak dan buat air. Macam-macam bahan ada di dapur Puan Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami selalu bawa pulang macam-macam pemberian dari orang. Itu yang boleh buat macam-macam di dapur.

      Padam
  6. Setiap orang seleranya berbeza ye.

    BalasPadam
  7. sedap jus kedondong asam boi ni... yummy

    BalasPadam
  8. Sedappppp bila dijadikan minumannn. Hilang dahaga kalau minum waktu panas panas.

    BalasPadam
  9. nanti nak cari jugak lah kak... aduhai sedap nya masam manis srut2 minum petang-petang

    BalasPadam
  10. Refreshing jus ni sedap pekat

    BalasPadam
  11. Buah rare yang susah nak jumpa sekarang ni. Sedap betul kalau dapat ni. Makan macam tu je pun dah sedap dah. Buat jeruk, buat air lagilah..semua sedaplah cerita dia.

    BalasPadam
  12. Aduhaiiiiiii ngences ni....hehehe

    BalasPadam
  13. adoiii... sedapnya jus kedondong.. lama pulak rasa x minum jus rare ni

    BalasPadam
  14. Sy kalau makan di kedai, nampak menu jus kedondong ni, mesti nak order. Tapi sy tanya dulu, jus atau kordial, hihi.

    BalasPadam
  15. Fresh..sedap..bagai terasa jus segar ni lalu di tekak..lagi satu SA suka jus timun...ya allah sedapnyaa..nak- nak timun jepun tu....

    BalasPadam
  16. air ni mmg fav kalu lepak kt gerai2 tepi jln dulu

    BalasPadam
  17. Sedapnyabila kedondong di gabungkan bersama asam boi.. Memang terbaik..

    BalasPadam