Boleh dikatakan banyak tempat terkenal di seluruh Indonesia sudah dijejaki ramai terutamanya Bandung, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Padang, Medan, Acheh dan sebagainya. Bagaimana pula dengan Kalimantan? Mungkinkah para pengunjung tegar ke wilayah popular di Indonesia sudah pernah berkunjung ke sini?
Secara umumnya terdapat 5 wilayah di Kalimantan iaitu Kalimantan Barat, tempat wujudnya Kota Khatulistiwa kerana ibu kotanya iaitu Bandar Pontianak terletak di garisan Khatulistiwa. Selain itu, Kalimantan Tengah, dan juga Kalimantan Selatan, yang terkenal dengan floating market dan ibu kotanya iaitu Banjarmasin. Kami memilih untuk ke Kalimantan Timur dan transit menginap di Kalimantan Utara iaitu di Kota Tarakan.
Untuk lebih lanjut tentang perjalanan kami ke Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara, bolehlah klik di sini: ADA APA DI KALIMANTAN TIMUR?
Seperti biasa, imbas kembali kenangan lama ini hanyalah sekadar cerita jalan-jalan cari makan saja.
Makan sate di rumah makan Cabe Merah, Balikpapan. |
Kami sempat makan sate di beberapa tempat. Gambar di atas, kami makan sate di Rumah Makan Cabe Merah, Balikpapan. Kuah kacangnya sangat sedap, ditambah pula dengan hirisan lontong yang lembut dan harum aroma daun pisang. Dalam hidangan sate disertakan sekali limau kasturi, hirisan bawang merah dan cili padi.
Layan selera dengan menikmati sate di Tarakan.
Kuah satenya juga sangat sedap. Begitu juga dengan lontongnya yang lembut dan wangi. Ditambah cili padi. Agaknya kalau rasa kurang pedas, boleh picitkan cili padi. Atau kunyah cili padi bersama sate?
Sekali lagi dapat mencicipi sate di Kebun Sayur, Balikpapan.
Di Tarakan (Kalimantan Utara), ada cili padi sebiji-sebiji dalam pinggan sate. Di Kebun Sayur, Balikpapan (Kalimantan Timur) ini pula dibubuh sambal cili padi pula. Apa pun, setiap kali makan sate, memang terasa sedap sekali, termasuk kuah dan lontong!
Dalam perjalanan dari Balikpapan menuju ke Samarinda, puas melihat kiri dan kanan jalan dipenuhi gerai jualan buah-buahan tempatan. Kami berhenti seketika, beli ciku, buah salak, buah naga dan entah apa lagi. Sepanjang perjalanan, memang mulut tak berhenti mengunyah buah!
Di sini kami berkenalan dengan durian montong, durian mentega dan durian Melaka.
Durian lai. |
Ini durian lai. Warnanya kuning pekat, keoren-orenan. Kami makan di Tarakan.
Kami menginap selama satu malam di Galaxy Hotel, Tarakan, Kalimantan Utara.
Kemudian kami terbang ke Kalimantan Timur pula.
Di Kalimantan Timur, kami menginap selama 3 malam di Fave Hotel.
Memang puas hati sangat menginap di hotel ini.
Paling seronok, setiap kali pulang ke hotel dalam keadaan penat kami boleh minum minuman sejuk yang disediakan di lobby. Airnya pun sangat sedap, manis-manis manja dan segar dengan hirisan timun serta daun pudina.
Walaupun hidangan sarapan paginya pelbagai, tetapi apabila melihat jagung rebus, terasa itulah pula menu yang sangat istimewa!
Begitu juga dengan keledek dan pisang rebus!
Sedap pula makan jagung, keledek dan pisang rebus di sini!
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata.
Jom kita berkenalan dengan makanan tradisional lain di Kalimantan Timur. Ini ialah lemper. Lemper diperbuat daripada pulut dan berintikan serunding.
Ini bakso.
Ini sup ekor
Ada otek-otek.
Ada lemper.
Ada cireng. Cireng ialah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung aci dan digoreng, berintikan abon iaitu serunding ikan. Nama cireng ialah singkatan aci dan goreng.
Ada tempe goreng. Panas dari wajan!
Tempe goreng pun bubuh cili padi juga!
Kebetulan pula, sewaktu berada di Balikpapan, ada Balikpapan Fest 2019. Seronok sangatlah dapat melihat pelbagai jenis makanan tradisi dari seluruh pelosok negara garuda, bendera merah putih ini!
Tahu Gejrot dari Cirebon. |
Bebek Cabe Ijo dari Medan |
Kuih ape. Namanya memang kuih ape. Berasal dari Betawi.
Kuih ape. |
Kerak Telor Bang Deri dari Betawi (Jakarta)
Kerak Telur Bang Deri. |
Gulai Tunjang dari Sumatera Barat.
Sambal Udang dengan Petai, tapi terlebih sedap pula nampaknya sebab ditambah dengan kentang.
Rendang daging.
Melihat lauk-pauk tradisi dari Sumatera Barat, rindu pula dengan masakan Padang!
Menu istimewa dari Sumatera Barat ini berupa usus lembu yang diisi dengan telur dan tauhu.
Terjumpa gerai kue bika Bukit Tinggi. Belilah kuih ini buat ubat rindu.
Kue bika. |
Lontong dalam daun pisang.
Mungkinkah ini rojak?
Nak ambil juga gambar serondeng kelapa.
Sedapnya kalau dapat cecah lontong!
Ayam Taliwang yang sudah siap dibakar.
Jering pun ado!
