Malam tadi sudah berkira-kira sebaik sahaja bangun pagi, akan terus menyiapkan kerja online yang belum selesai. Tak perlu sediakan sarapan kerana biasanya Encik Suami akan beli makanan. Biasanya begitulah. Kita nak masak sarapan tapi Encik Suami terlebih dahulu letakkan sarapan pagi di bawah tudung saji.
Eh! Pagi ini tidak ada pula apa-apa sarapan di atas meja! Firdaus yang sudah siap mandi dan berpakaian berkata: Mommy, Daus nak makan.
Terdengar bunyi ketukan di luar rumah. Bukan ketukan pintu. Tapi ketukan tukul dengan papan. Rupanya Encik Suami sedang menyiapkan pintu almari baru di stor belakang dapur. Nampaknya Encik Suami sudah mula cuti kerja hari ini. Apabila terpandang Amie yang sedang merenung buah mangga udang dari tingkap dapur, Encik Suami terus tegur: Masak sarapan apa pagi ini? Goreng mee hoonlah. Soalannya dijawab sendiri.... ahaks!
Mee Hoon Goreng, Ayam Goreng, Sambal Kicap & Jus Epal. |
- 1 paket mee hoon - rendam dengan air biasa sehingga kembang - toskan
- 7 kelopak kobis Cina / - hiris tipis
- 2 biji cili hijau - hiris
- 1 sudu besar serbuk cili
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga harum.
- Masukkan hirisan kobis Cina dan hirisan cili hijau. Kacau rata. Biarkan masak hingga kobis layu.
- Seterusnya masukkan mee hoon, diikuti dengan serbuk cili dan garam / perasa pilihan.
- Gaul sebati dan padamkan api dapur.
Bila dah suka kan kak amie, makan tiap tiap hari pun tak jemuuuuu :D
BalasPadambuat meehoon goreng singapore pun sedap kak.. adoi sendiri yg teringin sbnrnya.. hihi
BalasPadamwow menyelerakan sangat ini...
BalasPadamSukaaaa...
BalasPadamSaya juga salah seorang peminat mihun.Padahal zaman sekolah rendah paling tak suka ..Hihihi,manusia mudah berubah
sedap bhun goreng, mkn hari2 pon xjemu
BalasPadamlama tk mkn meehoon goreng..sedap plak dimakan ngan ayam goreng tu
BalasPadamHusband saya pon request masak mihun goreng je sarapan pagi ni. Tambah lagi sedap mihun kak amie ada ayam goreng dengan jus epal. Tukang buat jus tak ada pulak PKP kali ni.
BalasPadamSA suka bihun macam ni..panjang2 dan x suka bihun yang dipotong2 tu...nampak sedap kak...lapar perut tgok bihun akak
BalasPadamWah tidak bosan makan bihun hari-hari.
BalasPadamkalau dah suka hari-hari pun tak pe. Tapi amie punya gandingan memang terbaik lah\
BalasPadam