Salam Aidil Fitri 1442. Walaupun tiada persiapan yang agak sempurna seperti tahun-tahun 2019 dan sebelumnya, namun suasana hari raya masih dapat dirasai. Keputusan benarkan ziarah Aidil Fitri PKPB selama 3 hari di Sabah memberi peluang kepada kami untuk berkunjung ke rumah keluarga terdekat walaupun hanya seketika dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. Alhamdulillah, kebenaran berhari raya dalam tempoh yang singkat adalah disebabkan jumlah positif Covid-19 yang semakin menurun.
Seperti biasa pagi raya pertama kami akan ke kampung, rumah adik ipar (rumah MIL & FIL). Kami solat Aidil Fitri secara berjemaah, dan sempat menziarahi pusara MIL & FIL.
Pagi raya di kampung Encik Suami. Kali ini kami berempat sahaja. Abang Farid dan Fuad di Seri Iskandar, Perak.
Kami ziarahi rumah keluarga terdekat sahaja.
Kebetulan pula, rumah emak dan bapa saudara sebelah Encik Suami berdekatan di antara satu sama lain. Jadi, jalan kaki sahajalah. Cuma, kena keluarkan tenaga sedikit untuk naik dan turun bukit.
Syukur Alhamdulillah. Walaupun hanya seketika, dapat juga bertanya khabar dan bersua muka.
Firdaus sangat gembira sebab dapat keluar dari sangkar dan melihat dunia luar.
Cuaca pada hari raya pertama sangat terik.
Dari padi sehingga petang memang banyaklah air masuk ke perut!
Sempat juga biras Amie sediakan kuih raya.
Oleh kerana biras Amie orang Bugis, jadi juadah di pagi raya tidaklah dapat lari dari masakan tradisi masyarakat Bugis.
Masakan tradisi Bugis di pagi raya di rumah adik ipar:
- Buras nasi & pulut
- Nasu Likku (Ayam Masak Lengkuas)
- Manuk Nasu Sangtang (Ayam Masak Lemak)
|
Buras Nasi |
|
Buras Pulut |
|
Sayap Ayam Goreng |
|
Manuk Nasu Sangtang (Ayam Masak Santan) |
|
Nasu Likku (Ayam Masak Lengkuas) |
Oleh kerana kami tutup pintu rumah, jadi Amie bawa lauk ke kampung. Bolehlah tumpang makan dengan buras. Amie bawa Sambal Goreng Babat dan Rendang Daging. Rendang daging itu Amie buat basah. Sedap makan buras dengan rendang basah, maksudnya rendang yang ada kuah sikit-sikit. Buras nasi hasil air tangan biras Amie sangat sedap. Tak cukup makan sebungkus, tambah lagi sebungkus!
|
Sambal Goreng Babat |
|
Rendang Daging. |
|
Gambar bersama keluarga adik ipar.
|
Entah kenapa, kali ini warna pakaian pun nampak redup dan suram!
Sekian.
Salam Aidil Fitri.
Buras tu sama tak agaknya dengan yg kami panggil burasak? Kalau buras pulut kami panggil loi, makan pulak dengan Nasumeti (tak Silap2 sebutannya begitu). Nasumeti tu asam pedas Ikan parang. Maaf jika info salah, sebab kita bukan asal bugis.
BalasPadamBuras dengan burasak tu sama. Dibuat dari beras dan santan. Kalau pulut pula di tempat kami ada jenis leper seperti buras nasi, dan jenis bulat dipanggil tumbu'. Setakat ini di LD saya belum jumpa buras disantap dengan nasu meti (asam pedas ikan parang).
Padambaru nak tanya buras ngan burasak tu sama ke?
PadamUntung orang Sabah boleh berjalan raya. Kita ni duk rumah je.
BalasPadamAlhamdulillah, setelah menderita Covid19 yang berteusan sejak PRN September 2020.
Padamorang di sini ziarah dalam rumah sendiri jer, ziarah dapur pastu ziarah bilik dan paling banyak ziarah bilik air
PadamWah,meriahnya raya di Sabah.KL sunyi sepi mac dilanggar garuda.Nak ke Dataran Merdeka pun takut sebab banyak SJR.
BalasPadamTengok pic yang ada orang berjalan kaki & bermotosikal beraya tu rindunya kampung.
Apapun selamat Hari Raya & Selamat Hari Guru cikgu...!
Maaf zahir dan batin
Kami pun takut-takut juga beraya, mana tahu dalam mematuhi SOP tiba-tiba muncul penguatkuasa heheheheee...
PadamJalan kaki tu ke rumah yang dekat-dekat.
Seronoknya, dapat beraya rumah keluarga terdekat. Kami tak boleh kunjung mengunjung langsung. Polis pun dok meronda je depan rumah.
BalasPadamSelamat hari raya, Amie. Minta maaf atas segala salah silap saya, ye.
Bestnya kak dpt jalan2 raya keliling kampung heheh.. Rindunyaa nak jumpa sanak saudara..
BalasPadam๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญnangis tgk dpt ziarah n keluar beraya๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ org kl hanya mampu ternak lemak dlm rumah je....
BalasPadambanyaknya juadah๐๐๐ rasanya 1 pun sy x penah rasa lg...
banyakkkkknyaaa juadahhh meriah saya tengok. sedap belaka nampak..
BalasPadamsaya dgn mak je menu simple hehe.. tapi alhamdulillah masih trasa nikmat raya..
Ok itu jalan kaki melawat, penat boleh minum dan makan balik.
BalasPadamBestnya kak dapat beraya walaupun 3 hari, dr kami berkunjung ke rumah jiram pun xboleh... huhuhu tahun ni paling syahdu
BalasPadamNampak sedap masakan oranag Bugis kan Kak Amie...buras tu sama dengan Burasak kan...
BalasPadammcm2 juadah raya tu...selamat hari raya utk kak amie sefamily
BalasPadamSeronoknya dapat feel suasana raya berkumpul dan ziarah. Walaupun 3 hari kira okay sangat. Mana tak seronok Firdaus dapat keluar dari sarang. Hidangan pun meriah macam macam dapat makan hidangan raya.Tema warna biru hijau nature colours :)
BalasPadamAlhamdulillah berpeluang ziarah menziarahi antara satu sama lain.
BalasPadamMeriah juadahnyaaaaa!
selamat hari raya kak amie..maaf zahir batin jika ada salah silap dalam pertuturan dialam maya..
BalasPadamwah tampak sedap, kak..
BalasPadamSedap Amie buras/burasak makan dgn asam pedas ikan parang
BalasPadamselamat hari raya amie, seronok baca amie punya catatan raya, maaf zahir batin yea.
BalasPadam