Pages

Selasa, 11 Mei 2021

Marjan Syrup Rasa Melon

Bertukar-tukar juadah di bulan puasa sesama jiran tetangga memang menyeronokkan. Pernah sekali jiran sebelah rumah hulur satu jug minuman sejuk, warna hijau dan beraroma blewah @ melon @ honeydew @ tembikai susu.  Kelmarin  dulu, jalan-jalan di pasar terjumpa sirap melon (sebenarnya lama dah nampak), tetapi hati tergerak nak beli. Penjual di situ kata, boleh tambah biji selasih dan hirisan melon.
 
Marjan Syrup Rasa Melon & Buah Melon

 

Inilah rupa sebotol Marjan Boudoin Rasa Syrup Melon.
Isinya 450 ml dengan harga RM12.00


Jom kita sediakan syrup selasih rasa melon untuk minuman berbuka puasa.

Mula-mula hiris halus isi honeydew atau tembikai susu.
 Gunakan buah yang masak ranum.
Ikut sukalah nak bubuh berapa banyak.

Sebelum itu rendam biji selasih dengan air panas hingga kembang.
Kemudian campurkan ke dalam bekas berisi hirisan honeydew tadi.



Selepas itu tuangkan sirap rasa melon.
Kalau suka rasa manis, bubuhlah lebih, kalau suka manis-manis manja, kurangkanlah.
Amie suka rasa manis-manis manja saja.


Tambahkan air sejuk / biasa.
Jika suka sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk atau masukkan saja ketulan ais.


Marjan Syrup Rasa Melon dah siap!

13 ulasan:

  1. Segar rasanya Bila diteguk semasa berbuka puasa, kan Amie

    BalasPadam
  2. Sedapppnyaaa minum sejuk sejuk ni, hilang dahaga seharian puasa hahaha

    BalasPadam
  3. Bagai terasa bau haruman honey dew bila menatap gambar minuman ni.

    BalasPadam
  4. Adoiii sedpnya kak dpt minum sejuk2 kan..

    BalasPadam
  5. Tutorialmu bagus, ringkas, padat, dan menarik, ananda Amie. Terima kasih telah berbagi.

    BalasPadam
  6. Marjan tu kiranya dia punya pati ye kak amie? Air macam ni tambah lagi dengan selasih memang sejuk tekak dan badan :)

    BalasPadam
  7. SALAM AIDILFITRI AMIE N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN

    BalasPadam
  8. Unik nama marjan. Boleh bayang rasa segar.

    BalasPadam
  9. Terbayang kesegaran air melon ni lalu dekat tekak :)

    BalasPadam
  10. Looks so refreshing lor...nampak sedap tu..sure nyaman je lalu kat tekak kan?

    BalasPadam
  11. sik baik x puasa kalu x kecur dibuatnya hahaha

    BalasPadam
  12. menariknya kak, bau melon tu dahla sedap...

    BalasPadam