Pages

Khamis, 27 Mei 2021

Sarapan Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna

Selamat pagi semua? Dah sarapan ke belum? Kami sarapan di luar, makan nasi kuning. Ibaratnya makan nasi lemaklah kalau di Malaya. Bismillah.

Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna.

 

Seperti biasa, setiap hidangan dilengkapi dengan semangkuk kecil sup kosong yang masih panas! Selamat bersarapan dan selamat memulakan hari dengan penuh ceria.

P/S : Amie telah masukkan duit raya ke dalam akaun  PEMENANG 20 JUTA PAGEVIEW AMIE'S LITTLE KITCHEN. Bagi yang belum dapat, sila emelkan nombor akaun masing-masing ke salamiez@gmail.com

33 ulasan:

  1. Selalu fikir nasi kuning ni rasanya macam pulut kuning, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam nasi lemak juga bubuh santan, tapi tambah serbuk kunyit.

      Padam
  2. Nasi kuning ini rupanya nasi lemak.

    P.S: Dah tengok emel, terima masih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masak dengan santan macam masak nasi lemak tapi bubuh serbuk kunyit.

      Padam
  3. Wah.. boleh dine in ke kak? kalo kat ssabah glamer nasi kuning ni kan? tp sy x penah rasa lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok tempat juga Mim, ikut warna zon. Ya, nasi kuning sambal ikan memang makanan sarapan popular di Sabah.

      Padam
  4. ni mcm nasi lemak utara tu kan yg dok femes...
    igt kan nasi apa masa memula kuar tu, rupa nya nasi lemak hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bezanya lauk nasi kuning di Sabah ni sambal ikan. Itu lauk yang paling disukai ramai.

      Padam
  5. Sedapnya. Siap ada sup lagi. Sup plain macam tu favourite saya.
    Saya sahur macaroni goreng harini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Sabah ni kalau di kedai mamak pun setiap hidangan termasuk mee goreng pun disertakan sup kosong. Biasanya sup rebusan tulang.

      Padam
  6. dkt sabah mmg breakfast slalunya nasi kuning kan. pernah jgk mkn sbelum ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah identiti Sabah kan, sarapan nasi kuning. Dulu sebungkus RM1 saja, sekarang dah harga nak naik kayangan pulak dah hahahaha.

      Padam
  7. Tadi pagi siap-siap bungkus nasi lemak yang dijual peniaga di tepi jalan. Orang taman perumahan saya yang jual tu. Taknak jadi seperti minggu lepas, pergi kerja, cari kedai untuk sarapan, tapi kedai biasa pergi tutup. Dua tiga buah kedai saya pergi pun tutup. Ah, sudah. Kerja berlambak di pejabat. Pergi balik pejabat dulu, kemudian minta rakan tolong belikan sarapan. Akhirnya jam 11 pagi baru sarapan sebab tak sempat makan pasal ada perjumpaan dengan big bos. Haha, panjang pulak cerita. Sepatutnya jadi entri blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya makan sarapan merangkap makan tengahari lah ye heheheee.

      Padam
  8. Teringin nak makan Nasi Kuning Ori Sabah.
    Gu pulak dengan samval ikan fresh Sabah.Kat Kedah ada juga nasi lemak kuning tapi versi tumis & tak masuk santan.Mesti rasa tak sama kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang beza rasa nasi lemak kuning tumis dengan nasi kuning ori Sabah. Lauknya pula sebaiknya sambal ikan.

      Padam
  9. Ohh mcm nasi lemak ke rasanya..
    Kalau kt kelantan ada nasi kerabu kuning
    Kt kedah ada nasi lemak royale(kuning)

    BalasPadam
  10. Teringat masa pergi sabah, semua makanan akan dapt sup. ehhehe... rindu!
    WAah, ss baru nak buat nasik lemak, stil on list. tapi tak terfikir pulak nak warnakan. ehhehe

    BalasPadam
  11. wah ikan tuna masak sambal..biasa ikan tuna mkn ngan sandwich...yummy tgk tu

    BalasPadam
  12. sedapnya nasi kuning, rindu betul nk pergi sabah makan nasi kuning kt sana sedap

    BalasPadam
  13. Bestnya, dah boleh makan luar ye, sana. Sedap nampak nasi kuning tu. :)

    BalasPadam
  14. Saya pernah makan nasi lemak royale kat Kedah, warna kuning juga. InsyaAllah nanti boleh try nasi kuning Sabah pula :)

    Bukak-bukak je video park seojun..i like!hehe

    BalasPadam
  15. Ohhh nasi lemak sana warna kuning ye, kalau tak ada sambal dah ingat nasi ayamm hehehe

    BalasPadam
  16. sedapnya..nasi wane kuning bagai diraja :)

    BalasPadam
  17. Sarapan mi rebus hari ni, ada orang bagi.

    BalasPadam
  18. Jom Kita Cuba resepi ni...ikan tongkol dah Ada👌👌...

    BalasPadam
  19. Lama tak makan nasi lemak sedap.. hehehe..
    Kuning kemain nasinya.. Sambal tu pula merah mengancam..

    BalasPadam
  20. oh nasi kuning kat sabah nasi lemak...hish bilalah boleh sampai sabah ni.

    BalasPadam
  21. Great, healthy breakfast is the need of daily diet am also taking healthy breakfast with full of protein according to my body need. Keep up the good work! Here I am also considering the problems, students don’t get time to focus on their studies, so they choose the Assignment Help UK services from professional writers. The assignment writing services are available online for the students who have no time to write the assignments and they need to maintain their academic scores, so it is best to have the guidance of professional writers.

    BalasPadam