Bahan-bahan untuk sambal ini memang sudah tersedia dalam bekas besar. Kalau ada pelanggan datang untuk membeli, barulah diulek.
Ini ialah bagoja, ringkasan perkataan Bakso Goreng Gajah yang berisi ayam dan udang. Memang besar saiznya. Kalah bola ping-pong.
Bagoja mendapat nama gajah disebabkan saiznya yang besar!
Tempe Goreng Mendoan |
Sekali lagi berpeluang mencicipi tempe goreng mendoan di Rumah Makan Cabe Merah. Mendoan berasal dari bahasa Banyumasan. Mendo bermaksud setengah matang atau lembek. Mendoan membawa erti memasak dengan minyak panas yang banyak dan cepat sehingga masakan tidak matang benar. Tempe Mendoan yang dihidangkan untuk kami ini masih panas, dan memang lembut (lembek). Kita makan cecah dengan sambal kicap.
Selalu hanya makan nasi kuning versi Sabah. Kali ini nak cuba makan Nasi Rames Kuning di Balikpapan. Memang berbeza dari segi lauk-pauknya berbanding nasi kuning yang biasa Amie makan. Ada sambal tempe kering, telur pindang dan juga kremesan yang menutup empal goreng. Empal goreng ialah daging lembu yang direbus, kemudian ditumbuk-tumbuk agar menjadi lembut sebelum digoreng. Memang sedap! Nasi Rames Kuning ini turut dilengkapi dengan kerabu (urap-urapan) sayur.
Petang terakhir di Tarakan sebelum naik feri ke Tawau, kami sempat jalan-jalan ke Pantai Amal. Panas terik di sepanjang pantai menyebabkan kami mengambil keputusan duduk-duduk saja di pondok rehat sambil memesan kepah rebus. Kepah-kepah ini baru naik ke darat.
Besar-besar pula isi kepah rebus ini.
Sambalnya pun sangat sedap!
Tak cukup makan udang segar goreng, kami pesan lagi udang rebus.
Kami makan begitu saja, cecah dengan sambal.
Dan minum air kelapa ais campur sirap.
Tidak dapat dilupakan keenakan makan mantau panas di Lapangan Terbang Sultan Haji Muhamad Sulaiman Sepinggan, Balikpapan.
Kami memilih sapi cabe kering sebagai peneman mantau.
Memang banyak betul makanannya!
BalasPadamPaling menarik hati sambal udang masak petai, kepah rebus, udang rebus!
In shaa Allah, lepas covid19 ni berakhir, kak amie boleh gi jalan jalan lagi :)
Amie..akak baca posting ni jam2.30 pagi..tetiba lapar tgk pelbagai makanan yg sedap2
BalasPadamItulah keseronokkan melancong iaitu mencuba pelbagai jenis makanan halal.
BalasPadamMeriah jenis sate di Indo. Banyak betul buah salak dan buah ciku tu. kalau favourite tu memang untung beli. Pertama kali dengar durian lai. menarik warna isi durian lai tu. Kuning lain macam. Uishh banyak betul kuih muih dan makanan yang baru tahu namanya. meriah kat sana gerai jualan makanan.
BalasPadamamboiii kak. banyak sgt makanan ni.hahahaha terus teringin nk makan satey ni :)
BalasPadamseronoknya jalan2 cari makan banyak makanan tradisi yg sedap semua
BalasPadamPak Inche kita pernah ke Pontianak, tak ada gambar kenangan ke tataw mana simpan, tapi Iman ada sehelai t-shirt, I Love Pontianak, heheheh.
BalasPadamNi bak kata Mak Cella, kurus puasa tengok gambar, hahaha
sedap kak, dari awal entri sampai penghujungnya, memang puashati makan kat sini
BalasPadamaduh nampak sedap betul sate-sate tu..macam-macam rupa, mesti macam-macam rasa juga kan...rindu betul nak travel!
BalasPadamni aktiviti jalan jalan cari makan kalimantan ke? ape2 pon, sate tu nampak sedap sangat.. terliur plak
BalasPadamsedap satenya, teringat sate minang yang biasa beli...
BalasPadamdalam banyak- banyak tu, lemper tu rasanya kat johor pun ada jugak kak... di panggil kelemper, selalunya kalau ada kenduri kawin itulah kuih yang dimasak untuk orang rewang, sedap dana suka
di indonesia mereka suka ringkas kan dan gabungkan perkataan kan, sampai kadang tak terpikir namanya tu heheheh
wahhh sedap2 lauk pauknyaa
BalasPadamsakit kepala
buah pinggang
tanda-tanda sakit buah pinggang
slip dics
Ini memang betul-betul foodhunt. Segala masakan Indonesia kak Amie rasa. Saya suka tempe. Macam sedap pulak tempe lembik tu walaupun selalunya makan yang goreng garing
BalasPadamKueh ape tu kalau kt sini macam apom yg di jual oleh orang india
BalasPadamPergh!! Meriah dengan pelbagai jenis makanan.. Mujurlah datang menyinggah sewaktu sahur.. hehehe..
BalasPadamsedapnya sate!! arghhhhh
BalasPadamkeluarga akk ipar sy duduk Balikpapan. tp dia jarang balik sn. dia selalu blk Medan (sblm covid) sbb ahli keluarga dia yg lain ramai kat sana. kalau ada rezeki nk jg ikut dia balik Balikpapan ;-)
Sedapnya semua makanan indonesia. Unik dan terliur tgk
BalasPadamsedapnya nmpk semua mknn di atas. teringin jgk nak ke kalimantan suatu hari nnti. setakat bru ke bandung je.
BalasPadam