Semuanya cerita yang telah berlalu, dan sekadar dijadikan entri kenang-kenangan. Biasanya kalau ada hidangan kentang goreng sudah tentu atas permintaan Firdaus. Tapi kali ini berbeza pula. Encik Suami minta buatkan coleslow untuk berbuka puasa pada hari Sabtu lepas. Kemudian Amie nampak ada sayap ayam dan kentang di dalam freezer. Entah bila masanya Encik Suami beli dan masukkan ke situ, Amie pun tak perasan. Sayap ayam pun masih segar, belum beku. Mungkin Encik Suami nak makan coleslow dengan kentang goreng. Sewaktu Encik Suami tidur, Amie pun menyelinap ke dapur, perap sayap ayam dan siapkan coleslow. Setengah jam sebelum berbuka puasa, Amie panggang sayap ayam dalam air fryer dan goreng kentang.
|
Sayap ayam panggang, kentang goreng, coleslow & salad hijau. |
|
Juadah berbuka puasa.
|
Amie panggang 5 ketul sayap ayam sahaja sebab Firdaus tak minat makan ayam panggang. Katanya, tak crispy! Tapi kentang goreng memang habis dmakannya!
|
Juadah berbuka puasa. |
Waktu petang, kadang-kadang Encik Suami rajin cari kuih dan murtabak di gerai berhampiran taman perumahan kami. Amie pun terajin sediakan air mojito tembikai. Amie hanya masak bubur ayam sahaja. Sementara perut dan badan masih 'ringan' di bulan Syawal memang tak jadi masalah berbuka dengan juadah yang ringkas begini. Jamah sedikit pun dah rasa kenyang.
Kalau tak puasa, Amie masak sedikit lauk-pauk untuk hidangan tengahari. Makan dengan Firdaus sahaja. Ratah ikan panggang air fryer dan ulam-ulaman pun mengenyangkan juga.
Tapi kalau ada sambal ikan, memang kena cari nasi juga. Barulah puas makan!
Hari ini barulah betul-betul masak untuk makan tengahari. Kononnya kali pertama makan tengahari bersama di bulan Syawal. Dah siap masak, kita pun menunggulah Encik Suami untuk makan sama, tetapi Encik Suami tak pulang-pulang juga. Akhirnya makanlah berdua dengan Firdaus. Pukul 3:40 petang barulah Encik Suami muncul.
Sedapnya laukkkk.......kat rumah SA ni tengah problem...x tau nak makan apa...naik muak dah masak...
BalasPadamSedap hidangan sempena raya ni. Alhamdulillah habis dah ye puasa 6. Saya masih ada baki 4 hari lagi. Firdaus jenis suka ayam goreng crispy. ingatkan makan raja ayam, makan je ayam masak apapun :)
BalasPadamsedap tengok fries tu
BalasPadamFries lagi garing lagi sedappppp (bagi saya) hehehe.
BalasPadamOhhhh ingatkan firdaus makannn semua jenis ayammmm, tapi ayam panggang memang tak crispy, tapi tetap sedappp :)
Nampak sedap2 semuanya
BalasPadamsedap nya semua menu sihat akk tu...
BalasPadamTambah meriah juadah bila dah masuk Syawal, ya Amie
BalasPadamhari ni tak tau nak makan ape. dalam peti ais cuma ade ikan kembung jer... hahha
BalasPadamoooo pandai yaa beli senyap2 pastu request nak mkn apa😊😊😊 akk plak msk diam2 je elok sgt tu😆😆
BalasPadam