Pages

Selasa, 25 Mei 2021

Mee Tauhu

Pagi tadi terlewat bangun. Alhamdulillah sihat seperti biasa, walaupun masih tertunggu-tunggu mana tahu ada rasa demam dan sebagainya selepas suntikan vaksin dos kedua. Ada di antara rakan-rakan kami yang mengalami masalah bengkak tempat suntikan dan demam. Ada yang demam-demam biasa, dan ada yang demam tak bermaya. Amie dan seorang rakan tidak rasa sengal atau bengkak di tempat suntikan atau demam tetapi kami asyik rasa lapar dan selera makan bertambah! Malam semalam, tengah malam Amie bangun masuk dapur, panaskan nasi dan lebihan lauk. Entah kenapa asyik rasa lapar!

Pagi tadi Encik Suami bersarapan di luar dengan Fairuz. Dibawanya pulang dua bungkus Mee Tauhu untuk Amie dan Firdaus. Mee Tauhu ini memang terkenal di Sabah dan sudah tentu ada peminatnya yang tersendiri. Hidangan lengkap Mee Tauhu terdiri daripada mee goreng kosong, kuah mee tauhu rasa taucu berisi tauhu dan tauhu pok sumbat serta sambal cili padi. 
Amie pernah beberapa kali makan mee tauhu di Tawau, dan hidangan dilengkapi dengan semangkuk sup kosong. 

Mee Tauhu 

Mee Goreng Kosong.


Tauhu & Tauhu Pok Sumbat Berkuah.

19 ulasan:

  1. lain org lain betul penerimaan dia kan .... huhuhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Atie.
      Memang tak sama, sebab lain-lain tubuh.

      Padam
  2. Wah,nampak sedap dengan kuahnya.Gaya tu macam ala-ala mee kicap pun ada.Banyak kenal makanan Sabah bila membaca blog ni.Gambar pun cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuah bertaucu tu Mama Cella. Mee goreng itu dari mee kering.

      Padam
  3. sedap tgk mee tu..tp tauhu tu sya tk mkn

    BalasPadam
  4. menarik la tengok menu mee di sana kak... suka tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah meriahnya dunia masakan kan Dana.

      Padam
  5. Sedappp pulak tengok tauhu berkuahh. First time tengokkkk hehehe

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Kuah rasa taucu. Akan rasa pedas kalau bubuh sambal cili padi tu.

      Padam
  7. syukur lah side effect vaksin tu tak teruk. macam sedap dan menyelerakan pulah mee tauhu tu. kat sini tak pernah jumpe

    BalasPadam
  8. Tak pernah tahu hidangan mee tauhu ni kak amie. Terima kasih share. kot nanti ter singgah sana tak lah pelik tengok. Saya penggemar tauhu tapi kurang suka rasa taucu dan lebih suka tauhu goreng. Apapun kena lah cuba dulu ye tak? kot tersuka tanpa sengaja :)

    BalasPadam
  9. SA suka mee goreng macma ni..x kisah kering..x kisah la basah ke...tapi kalau mee berkuah pun sedap

    BalasPadam
  10. mee tauhu sedap..iena pernah makan mas ake sabah

    BalasPadam
  11. sukanya sy mi goreng ada kuah... akk ada resepi kuah tauhu tu x? mind to share?😊

    BalasPadam
  12. sedapnya mee tauhu. mcm kena cuba nanti.

    BalasPadam
  13. Sedapnya mee tauhu. Saya takde side effect lepas 2nd dos tapi balik rumah ngantuk sangat. Alhamdulillah tempat cucuk takde apa2

    BalasPadam