Pages

Selasa, 25 Mei 2021

Perkedel Jagung Padang & Secangkir Kopi Bubuk Cap Kuda Terbang

Pekedel jagung lagi! Mohon maaf asyik buat entri pasal jagung saja. Maklumlah, ini sahaja yang ada di dapur. Musim PKP ini memang asyik terperap di rumah, dan jarang sangat keluar. Masaklah apa saja yang ada. Kebetulan pula, coldstorage berhampiran taman perumahan kami diarahkan tutup mulai kelmarin sehingga 29 Mei 2021 kerana kerja-kerja pembersihan. Agak sukarlah sedikit untuk mendapatkan barang-barang dapur buat sementara waktu.

Walaupun namanya Perkedel Jagung tapi Amie tambah Padang di hujungnya. Resipinya tidak sama seperti yang Amie biasa kongsi, adunan mengandungi pelbagai jenis sayuran seperti kobis, lobak merah dan kacang panjang. Kali ini Amie gunakan resipi dari sini: PERKEDEL JAGUNG PADANG. Rasanya sedikit berbeza dengan perkedel jagung versi Bugis yang biasa Amie buat. Perkedel jagung versi Bugis agak lembut dan ringan, tetapi perkedel jagung versi Padang ini  garing di luar, lembut di dalam dan cepat mengenyangkan. Barangkali adanya penggunaan lebih tepung gandum dan tepung beras dalam adunan!

Perkedel Jagung Padang & Secangkir Kopi Bubuk Cap Kuda Terbang.


Pagi tadi terpandang jagung di atas meja dapur. Rupanya Fairuz bawa pulang kiriman jagung dari Tuaran. Anak buah kami di sana kirimkan sekarung jagung untuk dibahagi-bahagikan kepada saudara-mara di Lahad Datu. Sebelum itu, dikirimkannya terung dan kacang bendi.


Alhamdulillah. Pemberian yang ikhlas dari jauh kita sambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Mudah-mudahan rezeki anak buah (Azwa & Nasir suami isteri dan keluarga di Tuaran) akan bertambah berlipat ganda. Selain menguruskan syarikat sendiri, sempat pula mereka menguasakan tanaman di kebun.

Idea membuat Perkedel Jagung Padang ini timbul setelah pulang dari Bukit Tinggi & Padang di Sumatera Barat. Kami sempat singgah di Jagung Super Manis F1 Aina di Jalan Paya Kumbuh Bukit Tinggi Kelurahan Koto Tangah,  Batu Hampar Kecamatan Akabiluru, Kabupaten Lima Puluh,  Kota Sumatera. Catatan Amie ada di sini: CERITA SECANGKIR KOPI KAWA DAUN & KUE-KUE JAGUNG MANIS
  • Kami minum kopi kawa daun. Kopi ini diperbuat daripada daun kopi yang dikeringkan di atas tungku dan kemudian dihancurkan sebelum dimasak dalam belanga menggunakan kayu api. Sewaktu kami minum, ada rasa asap. Kami minum kopi daun.... daun kopi! Bukan kopi dari biji kopi! Menurut Pak Herman, pemandu kami, zaman kolonial Belanda dahulu, penduduk tempatan terpaksa menyerahkan tenaga dan hasil pertanian seperti kopi kepada pihak pentadbiran. Kopinya diambil Belanda, daunnya pula dibuat minuman orang kampung. Sesiapa yang pernah belajar sejarah Indonesia, sudah tentu teringat akan Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh penjajah Belanda!
  • Kami juga sempat mencicipi kuih-muih berasaskan jagung manis. Antaranya termasuklah donut, ais krim, bubur jagung, bakwan, kerepek jagung, tauhu inti jagung, roti inti jagung dan sebagainya.
Kopi Kawa Daun

Minum kopi kawa dalam cawan tempurung kelapa!
Inilah minuman daun kopi yang mampu dinikmati rakyat marhaen sewaktu di bawah pentadbiran Belanda. Mereka menikmatinya dengan menggunakan sudu kulit kayu manis.

Perkedel Jagung 

Sampai sekarang Amie masih gagal membentuk perkedel jagung seperti ini! Tapi tetap berusaha untuk belajar. Mana tahu ada kesempatan sekali lagi ke Paya Kumbuh, bolehlah korek resipi dari tukang buat perkedel ini.


Untuk resipinya, bolehlah klik di sini: PERKEDEL JAGUNG PADANG Amie namakan Perkedel Jagung Padang kerana Amie melihat resipinya di sini: Resep Perkedel Jagung Khas Padang Panjang (Sumatra Barat)


Jom minum petang makan perkedel jagung dengan Kopi Bubuk Cap Kuda Terbang. Kopi ini kiriman Pak Herman dari Padang. Sambil goreng perkedel jagung, Amie renih kopi di dapur sebelah. Perkedel Jagung Padang nampak comel, bulat lonjong tapi hasil gorengan perkedel olahan Amie nampak leper saja. Tentu ada sesuatu yang perlu Amie pelajari dan perbaiki! Nantilah Amie cari rahsianya.

