Hari ini hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadan. Dalam keadaan PKP ini sudah tentulah segala kenangan membuat persiapan sambutan Aidil Fitri bersama keluarga menjelma kembali. Nostalgia paling indah sudah tentunya kemeriahan suasana hari raya ketika zaman kanak-kanak.
Tidak cukup mengimbau kenangan bergotong-rorong mengacau dodol dan wajik bersama jiran tetangga, terkenang pula emak memukul telur dalam pasu untuk dijadikan adunan kuih bahulu. Telurnya pula telur itik yang dikumpul setiap hari. Paling seronok sudah tentulah menunggu bahulu dibakar dan selalu berharap agar ada bahulu yang hangus. Bolehlah kami kikis buang bahagian yang hitam, simpan untuk berbuka puasa! Allah! Kenangn itu sangat indah! Tidak dapat diulang semula dan tidak ada tolok gantinya.
Waktu itu semua aroma makanan berbau harum!
Sehari sebelum hari raya, kami mengejar ayam keliling kebun getah! Walaupun ayam tinggal di reban waktu malam, tetapi waktu siang ayam kena cari makan. Jadi, ketika itulah tenaga dikerah untuk tangkap beberapa ekor ayam. Yang penting mesti dapat tangkap ayam dara. Emak kata ayam dara masih empuk dagingnya, boleh digoreng dan hantar 'munjung' ke rumah nenek. Teringat lagi emak berkata: Pilih kuih baulu yang paling cantik untuk nenek. Ayam dara goreng hantar untuk punjungan ke rumah nenek.
Begitulah.
Zaman itu, hanya pada hari raya sahajalah kami dapat menikmati sepuas-puasnya daging ayam. Tidak terasa daging ayam itu keras atau liat. Waktu itu daging ayam goreng terasa sangat harum dengan aroma serai, halia, kunyit hidup,rempah jintan manis dan ketumbar bijiyang ditumbuk kasar. Nak merasa daging lembu atau kambing? Tunggulah kalau ada jiran tetangga atau saudara mara dan orang kampung buat kenduri kahwin. Waktu itu kalau dipanggil rewang, dapatlah ikut emak rewang dan makan lauk daging lembu atau kambing. Begitulah kehidupan kami, anak penoreh getah di zaman 70-an.
Eh! Panjangnya mukadimah! Sudah lari dari tajuk rupanya. Tak apalah, kisah-kisah lama itu sebenarnya ada kaitan dengan entri kali ini.
Arwah Ayahanda pula, berbasikal menuju ke pasar. Pulangnya bersama karung besar diikat di belakang tempat duduk. Apa yang dibawa pulang? Ada rezeki penuhlah satu besen besar dengan perut lembu, sedikit daging cincang, dan kaki lembu. Orang lain makan lembu, kami pun makan lembu juga. Bezanya kami tak mampu menikmati bahagian daging manis atau bahagian peha, tapi kami gembira dapat makan bahagian yang lain.
Amie pernah bantu emak bersihkan perut lembu. Selepas itu Amie pun tidur sebab letih membersihkannya. Keesokan pagi raya, emak hidangkan Sambal Goreng Babat (Perut) yang sangat lazat! Sambal istimewa itu boleh bertahan selama beberapa hari.
Hari ini Amie buat Sambal Goreng Babat (Perut). Walaupun tidak selazat air tangan emak, tapi cukuplah untuk melepas rindu buat keluarga di Malaya.
Sambal Goreng Babat (Perut) |
- 1 kg babat (perut) - rebus hingga empuk - bilas - toskan - hiris ikut bentuk dan saiz yang disukai
- 1 kg ubi kentang - kupas kulit - potong dadu kecil - goreng hingga kuning keemasan - toskan
- 50 gram suhun - goreng - toskan
- 1 cawan kacang pinggang @ tolo - rendam setengah jam - rebus hingga empuk - toskan
- 5 biji cili hijau - hiris
- 2 inci halia muda - hiris halus
- 2 inci lengkuas - hiris halus
- 2 batang serai - dititik
- 1 labu bawang besar - mayang kasar
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- garam / gula / perasa pilihan
- 1/2 cawan minyak
- 20 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Panaskan minyak. Masukkan serai, bawang besar halia dan lengkuas. Tumis hingga terbit aroma.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Masukkan gula. Tumis hingga terbit minyak.
- Seterusnya masukkan kacang pinggang @ tolo bersama babat (perut).
- Gaul rata hingga hampir kering.
- Masukkan hirisan cili hijau.
- Taburkan garam / perasa pilihan. Gaul lagi hingga cili hijau layu.
- Padamkan api dapur.
- Akhir sekali masukkan kentang goreng dan suhun goreng.
- Gaul beberapa kali sebelum dihidangkan.
Samalah kita Kak Amie, anak kampung yg serba kekurangan juga.. sesekali dapat menikmati lauk ayam atau daging, Allah nikmatnya!
BalasPadamKami biasanya rebus dan cicah air asam je perut lembu ni. Paling tidak dibuat kerabu. Apapun nampak sedap resepi bonda akak ni :)
Antara bahagian yang saya tak makan ialah perut..
BalasPadamKenangan lama mengusik jiwa. Bila kenangan tu muncul, memang rindu betul. Kita masak lebih kurang sama untuk lepaskan rasa rindu tu. Terubat juga, kan :)
BalasPadamMenarik hidangan babat. Tapi saya tak pernah makan babat. Mungkin kurang menggemari organ dalaman. Tapi menarik hidangan kak amie ni :)
Selamat Hari Raya Kak Amie. maaf jika ada salah dan silap.
Nampak sedap kejadiannya
BalasPadamNampakkk sedap tapi tak pernah makan. Perut rasa macamm mana kak amie? Hehehe
BalasPadamHAHAHAHAHAHA lawak la yang ayat last tu, tak boleh beza manusia ke setan :D
pernah rasa sekali jer perut ni, tak tertelan pulak. bukan kegemaran saya
BalasPadamhehe suka juga perut.. satay perut pun suka. tapi xleh makan selalu kan orang kata..
BalasPadamkrabu perut suka.. gulai lemak perut pun suka ehhe..
kalau buat bahulu sy ckp lemah kena tlg pukul telur dlm pasu tu😆😆😆punya laa lama x kembang2 smpi meradang mama... bila dpt bahulu tang hangit tu wallaaa... nikmat betul... tp part plg x best rumah penuh dgn asap
BalasPadamSedapnya la nampak sambal goreng babat tu..SA nak study dulu resepi ni nanti nak cuba buat la...kalau nak cuba kena buat dalam kuantiti sikit kan..takut nanti x menjadi SA buat..x bermakan plak nanti..SA ni jenis suka mencuba
BalasPadamSaya tak pernah makan masakan sambal goreng perut ni, Amie. Tapi nampak sedap kejadiannya.
BalasPadamKalau perut masak lemak dengan rebung, yang tu pernah makan. :)
sedapnya babat kak... lama tak makan
BalasPadambabat mmg sedap. boleh cuba masak nii
BalasPadamsembelit
sakit jantung
penyakit gerd
kencing manis
Bila amie cerita zaman dolu2 alahai buat kita teringat2. Sambal goreng babat aruah mak saya jenis basah sebab guna santan pekat campur dgn belacan dan air asam jawa. Bila raya memang itulah jadi pujaan semua anak-anaknya
BalasPadam