Pages

Sabtu, 22 Mei 2021

Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis di Pagi 10 Syawal

Lamanya tak makan lempeng kelapa! Tak kisahlah lempeng kelapa kosong makan begitu saja atau cecah sambal ikan bilis atau pun cecah kuah kari. Yang penting dapat sekeping dua lempeng kelapa pun dah cukup sedap! Hari ini Amie sarapan lewat sedikit, tunggu Encik Suami keluar ke tempat kerjanya dulu. Oleh kerana Encik Suami puasa enam, jadi Amie hanya bersarapan dengan Firdaus sahaja. Fairuz pula ke Semporna, seperti biasa uruskan ikan.

Sedap sungguh makan lempeng kelapa cecah sambal ikan bilis dan minum MILO kosong panas! Tak malu nak mengaku makan lempeng kelapa habis 3 keping!

Lempeng kelapa, sambal tumis ikan bilis & MILO panas.


Lempeng kelapa.

Bahan-bahan untuk membuat lempeng kelapa:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1.5 cawan kelapa parut
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam - secukup rasa
  • minyak  / marjerin untuk dioles pada kuali
Cara:
  1. Ambil sebuah mangkuk / bekas. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak / marjerin.
  2. Adun hingga sebati dan biarkan seketika.
  3. Panaskan kuali non-stick di atas api kecil. Gunakan kuali biasa pun boleh.
  4. Oleskan minyak / marjerin pada kuali.
  5. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng kelapa dan ratakan.
  6. Untuk mendapatkan lempeng kelapa yang masak sekata, terbalikkan lepeng dan biarkan seketika di dalam kuali sehingga warna keemasan dan garing sedikit sebelum diangkat.

Sambal tumis ikan bilis.

Amie kisar kasar ikan bilis sebelum ditumis menjadi sambal. Jadi, apabila dicecah dengan lempeng kelapa, nampak ayu-ayulah pulak ketika memakannya. Adeeehhhh.... tiba-tiba teringat nasi lemaklah pulak!

15 ulasan:

  1. masa kecil kecil anti betul dengan lempeng kelapa..bila dah besar baru terasa lemaknya lempeng kelapa..hahaha

    BalasPadam
  2. waduh waduhhh nak sekeping��

    BalasPadam
  3. Comel-comel lempengnya,menarik sungguh.Lemak masin cicah sambal tumis,lawankan milo panas,Kalau hari hujan pulak.Aduh,layannnn

    BalasPadam
  4. Lempeng kelapa ni makan kosong pun sedap apatah lagi makan bercicahkan sambal. mabeles kak amie :)

    BalasPadam
  5. Lempeng kelapa kalau cicah sambal memang sedap makan panas2

    BalasPadam
  6. Isnin ni BDR nak buatlah lempeng kelapa.. alaaa.. setakat tiga keping tu tak banyak, Amie, klu kita mahu 5 keping, hihi

    BalasPadam
  7. Lempeng kosong punn sedapppp kak amie hehehe. Kalau saya, suka cicah dengan gula :D

    BalasPadam
  8. Esok nak buat lempeng rasanya ..sambal sardin td ada lagi...sesekali makan lempeng mmg sedap kan kak

    BalasPadam
  9. Adoyai.. memang sedap le lempeng cicah dengan sambal.. Lebih dari sekeping saya boleh makan. Petang tadi baru makan keledek goreng cicah sambal. 😋

    BalasPadam
  10. Lamanya tak makan lempeng cicah dengan sambal bilis . Menu orang dulu2

    BalasPadam
  11. Wowww.sedapnyaaa lempeng kelapa..da lama tak makan. Last makan masa tahun lepas.. mak mentua buat.heheh

    BalasPadam
  12. ampak tebal lempengnya sedap tu

    BalasPadam
  13. saya pon lama juga tak makan lempeng kelapa ni

    BalasPadam
  14. Lempeng tu klu dpt kelapa yg muda, bertambah2lah sedapnya.Makan dgn ikan masin pun sedap

    BalasPadam