P/S
Ada yang tanya Amie, perkedel jagung dengan bakwan jagung tu sama tak? Ya, sama.


32 ulasan:

  1. Nasi padang biasa makan. Perkedel jagung padang belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya makan nasi padang. Banyak pilihan lauk.

      Padam
  2. Aduh,nanpaknya baki 2 tongkol jagung lebihan buat pekedil jagung resepi cikgu beberapa hari lepas,nanti mungkin jadi pekedil jagung padang pula ni..hihihi.
    Cantiknya bentuk pekedil jagung di Paya Kumbuh tu.Sama saiz & lonjong cantik.
    Kalau sesapa yang diet,datang blog ni,sila ucapkan selamat tinggal kepada diet..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti ada sesuatu tu sehingga menyebabkan cantik kejadian perkedel jagung Padang tu. Saya nak cvuba lagi nanti sampai berjaya heheheee.

      Padam
  3. Banyaknya bendi. Rebus buat ulam, sedap juga. Ubat sakit lutut. Hehe.. Sedapnya perkedel jagung. Biasanya, makan begitu saja, atau cicah sos? Biasanya, kalau cucur nak bagi bulat, pakai tepung naik sendiri. Kalau pakai tepung gandum je, dia jadi leper.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah nak cuba nanti pakai tepung naik sendiri atau bubuh serbuk penaik. Firdaus suka makan dengan sos cili. Saya makan begitu saja.

      Padam
  4. Sedapppnyaaa kak amie goreng garing garing, makan time panas panas dan cicah sos cili hehehe.
    Ke perkedel tak payah cicah apa apa kak amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak rasa original jagung segar, makan begitu saja. Tapi kalau nak ikut selera boleh jew cecah dengan sos kegemaran.

      Padam
  5. Comel2 bentuk perkedel tu Amie...nmpk ranggup..sedapnya mkn bersama kopi o

    BalasPadam
  6. Nampaknya kena jugaklah cari jagung utk buat perkedil ni, tapi takut jagungnya kering layu begitu saja, kita ni bab masuk dapur paling segan 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata Mama Cella, selalu makan jagung lutut lenguh hihihiiii. Nak buat cemana jagung saja yang banyak di dapur.

      Padam
  7. Balasan
    1. Oooo tu laaa rupa mcm cekdok jagung.. Adoii ni yg rs mcm nak buat esok ni haha

      Padam
  8. Nampak menarik je menu ni . Rasa macam cucur jagung ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknyalah... cuma ada tambahan bahan lain.

      Padam
  9. mium kopi mkn pekedil sambil mengimbau sejarah sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...sejarah penjajahan Belanda di Indonesia.

      Padam
  10. Unik ya kopi kawa daun tu. Bila terdesak manusia akan jadi kreatif. Samalah macam kita dalma PKP ni. Ada je resepi baru. Huhu. Sedapnya pekedel tu dibuat kudapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di zaman penjajahan memang kena usaha lebih untuk sambung kehidupan.

      Padam
  11. nak try resepi perkedel jagung ni tapi jagung takde dalam stok plak... nak pi beli malas... hahaha

    BalasPadam
  12. Selagi ada stok jagung, berperkedel je lah kita kak amie. Kak amie pun lagi sedap tu guna jagung fresh. Favourite daus, tak jemu lah dia makan. Saya pun bentukkan ikut suka je. Almaklumlah baru berjinak jinak dengan perkedel jagung, terjebak dengan menu kak amie :)

    First time dengar kopi kawa daun. Unik cara pembuatannya. Menarik betul cawan tempurung tu. Buat props gambar lawa tu.

    Sedap perkedel jagung hidang bersama kopi o pekat.

    BalasPadam
  13. Nampak sedap sangat laa....SA buat belum menjadi betul lagi sama macam kak amie buat..hahaha..sebab tu x update pasal tu...

    BalasPadam
  14. pekedil jagung padang tu nampak sedap..nak buat lah nanti..tak pernah makan lagi pekedil jagung

    BalasPadam
  15. Sedang membayangkan betapa nikmatnya makan perkedel jagung dilawan dengan hirupan kopi panas. 🤤

    BalasPadam
  16. uihhhh meriah betul jagungnyaaaa... nak try laa kak buat... sebab ada jagung x abis mkn kt rumah ni...

    BalasPadam
  17. sedapnya bila dimakan pd waktu ptg. kopi tu plak kaw2 punya! Fuh!

    BalasPadam
  18. Orang indonesia pandai pelbagaikan masakan dan kreatif dalam mengahsilkan produk makana. Bila citer padang rindu nak makan masakan padang dan minang. Bila lah nak pi bukit tinggi lagi ni

    BalasPadam
  19. Cekodok jagung lawan dengan air kopi perghhhh mantap sih

    BalasPadam